Tak pasal pasal dikatakan guna Google Translate bercakap bahasa Thai, Sekali ini respon padu dari Mawar Rashid

Viral

Siapa tak kenal dengan Mawar Rashid artis Malaysia berdarah Thailand, Baru baru tular di aplikasi tiktok tentang perkongsia satu video Mawar berbahasa Thai, kata Mawar tak kisah dengan kritikan warganet mengenai cara pertuturannya dalam bahasa Thailand. Mawar kerap berkongsi video bertutur dalam bahasa Thailand, pelakon Mawar Rashid ditegur warganet kononnya loghat digunakan tidak betul dan bukan cara orang Thailand bercakap. Namun begitu artis comel molek ini enggan melatah dengan komen warganet itu, Mawar, 26, mengakui masih belum fasih bertutur dalam bahasa Thailand dan sedang belajar memperbaiki cara percakapannya itu. Kata Mawar lagi “Ibu saya memang orang Thailand dan bapa saya orang Kelantan jadi di rumah kami jarang bertutur bahasa Thai, tapi nenek belah ibu saya tak boleh berbahasa Melayu dan hanya bertutur dalam bahasa Thai, daripada situlah saya belajar. Saya juga pernah tinggal di Thailand selepas habis belajar. Antara komen warganet lagi “Yang kelakarnya apabila ada yang kata saya Google dahulu sebelum bercakap bahasa Thailand. Saya akui mungkin cara percakapan saya tidaklah selancar orang Thai tapi saya masih mampu bertutur dan memahami apa yang mereka sampaikan.Video, klik link

Mawar jawab persoalan warganet di TikTok.

Selain itu, “Kadang-kadang kalau ada ayat atau perkataan saya tak faham, saya akan tanya mummy (ibu) terlebih dahulu… tanya betul tak apa saya cakap ni,” katanya kepada mStar. Sebelum itu, menerusi aplikasi TikTok, Mawar berkongsi komen ditulis seorang warganet yang mempersoalkan mengenai loghat bahasa Thailand yang digunakan olehnya. Saya ni jarang kecil hati dengan warganet, tapi sebagai manusia mestilah terkesan kalau ada tulis kata-kata pedas “Siam Chiangmai pun tak cakap loghat macam ni sis! Ini bukan orang Thailand asli, saya orang Thai ori saya tahu,” komen warganet. Meskipun video dikongsi olehnya itu menerima komen negatif, isteri kepada Raf Yaakob ini berkata dia tidak berkecil hati dengan pandangan warganet itu.

Mawar berdarah kacukan Melayu dan Thailand.

Mawar juga katakan, “Saya ni jarang kecil hati dengan warganet, tapi sebagai manusia biasa mestilah saya terkesan kalau ada tulis kata-kata pedas, cumanya kalau komen dekat TikTok saya tak ambil serius sangat sebab niat saya hanya nak hiburkan orang. “Biasalah budak 10 tahun pun main TikTok dan mereka pun masih belum matang lagi. Saya anggap mereka bergurau atau nak main-main sahaja, jadi saya tak ambil serius sangat. “Video tu pun saya buat sekadar suka-suka sahaja, kadang-kadang apabila saya pergi ke mana-mana dan bercakap bahasa Thai orang macam kagum, malah kawan-kawan baik pun dulu minta saya buat banyak-banyak video cakap bahasa Thailand,” ujarnya. Sumber, mstar

Masalah anxiety, Mawar Rashid amal baca al-Quran, Pelakon Mawar Rashid mendedahkan berdepan dengan masalah ‘anxiety’ dan serangan panik yang teruk sejak tahun lalu. Mawar berkata, disebabkan perkara itu dia bercadang berjumpa pakar psikiatri untuk mengenal pasti masalah kesihatan yang dihadapi.  “Sebenarnya saya sudah beberapa kali diserang ‘anxiety’.  Saya mula perasan mengalami gangguan ini ketika mengandungkan anak kedua, Raden Seri Rosabella Cinta. “Pernah satu masa saya tiba-tiba menangis dan kemudian mula sesak nafas. Ingatkan masalah yang berlaku ini normal tapi beberapa kali insiden ini berlaku walaupun Cinta kini sudah berusia setahun.

Jadi saya bercadang untuk berjumpa pakar psikiatri sebagai alternatif untuk mengenal pasti sakit yang saya hidapi ketika ini. “Tidak dinafikan jadual kerja yang terlampau padat dan tiada masa untuk diri sendiri menyebabkan saya mungkin dapat gangguan ini. Jadi sekarang ini saya memang akan pastikan ada masa untuk diri sendiri walau sibuk macam mana sekalipun,” katanya. Menurut Mawar, dia bersyukur kerana dikelilingi suami yang juga pelakon Raf Yaakob dan ahli keluarga yang positif. “Alhamdulillah Raf sentiasa ada di sisi apabila saya diserang ‘anxiety’. Dialah yang selalu tenangkan saya dan beri kata-kata positif. Raf selalu ingatkan saya untuk rajin membaca al-Quran dan berzikir. Katanya dua amalan ini adalah ubat terbaik untuk merawat masalah ini.  “Nasihat yang diberikan Raf itu sememangnya betul dan Alhamdulillah saya jadi lebih kuat sekarang dan dapat melawan penyakit ini perlahan-lahan. Gara-gara gangguan ini, saya juga tiada tidak selera makan dan ada kalanya saya banyak mendiamkan diri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.