Sibuk uruskan anak dan perniagaan, kini ramai luah rasa sebak bila Shuib hantar anak ke sekolah

Viral

Sudah sekitar 8 bulan sejak kehilangan si isteri iaitu Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, kini Shuib dilihat aktif dan juga sibuk menguruskan anak-anak serta perniagaannya. Mungkin saja pelawak tersebut nampak cukup kuat di khalayak umum namun jauh di dalam hati pasti saja merindukan insan kesayangannya itu. Keluarga Shuib Sepahtu sememangnya kerap menjadi sorotan ramai setelah beberapa kisah berkenaan kehidupan sehariannya tular di media sosial dan membuatkan ramai peminat prihatin dengan mereka.

Baru-baru ini, Shuib sekali lagi mendapat perhatian umum,apabila memuat naik satu video yang memaparkan dirinya menghantar anak iaitu Talita dan Mateen ke sekolah. Rakaman tersebut dimuat naik menerusi laman instagram rasmi miliknya. “Jadi bapak,jadi mak!!! Anta anak skolah ke Ebbbb,” kata Shuib di ruangan kapsyen. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 169k tontonan, 29.8k tanda suka dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata mendoakan Shuib agar terus kuat dan menjadi bapa dan ibu yang terbaik untuk anaknya.

Untuk makluman, Siti Sarah menghembuskan n4fas terakhir pada pukul 5.13 pagi 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur ak1bat C0vldl9. Selain Ariq Matin, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM. Untuk rekod, Ayash dikeluarkan dari kandungan Siti Sarah melalui operasi yang diadakan pada 6 Ogos tahun lalu.

Komen warganet:

Sumber, Instagram Shuib Sepahtu

Ramai Yang Luahkan Rasa Sedih Bila Tengok Anak Sulung Shuib Menangis Lepas Gagal Dalam Pertandingan Golf

Anak sulung kepada pasangan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah, Uwais Al Qarni jadi perhatian ramai apabila menyertai sebuah pertandingan sukan golf bagi peringkat kanak-kanak di negeri Kedah. Walaupun begitu, Uwais dilihat menangis dan kecewa kerana mendapat skor markah yang tidak memuaskan. Menerusi platform TikTok, akaun jenama hijab milik Siti Sarah berkongsi momen tersebut untuk tatapan umum. Pada perkongsian berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan Uwais yang tidak ditemani oleh bapanya mendapat markah yang kurang memuaskan pada hari kedua pertandingan.

Uwais dilihat memeluk erat datuknya, Raisuddin Hamzah ketika sedang bersedih sambil diberikan kata-kata semangat dan positif untuk dia terus berusaha. Sementara itu di ruangan komen, kekecewaan Uwais itu mengundang rasa sebak wargamaya yang rata-ratanya seperti merasai emosi kanak-kanak berusia 11 tahun itu. “@CikMisi, Sepatutnya ibu Uwais yang peluk Uwais. Takpa, Uwais ibu sentiasa ada dengan Uwais.” “@abbybiah, Dia perlukan sokongan dari adik-adik & Shuib. Uwais kuat ya. Harap esok ada sinar buat Uwais.”

“@syahidah ibrahim, Allah rasa nak nangis jugek Uwais jangan sedih. Uwais teruskan usaha. Semoga uwais terus berjaya. Aamiin.” “@Siti Saadiah Ssmr, semua orang nak menang Uwais….kamu dah cuba yang terbaik….innsaaAllah…sampai masanya untuk kamu nanti.” “@rohayasidek605, usaha lagi Uwais anak hebat.” “@lizaarof084, Allahhu… boleh rasa kesedlhan Uwais tu… saat-saat camni mesti rindu pelukan yang tersayang.”

“@Heza, Ambil semua ni pengalaman. Semoga berjaya kelak. Semoga atok dan semua yang disekeliling mu sihat dan sentiasa ada untuk kamu.” Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tanda suka daripada warga TikTok. Tahun lalu, Uwais berjaya dinobatkan sebagai juara bagi Kejohanan Golf Terbuka Junior, Kategori 10 tahun anjuran Palm Resort. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Sumber, Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.