Isu botak dan rambut gugur, rupanya ini yang berlaku pada isteri Will Smith dan ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja

Viral

Semalam, kecoh dengan kejadian tular yang melibatkan pelakon Will Smith menampar pelawak, Chris Rock kerana lawak yang keterlaluan di pentas Oscars 2022. Chris dengan selamba membuat lawak dengan mempersendakan isteri Smith, Jada Pinkett yang tampil dengan gaya botak. Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya Jada Pinkett mengalami masalah kesihatan, Alopecia yang mengakibatkan rambutnya gugur teruk. Jada Pinkett merupakan seorang pengh.1dap Alopecia sejak 2018 lagi dan sakit itu merupakan sakit autoimun yang menyebabkan folikel rambut rosak atau musnah lalu mengakibatkan rambut gugur.

Punca berlaku masalah ini adalah kerana faktor genetik, perubahan hormon, stress, ubat ubatan, supplement, produk rambut dan kesan dari radioterapi. Menerusi perkongsian di akaun Facebook rasmi Public Health Malaysia, adalah digalakkan untuk membuat pemeriksaan lanjut sekiranya mengalami masalah kehilangan rambut dalam masa yang singkat atau ada tompok botak kecil pada kulit kepala. Berikut merupakan tanda-tanda atau gejala Alopecia. Disebabkan itu budaya melawak yang keterlaluan tidak patut diamalkan kerana berkemungkinan anda tidak tahu apa kisah perit yang dilalui oleh seseorang. Sumber, Gempak

Pertahan maruah isteri, Will Smith bukti suami sejati

Kejadian aktor tersohor Hollywood, Will Smith menampar selebriti Chris Rock di pentas Majlis Oscar 2022 menjadi antara perbualan terhangat di seluruh dunia ketika ini. ‘Drama’ yang berlaku di pentas anugerah berprestij pada Isnin itu bermula apabila Rock secara spontan bergurau mengenai imej isteri Smith, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej botak. Gurauan yang tidak kena tempat itu akhirnya memakan diri Rock, malah lebih memalukan kejadian yang berlaku di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat turut ditonton secara langsung.

Tindakan ‘tiada kompromi’ oleh Smith meskipun mungkin ada yang menganggap ia sekadar gurauan itu jelas membuktikan beliau adalah suami yang sejati serta sentiasa mempertahankan isteri tercinta. Ini kerana umum mengetahui, Jada yang kini muncul dengan imej berkepala botak tampil sedemikian bukan ‘berfesyen’ tetapi disebabkan masalah kesihatan. Justeru, ramai menganggap tindakan yang dilakukan oleh Smith itu wajar, walaupun mungkin ada sesetengahnya berpandangan perkara tersebut mungkin boleh dirunding di belakang tabir bagi menjaga imej majlis anugerah berprestij dunia itu.

Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan Smith mungkin layak diangkat sebagai ‘hero’ dan menjadi suami idaman para isteri ketika ini kerana sanggup melakukan apa sahaja bagi menjaga perasaan suri hatinya itu. Sungguh pun begitu, Smith ketika berucap selepas diumumkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022 tampil mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. “Ini merupakan momen yang indah dan saya menangis bukan kerana kemenangan ini (Pelakon Lelaki Terbaik),” ujarnya.

Bagaimanapun, permohonan maaf itu tidak ditujukan secara langsung kepada Rock. Pengajaran daripada kejadian terhangat ini seharusnya membuka mata semua pihak agar lebih berhati-hati dalam bergurau apatah lagi apabila ia membabitkan maruah seseorang. Gurauan itu mungkin dianggap biasa bagi sesetengah orang tetapi bagi setengah pihak lain pula ia mungkin perkara yang tidak boleh diterima. Jadi, hati-hatilah dalam bergurau kalau tidak mahu menerima nasib seperti Rock. Bukan sahaja sakit yang dapat tapi malu seluruh dunia pun mendapat! Sumber, bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published.