Terasa hati dengan komen warganet, Jep sepahtu tampil luahkan sesuatu

Viral

Tahukah anda sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kehadiran barisan pelawak didalam dunia industri penyiaran radio sering kali mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak. Malah, ada juga yang menyifatkan golongan-golongan pelawak ini tidak sesuai untuk duduk di konti radio jika ingin dibandingkan dengan penyampai-penyampai radio professional. Bagaimanapun, menurut pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu, dia lebih memilih untuk menerima segala kritikan tersebut daripada sudut pandang positif untuk dia berubah ke arah yang lebih baik.

Menurut Jep bercakap di program Youtube, Begitu Bagini DJ Nazz terbitan stesen radio, Gegar, Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin turut menyifatkan segala kritikan tersebut adalah teguran daripada yang Maha Esa untuk dia sentiasa beringat. “Saya ni kalau bab beri komen memang nampak macam baik sahaja tapi itulah prinsip dan pegangan saya. Saya anggap teguran daripada orang tu adalah teguran daripada Allah. Jadi, kita kena perbaiki la. “Kita jangan pula bila ada orang lain tegur kita ingat ‘Ala dia tak dapat dekat sini sebab itu dia berbunyi’ atau ‘Ala orang tu tiada dekat tempat kita sebab itu dia selalu bercakap. Sebenarnya dia nak tempat kita’. “Nak buat apa cakap semua itu? Lebih baik kita berfikiran positif,” katanya ketika ditemubual.

Dalam pada itu, penyampai radio Sinar FM ini turut berpandangan sebagai manusia, kita tidak mempunyai daya untuk mempertikaikan segala ketentuan yang telah ditetapkan Allah SWT. “Kalau ada orang cakap pelawak tak sesuai tadi penyampai radio atau pengacara, sebenarnya kita seperti mempertikaikan ketentuan Allah SWT. Ini semua Allah dah tentukan. “Contohnya kalau pemain bola kemudian dia jadi pengulas sukan, itu memang sudah menjadi jalan dia. Cuma cabangnya berbeza. “Bila dalam industri seni ini dan terlibat dalam dunia komedi, dicabangkan pula untuk jadi penyampai radio. Saya anggap itu adalah ranting dari sebuah dahan dan pokok yang besar. Bila kita ditakdirkan ke ranting itu, terima sahaja dengan hati terbuka,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, meskipun adakalanya dia menerima komen-komen yang agak menyakitkan, namun, Jep mendedahkan dia akan tetap menghormati segala pandangan yang telah dilontarkan. “Bila ada yang tidak suka, itu adalah lumrah. Manusia ni memang susah kita nak puaskan hati mereka. “Jadi, meski komen-komen mereka ini adakala menyakitkan dan mereka memilih untuk membenci, saya tetap memilih untuk menghormati. Biarkan jelah. “Sebab saya ini hanya pembawa nama Jep je. Ada orang-orang yang lebih baik dan warak pun orang tak suka, inikan pula saya yang entah apa-apa itu. Jadi saya berlapang dada sahaja,” akhirinya. Terdahulu, program Begitu Begini DJ Nazz bersama Jep Sepahtu ini merupakan episod terakhir yang akan dikendalikan oleh DJ Nazz. Sumber, media hiburan

Mata Pun Dah Pedih-Pedih Hilang KataKata, Berjaya On Air 18 Jam, Jep Sepahtu Lunas Denda Di Sinar FM. Semalam, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu telah mencipta rekod baru di dalam kariernya selepas dia bersiaran selama 18 jam tanpa henti di stesen radio Sinar FM. Tugasan yang diberi nama ‘Jep Tawan Sinar’ itu merupakan denda yang harus dilunaskan oleh Jep selepas dia tewas didalam satu permainan tidak lama dahulu. Tugasan Jep bermula seperti biasa seawal jam 6 pagi bersama trio popular Angah dan Rahim menerusi segmen Pagi Di Sinar. Menerusi segmen tersebut, penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira dijemput sebagai artis jemputan. Usai sudah Pagi Di Sinar, Jep meneruskan lagi tugasnya itu dengan menemani rakan penyampai Dina Nazir menerusi segmen Sinar Solo daripada pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Di sebelah petang pula, kehadiran Jep memeriahkan lagi celoteh penyampai Hefny Sahad dan Siti Elizad melalui segmen Duo Sinar bermula jam 3 petang hingga 7 malam. Acara kemuncak bagi tugasan Jep Tawan Sinar apabila Jep turut bergandingan bersama rakan penyampai Falyq Hikyle menerusi segmen R&R Sinar dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Menerusi segmen itu juga, Jep diberi kebebasan untuk memutarkan lagu pilihannya selama empat jam. Selepas berakhirnya tugasannya itu, Jep merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pendengar yang menunjukan tanda sokongan buat dirinya selama 18 jam ini. “Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah. Izin Allah selesai on air sampai 12 malam. Denda dapat dilunaskan. “Semoga yang menemani kami dari 6 pagi hingga 12 tengah malam dapat hiburan dan manfaat didalamnya. “12 malam embun pun dah mula turun. Mata pun dah pedih-pedih. Hilang dah kata-kata. Semoga kita bersua di esok hari,” katanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan Jep sepanjang bersiaran pada Isnin. “Mantap Abang Jep. Meriah radio Sinar satu hari ni. Alhamdulillah. “Alhamdulillah, sedikit rabak matanya. “Member dah ngantuk dah tu nak tidur. “Tahniah, nampak keletihan di wajah selepas 18 jam. Good job Jep. “Terbaiklah Jep. Sekalung tahniah. Hari ini memang Sinar FM ceria 18 jam,” antara komen-komen netizen di Instagram. Sumber, media, hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.