Wanita luah rasa tertekan bila jaga mak saat dalam pantang, sampaikan mak sanggup buat macam ni pada makanan anak dan keluarganya

Kisah Rumahtangga

Terima kasih hidekan profile. Mcm ni. Saya tengah dalam pantang dan dalam masa yang sama jaga anak kecil 3 orang dan mak saya yang str0k. Mcm mana ya nak jaga perasaan orang tua yang terlampau sensitif dan jaga perasaan diri sndri bila menjaga orang tua ni. Bukan apa, saya ni suami overseas kerjanya. Berpantang sendiri dan fully housewife. Husband tak dapat balik sekarang dan boleh balik lepas pantang je. Saya tak kisah part tu saya faham sangat komitmen kerja dia. Tapi saya sangat beremosi time pantang ni. Anak saya 2 orang demam panas. Suhu cecah 39-40 malam tadi. Saya akan lap dorang dengan air untuk turunkan suhu badan atau terus mandikan anak kalau panas sangat. Itu yang diajar oleh nurse dan doktor anak baby time warded dulu.

Anak2 saya pernah kena pneumonia. Jadi saya masih ingat pesanan doctor jgn bg suhu terlampau tinggi mcm ni nnti takut sawan. Tambahan pernah skali sorang anak saya kena s4wan time dia demam tiba2 kt rumah. Saya risau anak s4wan mcm dulu, saya akan make sure suhu anak tak tinggi teruk. Masalahnya sekarang mak saya asyik marah2 saya bila mandikan anak pada waktu demam. Dia kata zaman dia dulu, biarkan anak selimut 1 bdn dengan kepala skali bg berpeluh nanti demam cpt kebah. Saya cuba explain baik2 dengan mak yang doctor dah pesan jgn buat mcm tu. Nak2 anak saya prnah kena sawan demam panas dulu. Bila kita cakap dulu mungkin orang dulu-dulu tak tau pasal s4wan. Bila doctor ajar macam ni, dah ada ilmu, kita ikut apa ilmu yang dh belajar.

Dia tetap kata cara orang dulu lagi mujarab. Sekejap dah baik bila buat cara orang dulu. Ni anak saya 3 hari pun belum baik lepas bagi ubat-ubat dah dipaksa saya buat cara orang dulu-dulu. Tapi bila saya kata nak elak jadi s4wan mcm dulu, dikatanya saya tak cukup percaya dan berserah kt Allah. Brgantung sangat kat doktor, bukan kat Allah. Saya stress sangat sampai tak tahan nak berlawan mulut dengan mak saya sendiri. Saya tahu saya berdosa berlawan ckp dengan mak. Ibarat tak dgr ckp dia. Tapi semua yang disuruh saya buat ikut zaman dulu-dulu tu yang saya rasa tak sesuai digunakan zaman sekarang. Contohnya, cara berpantang dia yang tak kisah jaga makan sangat. Ya mak saya tak mcm orang lain zaman dulu. Bab makan dia ikut je nak makan apa semua boleh makan. Saya banyak nasihatkan dia untuk cpt baik str.0k dia, selain makan ubat dan fisio, perlu jaga makan.

Tapi dia marah sangat bila saya cuba control food intake dia. Dia kata dia dah makan ubat. Jangan nak ajar-ajar mak. Kadang-kadang saya jadi stress. Saya masak untuk semua makan, sekali anak-anak. Atau kalau tak larat saya order online delivery. Tapi pantang nampak makanan, mak saya akan habiskan apa yang ada walaupun yang saya beli tu banyak dan pelbagai. Dia takkan ingat orang lain yang belum makan. Lepas tu dia akan kata, ala, mak nak rasa je. End up saya terpaksa sorokkan makanan yang untuk anak-anak dan saya sendiri supaya tak terjadi isu kena masak banyak kali. Untuk pengetahuan semua, mak saya mild str.0k sebelah tangan dan sebelah muka sahaja. Bukan yang terbaring tu. Masih boleh uruskan diri sendiri. Tapi semua urusan kerja rumah memang saya yang buat sorang even time berpantang. Kemas rumah, basuh baju, lipat baju, saya sorang buat.

Kadang2 stress jugak.Sbb tangan kanan dia elok je sihat untuk makan minum dan mandi. Tgk tv tukar channel semua boleh je. Even dia suka makan maggi malam-malam pun boleh je dia masak sendri. Tapi memang tak sudi nak tolong kemas rumah, tolong masak-masak, malahan lagi tolong menyepahkan rumah. Kadang-kadang rasa mental jugak. Tapi saya pujuk hati sendiri ckp mak saya ni makin tua dan maybe dh masuk fasa kita kena jaga dia mcm jaga baby. Saya pernah berhasrat nk duduk berasingan dengan mak sbb terlalu stress. Tapi membayangkan dia pun dh tua, saya nk tolong jaga dia. Cuma mungkin sebab tengah pantang ni emosi saya sangat terganggu. Saya ada anxi.3ty dan dprssion dis.0rder. Sebolehnya saya taknak stress yang melampau. Tapi mak saya sendiri yang selalu triggered saya. Mungkin banyak lagi saya perlu tahu cara nak menjaga orang tua. Emosi dia terganggu bila saya tak dengar cakap dia. Dia akan stress dan str.0k akan makin teruk. Dlm masa yang sama emosi saya pun sangat trganggu dengan mana nak urus anak dan bayi kecil baru lahir. Harap ada yang berpengalaman menguruskan dan menjaga orang tua boleh bagi tips untuk saya improvekan diri saya. Terima kasih. Sumber, kisahrumahtangga.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.