Tak cukup lagi, Lucinta Luna dedah jalani operasi muka di Korea inginkan wajah seperti Lisa Blackpink

Viral

Selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna diketahui menjalani operasi plastik pada bahagian muka baru baru ini. Hal ini terungkap selepas Lucinta mengemas kini media sosialnya dengan memuat naik keadaan dirinya yang berbalut pada bahagian kepala menutup sedikit wajahnya sambil duduk di kerusi roda. Biar bukan operasi plastik pertama, namun ada yang unik pada tindakannya kali ini. Tanpa segan silu dia menulis di akaun @lucintaluna_manjalita.: “Good bye LUCINTALUNA.

”Rupa rupanya kata Lucinta, dia mahu memiliki wajah mirip pesohor Lisa Blackpink. Operasi ini juga dikatakan dilakukan di Korea Selatan. Dia memaklumkan bakal kelihatan seperti Lisa Blackpink apabila ditanya oleh warganet dalam laman sosialnya. Namun, sehingga artikel ini ditulis, Lucinta yang dipercayai seorang lelaki dengan nama sebenar Muhammad Fatah itu belum memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai tindakan dan prosedur operasi plastik yang dilakukannya. Malah ada yang mengesyaki Lucinta sebenarnya tidak berada atau melakukan operasi plastik di Korea, sebaliknya berada di Indonesia berdasarkan kerusi roda dan situasi pandemik yang masih belum membuka sepenuhnya sempadan negara. Sumber, Gempak

Lucinta Luna mahu kembali jadi Fatah, menyesal ubah jantina – “Cukuplah… saya takut dosa”

Lucinta Luna akui menyesal ubah jantina. Penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan imej lebih maskulin dalam sesi temubual di laman YouTube Boy William, baru-baru ini. Penampilan Lucinta atau nama sebenar Muhammad Fatah dengan mengenakan pakaian lelaki cukup berbeza dengan imejnya sebelum ini yang diketahui feminin dan anggun.

Dalam program itu, Lucinta meluahkan isi hatinya sepanjang tiga tahun menjadi seorang transgender di negara republik itu. Lucinta berkata dia menyesal menukar jantina dan mengakui diselubungi rasa takut sepanjang tiga tahun menjadi ‘wanita’. “Saya tak happy (jadi Lucinta Luna). Saya jadi takut, takut dengan dosa. Bahkan selepas (jadi perempuan secara fizikal), saya bangun tidur dan melihat bahagian badan… rasa macam kenapa berbeza. Dulu masa saya masih kecil bentuknya tidak begini. Ya Allah, boleh tak saya balik lagi begitu?” ceritanya.

Sementara itu, Lucinta yang pernah berduet dengan Datuk Aliff Syukri menerusi lagu Bobo Di Mana ini mengakui sudah puas meraih populariti atas tindakannya sebelum ini. Dia juga mengakui sudah penat berdepan dengan pelbagai kontroversi sepanjang tiga tahun membawa nama Lucinta Luna. “Ya istilahnya sudah cukup la ya selama tiga tahun ini, dari tahun 2018 sudah cukup dapat untung dari situ. Ya saya percaya satu hari nanti pasti kembali (kontroversi) lagi, tapi saya penat sahaja. Terima kasih kerana mendengar cerita saya,” ujarnya. Sekadar peringatan, perbuatan menukar jantina dan mengubah fitrah dilarang dalam agama Islam. Sumber, Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.