Dikritik ustazah gara gara rambut berwarna , Sekali ini respon dari ibu hingga ustazah terkedu

ISU SEMASA

Umum kita sudah kita ketahui musim persekolahan baharu sahaja bermula minggu lalu, pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsikan warganet di media sosial. Tidak ketinggalan ada yang mengimbas kembali (throwback) insiden ketika mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah suatu ketika dahulu. Sebagaimana perkongsian seorang pelayar ini, pengalaman dituduh oleh seorang ustazah gara-gara mempunyai warna rambut yang sedikit keperang-perangan, merupakan antara insiden yang tidak dilupakannya sehingga hari ini. Katanya lagi, “Ada pemeriksaan rambut di sekolah agama. Rambut saya secara semula jadi bukan berwarna hitam. Dan salah seorang ustazah tuduh saya warnakan rambut dan cakap ‘fikir anak orang putihkah mewarnakan rambut?’ “Saya balas dan cakap, datuk saya orang putih. Dia marah dan hubungi ibu saya,” kongsi pelayar bernama ‘Ain Batrisyia @ ‘Ain Nadiah Muhammad Nur Adile. Menurutnya yang senang disapa Ain, ketika membuat panggilan tersebut, ustazah berkenaan menetapkan mode pembesar suara

Rambut Ain (kiri, duduk) berwarna sedikit keperangan secara semula jadi sejak kecil.

Katanya lagi “Ibu saya menjawab memang saya tak mewarkanan rambut sebab memang tak pernah pun. Ustazah tersebut mula memberikan ceramah mengenai dosa menipu dan mewarnakan rambut. “Ibu saya melawan balik dan bertanya kepada ustazah mengenai dosa menuduh dan memfitnah. Memang diam seribu bahasa,” kongsinya lagi. Bercerita lebih lanjut, gadis yang berasal dari Brunei Darussalam ini berkata, dia sememangnya mempunyai darah kacukan Melayu-Inggeris.

Part kelakar tu mungkin sebab muka tak adalah ala-ala orang Inggeris tapi tengok rambut, warnanya tak hitam macam pelajar lain. “Saya kacukan Inggeris tapi sebenarnya belah ibu banyak kacukan. Rambut saya tidak seperang seperti datuk. Part kelakar tu mungkin sebab muka tak adalah ala-ala orang Inggeris tapi tengok rambut, warnanya tak hitam macam pelajar lain,” ujar anak ketiga daripada lima beradik ini. Ain yang juga pelajar tahun satu jurusan kejururawatan berkata, dia sekadar mengimbas kenangan lucu ketika di bangku sekolah bersama warganet. “Saya terkejut juga sebab rakan-rakan di Malaysia boleh relate tweet saya ni sebab tak terfikir langsung di Malaysia pun ada juga insiden macam ni,” ujarnya lagi.\

Ain merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan sikap segelintir guru yang ‘judgemental’ terhadap penampilan fizikal pelajar adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. “Rambut dan warna mata saya juga tidak hitam. Dan ada guru yang marah dan dia fikir saya pakai kanta lekap dan warnakan rambut. “Cikgu dan ustazah ni ingat semua rambut hitam-sehitamnya ke? Sikit-sikit nak tuduh orang warna rambut. Dah orang pergi sekolah pakai tudung, sibuk nak check rambut orang kenapa?” demikian antara komen netizen. Sumber, Rose merah

Ibu Luah Rasa Sebak Anak Pulang Dari Rumah Dengan Berlinangan Air Mata, Rupanya Ini Yang Terjadi Pada Adik Ini. Tular di media sosial baru baru ini, luluh hati melihat seorang anak kecil yang masih berpakaian seragam sekolah menangis tersedu-sedu. Begitulah yang terjadi pada seorang kanak-kanak perempuan yang baru seminggu memulakan sesi persekolahan 2022/2023. Bercakap kepada mStar, ibu kepada kanak-kanak itu, Hasnoor Hashim berkata, insiden berlaku selepas dia dan suami menjemput anak perempuan mereka berusia tujuh tahun pulang dari sekolah rendah, pada Ahad petang. Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, anaknya sebelum ini tidak pernah menangis sejak memasuki sekolah rendah bagi tahap satu. “Sejak hari pertama sekolah, saya dan suami beri anak RM5 untuk duit belanja. Anak biasanya belanja RM2 untuk beli makanan sebab bawa bekal minuman dari rumah. “Manakala RM3 lagi anak buat simpanan jika tak dibelanjakan. Tapi ayah dia pula kebetulan tak ada duit kecil hari ni (Ahad) jadi beri RM10.] “Masa balik dari sekolah dalam kereta, anak hulur baki RM3 pada ayah dia. Bila ayah dia tanya secara baik mana baki lagi RM5, terus dia menangis,” katanya ketika dihubungi.

Seorang anak yang mudah tersentuh dengan kesusahan orang lain.

Lebih mesra disapa Elly, dia bagaimanapun menegaskan bahawa anak sulung daripada tiga beradik itu bukan menangis disebabkan pertanyaan suaminya mengenai duit belanja sekolah. “Masa tu saya dan suami risau anak kena buli di sekolah ke? Tapi bukan, anak sebenarnya menangis bila dia bercerita tentang seorang rakan sekelasnya yang susah. “Anak cakap masa semua murid tengah makan dalam kelas semasa waktu rehat, ada seorang murid tak makan dan hanya pandang je kawan-kawan lain makan. “Lepas anak beri RM5 kat kawan tu, barulah budak dapat makan sama-sama dengan kawan-kawan yang lain,” ujarnya yang berasal dari Dungun, Terengganu.

Elly akui sebak dan terharu dengan tindakan anaknya membantu rakan sekelas.

Menurut Elly, anaknya memaklumkan bahawa rakannya itu kelihatan seperti orang susah kerana tidak membawa duit belanja dan menggunakan beg sekolah lama. “Paling sebak dan terharu bila anak cakap dia cuma belanja makan RM2, tapi dia beri RM5 kat kawan dia. Saya ada tanya kenapa beri RM5? Jawapan anak buat saya tambah sebak. “Anak jawab dia kasihan kat kawan dia. Mana tahu kalau kawan dia memang susah, jadi masih ada baki duit belanja untuk digunakan pada hari lain. “Anak saya ni mudah kasihankan orang. Walaupun dia boleh berdikari di usia mudanya, tapi dia juga mudah tersentuh,” tambahnya mengenai anaknya lebih dikenali sebagai Sofia atau Pia yang mempunyai hobi melukis dan mewarna.

Elly sentiasa mengingatkan anak-anak mengenai kesusahan yang pernah dialaminya.

Penjelasan tersebut ternyata mengundang sebak jurusolek (MUA) itu kerana mengingatkan mengenai kesusahan sendiri ketika usia sebaya anaknya. “Saya dulu juga hidup susah, mak kerja sambilan di kedai makan dan ayah bertugas sebagai pemandu lori. Walaupun masa tu harga makanan dan minuman di sekolah lebih murah berbanding sekarang, saya hanya bawa duit paling banyak 30 sen ke sekolah. “Duit 30 sen tu cukup untuk beli air. Kalau beli makanan, dapatlah beli seketul karipap dan memang tak beli air. Saya akan pergi ke tandas dan minum air paip senyap-senyap,” ujarnya. Walaupun anaknya tidak pernah hidup susah, namun Elly sentiasa bercerita mengenai kisah kesusahannya kepada anak-anak untuk dijadikan sebagai pengajaran. “Saya selalu berpesan kepada anak-anak supaya berkongsi rezeki. Kalau ada duit RM2, bagi RM1 untuk orang yang susah, kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi,” katanya. Video mengenai anaknya yang dikongsi Elly pada Ahad petang meraih lebih 1.4 juta tontonan di aplikasi TikTok. Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.