Kalini Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pula tunaikan umrah, ini peminat doakan

artis

Siapa tak kenal akan pelakon romantik ini. Baru baru ini Aeril Zafrel memuat satu posting di instagramnya berkenaan dirinya dan Wawa mahu menunaikan umrah, Aeril memohon agar orang ramai menitipkan doa buat mereka agar ziarah dan umrah mereka diterima Allah. Pelakon, Aeril Zafrel memaklumkan dirinya dan isteri yang juga pelakon, Wawa Zainal telah berangkat ke tanah suci bersama bagi menunaikan umrah. Menerusi hantaran di Instagram, Aeril memohon agar orang ramai  dapat menitipkan doa buat mereka agar ziarah dan umrah mereka diterima Allah serta memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Ini katanya “Assalamualaikum alhamdulillah insyaAllah kejap lagi saya dan isteri akan menunaikan umrah. Doakan semoga mendapat umrah yang mabrur. Dan kami memohon maaf andai ada silap dan salah. Semoga kalian juga dijemput ke sini nanti. Amin.”- tulis Aeril.

Memang di ruangan komen, rata-rata peminat membanjiri dengan pelbagai ucapan dan mendoakan agar urusan ibadah umrah Aeril dan Wawa dipermudahkan. “Moga Allah permudah segalanya..Aaminn”, “Semoga segalanya dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur boss.” “Alhamdulillah moga dipermudahkan perjalanan ibadah pergi dan balik. Amin.” komen mereka. Sekadar info, pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2013. Hasil perkhwinan mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Aya Soffya, dan Muhammad Fahri. Sumber, murai.my

Akhirnya Tercapai, Aeril Zafrel Hadiahkan Isteri Sesuatu Sampai Cecah Nilai Jutaan Ringgit. Pelakon Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal tidak menyangka impian mereka untuk mempunyai ibu pejabat atau wisma baharu syarikat Wawa Cosmetic akhirnya tercapai. Paling mengagumkan, wisma Wawa Cosmetic yang terletak di Bandar Baru Bangi itu dianggarkan bernilai RM5.2 juta. Tambah manis, Aeril sendiri mengakui ibu pejabat itu merupakah ‘hadiah’ istimewa buat Wawa. “Bangunan ini sendiri berharga RM3.2 juta kos renovation pula RM2 juta. Kos keseluruhan bernilai RM5.2 juta. Jadi RM5.2 juta harga nilai cinta saya pada Wawa,” ujar Aeril secara berseloroh. Sementara itu, menurut Wawa, ibu pejabat itu menjadi ‘saksi’ hasil titik peluh mereka yang selama ini bertungkus lumus dalam memastikan perniagaan terus maju dan berkembang.

“Tak sangka akhirnya kami berjaya dapatkan HQ ini walaupun banyak dugaan dan rintangan dulu. Masa mula-mula berniaga, orang ketawa, hina, anggap kami akan berpisah. Awal-awal dulu kan, masa kami nak kahwin ada orang cakap kami akan hidup sesusah. Akhirnya kami buktikan boleh berjaya. Kata-kata itu buat Wawa dan Aeril kuat. Wawa sangat berjaya dengan kejayaan ini dan tak percaya. Now pun sudah ada yayasan dan boleh buat Masjid pula lepas ni,” katanya. Wawa dan Aeril berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Wawa Fantasy Dream dan perasmian ibu pejabat baharu, semalam. Difahamkan, sebanyak 80,000 unit produk akan dikeluarkan dengan membabitkan 50,000 unit untuk ‘batch’ pertama. Sumber: Mstar

Pernah Dituduh Kahwin Lepas Ada Anak. Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Sedih Bila Ada Orang Yang Sanggup Cakap Macam Ni. Setiap kali mengimbau ketika awal perkhwinan, aktres dan usahawan Wawa Zainal mengakui berdepan situasi sukar terutama apabila dikatakan memiliki anak Iuar nikah. Menerusi laporan Harian Metro, pendedahan tersebut dikongsi menerusi rancangan dikendalikan Datuk Aznil Nawawi iaitu Hard to Heart yang disiarkan. “Orang tahu kami sudah berkhwin selepas mempunyai seorang anak, kami rhsiakan perkahwinan kami ketika itu. “Macam-macam tuduhan, ada yang cakap kami berkhwin slepas ada anak. Ada juga yang kata, anak yang saya Iahirkan itu anak luar nikah dan sebagainya.“Apabila fikir balik perkara itu, saya jadi sedih. Ibu bapa mana yang tak sedih, apabila anaknya ditudh macam-macam,” katanya.

Bagi suaminya Aeril Zafrel, dia mengakui kontroversi ‘kahwin senyap’ ketika itu berpunca daripada kesiIapan sendiri sehingga terpksa mempertahankan maruah selepas pendedahan tergempar tersebut. “Ketika itu, kami berdua masih baru dalam kerjaya lakonan. Wawa pula terikat dengan kontrak syarikat yang tidak membenarkan artis bercinta sesama sendiri. “Kita hormatlah, memang itu salah kami kerana tk patuh syarat kontrak. Tapi, naluri manusia. Walaupun cakap tak boleh bercinta, tapi perasaan itu membara,” ujarnya. Bagaimanapun, aktor berusia 33 tahun itu mengakui kesilapannya kerana menyembunyikan hubungan haIal mereka disebabkan kontrak syarikat.

Malah tambah Wawa, kontroversi tercetus turut menyebabkan rumah tangga yang dibina hampir berakhir dengan perpisahan. “Ada sampai satu tahap, saya cakap tak nak teruskan hubungan ini. Tapi Aeril yang pujuk, katanya kita tak boleh mengalah nanti orang akan ketawakan kita. “Kami tahu ada yang cakap kami bakal hidup susah, kami yang akan datang balik mereau, termasuk mengemis kerja,” tambahnya. Difahamkan, pernikahan pertama mereka pada 25 Februari 2012 secara rahsia manakala pernikahan kedua pula pada 4 Februari 2013 dengan berlandaskan syariat dan undang-undang Malaysia. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya. Sumber : www.dnq.pw

Leave a Reply

Your email address will not be published.