Tular rakaman lamaran atas pentas, tapi bila ditanya ini respon Aedy Ashraf soal kisah cintanya

Viral

Video Aedy lamar Amelia tular dan mencuri tumpuan ramai. Tindakan pelakon Aedy Ashraf melamar aktres Amelia Henderson untuk dijadikan kekasih secara terbuka di khalayak ramai baru-baru ini mengejutkan ramai. Namun jika dilihat di media sosial, rata-rata tidak senang dengan perlakuan berkenaan kerana beranggapan ia seperti mengikut budaya barat. Tambahan pula lamaran itu hanya untuk dijadikan kekasih. Justeru cuba mendapatkan reaksi Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 29, tentang hal berkenaan. Bagaimanapun Aedy memilih untuk mengunci mulut. “Berkaitan kisah peribadi saya tidak mahu komen,” ujarnya ringkas.

Aedy ditemui ketika sidang media secara atas talian bagi mempromosikan drama baharu berjudul Bila Hati Memilih Dia yang berlangsung pada Selasa. Baru-baru ini nama Aedy dan Amelia trending di media sosial apabila video aktor berkenaan melutut dan membuat lamaran untuk menjadi kekasihnya viral di TikTok. Momen itu berlaku ketika kedua-dua mereka hadir memeriahkan festival makanan yang berlangsung di Bukit Jalil. Bercakap tentang drama terbaharu lakonannya itu, Aedy berkata dia mengambil cabaran menggalas watak sebagai seorang bapa muda yang tidak pernah dia bawakan sebelum ini.

Berkaitan kisah peribadi saya tidak mahu komen

“Pada awalnya ketika diberi tawaran berlakon drama ini saya tidak yakin kerana bimbang watak seorang bapa akan terus melekat dalam diri saya. Bagaimanapun penerbit percaya untuk saya bawakan dan saya cabar diri untuk melakonkan watak sebegini. Selepas ini saya akan terbuka untuk menerima tawaran watak sebagai seorang bapa tetapi tidaklah yang terlalu berusia. Jika ada anak yang masih kecil dalam lakonan apa salahnya,” jelasnya. Dalam drama ini Aedy bergandingan dengan Eyka Farhana dan pelakon kanak-kanak Maryam Annisa.

Sebagai pelakon yang mula bergiat aktif sejak usia muda, Aedy turut berkongsi pengalaman dengan Maryam untuk beraksi di hadapan kamera. “Berlakon bersama Maryam mengingatkan saya pengalaman bekerja di set penggambaran ketika berusia lima tahun dahulu. Dengan pengalaman yang ada saya cuba untuk beri input kepada pelakon kanak-kanak supaya dia lebih faham untuk berlakon,” katanya. Drama Bila Hati Memilih Dia ditayangkan bermula 28 Mac di slot Samarinda saluran TV3 selain secara penstriman di iQiyi. Pelakon lain yang turut terlibat adalah Zila Bakarin, Gambit Saifullah dan Shahz Jaszle. Sumber, Mstar

Rupanya Dah Dua Tahun Tunggu, Tular Rakaman Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson

Memang tak asing lagi dengan drama penuh romantik akhir tahun lalu iaitu gandingan hebat antara pelakon terkenal Aedy Ashraf dan juga model cantik Amelia Henderson menerusi drama ‘Kisah Cinta Kita’ menjadi bualan ramai. Mana taknya, keserasian mereka berdua jelas terserlah seperti pasangan yang sedang bercinta di luar set. Sejak itu, para peminat memang mengharapkan dapat mendengar berita baik daripada pasangan selebriti tersebut. Terbaru tular video menerusi beberapa perkongsian di TikTok, kedua-dua artis tersebut dilihat sama-sama hadir memeriahkan satu festival makanan di Bukit Jalil selain beri sokongan kepada rakan lain. Pelakon kegilaan ramai iaitu Aedy Ashraf melamar artis cantik jelita Amelia Henderson sebagai teman wanitanya di depan peminat yang lain. Sekali lamarannya diterima oleh Amelia Henderson.

Memang terkejut betul dengan tindakan secara drastik Aedy. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang gembira dan cukup senang melihat aksi lamaran tersebut. Dalam pada itu, mereka juga mengharapkan adegan berkenaan bukanlah hanya lakonan atau helah marketing semata-mata. Ini apa yang warganet beri komen, “pergh kena accept crush-lah Aedy”, From celebrity crush to girlfriend. Patutlah dalam drama Aedy pandang Amelia lain macam. Sumber,pnews.space

Leave a Reply

Your email address will not be published.