Kecoh kononnya Iqbal dikatakan guna minyak dagu pada DSV, namun ini penjelasan Iqbal

Viral

Penyanyi dan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli terkilan apabila ada yang menyebarkan ftnah mendkwa dia telah menggunakan minyak dagu terhadap Datuk Seri Vida (DSV). Menurut Iqbal, biarpun agak marah, namun dia perlu sabar dengan dkwaan tersebut. “Rasa nak marah tapi kena sabar. Saya rasa lucu bila orang kata saya letak minyak perah daripada myt, minyak dagu dekat DSV. Saya pernah dengar benda ni. Orang mungkin rasa bangga, tapi bangga dengan cara ftnah orang. Keturunan kita tak ada buat benda tu, hidup tak berkat,” katanya. Jelasnya, pun begitu dia tidak terasa hati dengan ftnah sedemikian, namun cara individu itu mendapat perhatian dengan agak salah.

“Mungkin dia rasa bangga dapat FYP (trending) semua, tapi bangga dengan cara fitnah oranglah.“Tapi tak apa saya tak kisah pun, teruskanlah saya tak simpan dalam hati pun.“Tak perlu jumpa saya di padang mahsyar pun,” katanya. Sekadar info, Iqbal dan Vida sebelum ini perjah menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia apabila kedua-dua mereka dikatakan bakal berkahwin. Pun begitu, hubungan cinta Iqbal dan Vida dihalang oleh anak sulung jutawan kosmetik itu iaitu Cik B yang berkeras tidak bersetuju. Sumber, Gempak

Sempat Bertemu Dengan DSV Pada Final Big Stage, Rupanya Ini Yang Dia Cuba Cakap

Nampaknya kemeriahan di rancangan Big Stage 2022 tidak hanya dimeriahkan oleh peserta-peserta terlibat, tidak disangka-sangka juga beberapa momen lain turut mendapat perhatian oleh warganet. Satu kejadian ini pula memaparkan gelagat Presiden Nt.1zn di Big Stage, Datuk Seri Vida atau DSV dan bekas peserta Big Stage, Iqbal dimana mereka juga ternyata hangat diperkatakan di aplikasi, TikTok.

Menerusi satu rakaman video menunjukkan kedua-dua usahawan popular itu dilihat berborak sesama sendiri dan oleh kerana kontroversi yang terdahulu menyebabkan ramai meninggalkan pandangan masing-masing. Tak kurang juga, ada yang merasakan gelagat Iqbal dan DSV di Big Stage tersebut kelihatan sweet dimana perkongsian itu ditinggalkan ribuan tanda suka.

Namun begitu, ternyata kejadian yang sempat dirakam tersebut turut mendapat perhatian daripada Iqbal di aplikasi, TikTok apabila dia dilihat menjelaskan situasi sebenar yang berlaku disaat itu. Perkongsian oleh akaun bernama @dirafdias33 tersebut diruangan komen nampaknya ditinggalkan ratusan reaksi oleh warganet disamping gelagat mereka itu menarik tumpuan ramai di aplikasi TikTok dengan meraih ribuan tanda suka di hantaran tersebut. Sumber : HimpunanCeritaLawak

Kagum Dengan Lagu DSV, Kali Ni Ara Johari Tampil Buat Cover Lagu Ku Ikhlaskan Buat Ramai Terpegun

Single terkini usahawan Datuk Seri Vida, Ku Ikhlaskan memang sedang menjadi bualan ramai malah diparodikan oleh beberapa pihak. Bukan mengenai lagu sangat yang diperkatakan wargamaya, tetapi adalah imej Vida yang disifatkan jelik, hodoh dan keterlaluan dalam muzik video yang disiarkan bersama lagu tersebut sejak pukul 3 pagi semalam. Malah, MV Ku Ikhlaskan juga telah menerima tontonan hampir 1 juta di YouTube dalam tempoh kurang 24 jam ia disiarkan. Salah seorang yang telah mendengar dan menonton MV tersebut adalah bekas pembantu peribadi yang juga lelaki yang hampir menikah dengan Vida, Iqbal.

“Ya, saya sudah dengar selepas beberapa jam lagu tersebut dimainkan di radio,” kata Iqbal. Sambil memuji muzik video Vida yang disifatkan sangat internasional seperti milik penyanyi Lady Gaga dan Agnes Monica, Iqbal mengaku imej lelaki muda yang ditonjolkan dalam visual tersebut adala jelmaan dirinya. Malah, Iqbal bersetuju jika penonton mengaitkan lagu Ku Ikhlaskan tersebut ditujukan Vida buatnya selepas hubungan cinta mereka tidak berakhir ke jenjang pelamin. “Kalau orang kaitkan lagu tersebut dengan saya, ya saya rasa memang lagu itu untuk saya. Sebab dalam babak pertama muzik video, kalau perasan frame gambar sewaktu dipegang Datuk Vida, itu adalah muka saya yang dipangkah. Saya memakai baju biru dan sedang menyarungkan kasut. Mungkin orang luar tak perasan, tapi saya perasan (diri sendiri),” kata Iqbal lagi.

Dia yang kini sibuk menceburi dunia lakonan menambah: “Imej lelaki lebih muda, ya itu memang ditujukan untuk saya. Banyak momen momen yang membuat saya tersentuh dari muzik video tersebut.” Meski memuji hasil kerja tim dan Vida menghasilkan single tersebut, Iqbal mengaku kurang suka dengan vokal penyanyi itu yang disifatkan sebagai sudah ‘dicantikkan’ terlalu banyak. “Saya kurang suka tune suara lari banyak dari yang asal sampai lupa ini suara DSV atau ini bukan ke? Part original itu sudah hilang. Saya pun penyanyi dan saya pesan kalau saya menyanyi, biarkan suara saya walaupun buruk, masih boleh didengar dengan jelas. Jangan lari sangat,” katanya. Pemilik nama penuh Nurfarrah Izzatie binti Johari atau nama popularnya Ara Johari dan Ara AF2016. Telah menyanyikan semula lagu tersebut, raih pujian ramai Dalam pada itu, rata-rata warganet memuji mutu vokal Ara “Mantaplah Ara. ara punya tone ni mmg tone org dulu2 yang lantang tinggi. Tambah pulak lagu ni mmg vibes 90-an, mmg sesuai sgt. I can say tone Ara mmg jenis tone evergreen..” Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.