Bertindak kritik golongan kurang upaya, kini SKMM tampil dedah terima 20 laporan terhadap Kak Long

Viral

Sejak kejadian memarahi pekerja 7E tular, nama Kak Long seperti sudah sinonim dengan kontroversi. Malah baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengesahkan bahawa pihaknya dan pihak polis telah menerima 20 aduan mengenai wanita bernama Wan Nor Baizura ini. Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, laporan-laporan ini dibuat ke atas videonya apabila dikatakan mengh.1na golongan Orang Kurang Upaya yang dimuat naik di media sosial. Disebabkan laporan tersebut, pihak SKMM dan polis akan menjalankan siasatan berdasarkan aduan-aduan yang telah pun diterima.

Selain itu, Zahidi turut memberi peringatan kepada orang ramai bahawa mengh.1na kehormatan seseorang termasuk membuat jenaka mengenai keadaan fizikal seseorang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 509 dan 504 Kanvn Ksks.4an dan Seksyen 233 (1)(b) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sebelum ini, satu video tular di media sosial menunjukkan Kak Long menangis ekoran perniagaannya diboikot serta meminta agar orang ramai memaafkannya dan memberikan dia satu lagi peluang. Harapnya Kak Long sedar dengan kesilapan yang dia lakukan dan benda ni menjadi pengajaran untuk orang lain supaya berpada-pada bila menggunakan media sosial. Sumber, Lobak Merah

Wan Maimunah Dah Boleh Pencen Rasanya, Ramai Warganet Minta Kak Long 7E Gantikan Tempat Wan Maimunah Dengan Drama Air Mata

Sudah kita ketahui individu yang penuh dengan kontroversi, baru baru ini kecoh di media sosial sejak semalam apabila Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E tampil membuat permohonan maaf menerusi sebuah video. Tindakan itu dibuat selepas akaun media sosialnya dinyahaktif selain turut diboikot sesetengah pihak. Jelas Kak Long, jika tidak mempunyai anak kecil untuk ditanggung, dia pernah terfikir untuk terjun daripada bangunan tinggi. Susulan itu, Kak Long dilihat begitu sebak hingga mengalirkan air menerusi video berkenaan.Biarpun ada yang bersimpati dengan nasib menimpa Kak Long, namun rata-rata warganet seakan ‘lali’ dengan gaya permohonan maaf berkenaan.

Malah, ada juga menyamakan level ‘kesedihan’ Kak Long dengan babak lakonan pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz. “Wan juga namanya, tapi bukan Wan Maimunah la”.“Rasanya Wan Maimunah boleh pencen kot jadi drama air mata”. “Selalu sangat sekarang lepas buat salah minta maaf, persoalannya berapa kali nak mintak maaf menangis,” tulis beberapa warganet. Untuk rekod, dalam sesi siaran langsung itu seorang jejaka dan wanita yang turut menjelaskan situasi sebenar Kak Long ketika ini. “Ini orang Islam dan saya bukan sesiapa. Takkan korang nak dia terjun bangunan baru puas hati?”Ini buli siber, tolong berhenti. Saya kasihan dia tak boleh nak cari makan, tak boleh berniaga, tak boleh buat reviu.”Dia pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi berniaga. Empat hari ni dia sampai dah kering air mata, setiap kali cerita dia menangis. “Kak Long sampai depresi, sampai makan ubat. Kita dah cakap, Kak Long ni bagus. Stop jadi batu api. Saya minta semua berhenti,” rayunya. Sumber, gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.