Anak pengasas Dnars tak puas hati, kawan baik ibu tampil melawat pusara ibu dan ini yang dia buat

Viral

Hampir tiga tahun kehilangan usahawan komestik, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad. Tanggal 13 Ramadan pastinya diingati buat ahli keluarga kerana tarikh itulah Faziani dijemput Ilahi selepas terbabit dalam kejadian di jalan raya di Pattani, Thailand. Menjelang Ramadan yang bakal tiba kurang dua minggu lagi, anak perempuannya, Irdina Hakim Jasman, 19, meluahkan rasa kesalnya apabila pusara ibunya dijadikan sebagai ‘content’ oleh salah seorang rakan arw.4h di media sosial.

“Jangan gunakan pusara mami saya sebagai content TikTok. Tiga tahun pemergian arwah, baru beberapa kali ambil berat tentang keluarga dan anak dia, jadi tak perlu hipokrit sangat. Kawan betul takkan makan kawan walaupun kawan dah tak ada. Kawan betul akan sentiasa ada untuk famili kawan sebagai menghargai,” katanya menerusi luahan di laman sosial. Luahan Irdina di laman sosial mengenai seorang rakan arw.4h ibu.

Tanpa mendedahkan identiti individu yang membuat content tersebut, anak perempuan sulung Allahyarham Faziani berharap pihak berkenaan menghormati keluarganya. “Kalau nak ulas bab rindu, kerinduan drh daging ni lagi sakit. Sebab tu drh daging punya rindu sampai tak boleh terima sesiapa sahaja yang mengkhi.4nati arw.4h. “Bukan depan keluarga salam takziah, belakang keluarga minum kopi dengan pengkhi.4nat arw.4h,” katanya tanpa mendedahkan identiti ‘pengkhi.4nat’ tersebut. Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh salah seorang rakan baik Allahyarham Faziani, yang memaparkan pusara arw.4h di Tempat Persemadian Islam Kampung Kedemit Luar di Tumpat, Kelantan.

Irdina berharap individu berkenaan menghormati keluarganya. Walaupun terlalu rindu pada arw.4h ibu, Irdina yang merupakan pengarah pemasaran bagi produk Dnars menegaskan bahawa dia tidak tergamak untuk membuat content media sosial sebagaimana yang dilakukan oleh individu berkenaan. “I missed my mom until I had a dpress, tapi tak pernah sekali pun I pergi pusara dan letak lagu ‘kemarin engkau masih ada di sini’. You boleh buat content TikTok you dengan founder-founder yang berduit, tapi bukan dengan founder yang sudah arw.4h,” katanya yang merujuk kepada lagu kumpulan terkenal dari Indonesia, Seventeen berjudul Kemarin.

Video tersebut bagaimanapun dipadamkan selepas luahan rasa kesal Irdina di laman sosial. Dalam pada itu, Irdina turut memberi ucapan selamat kepada individu tersebut yang bakal menunaikan umrah. “Apapun, selamat menunaikan umrah. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan mendapat hidayah. Amin. You boleh buat content TikTok you dengan founder-founder yang berduit, tapi bukan dengan founder yang sudah arw.4h. Buat keluarga dan rakan-rakan dia, tolong screenshot (tangkap layar) ni (hantar) kepada dia dan nasihat sikit. Terima kasih. Saya respek semua orang, tapi tak boleh bila mami I dijadikan bahan content,” katanya.

Irdina berharap arw.4h ibunya tidak dijadikan ‘content’ untuk media sosial. Pengasas produk Dnars, Faziani pergi buat selamanya pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kejadian yang tak diingini di Pattani. Usahawan itu pergi buat selamanya di lokasi kejadian akibat luka teruk, manakala suami cuma cdra. Kejadian yang teruk yang berlaku pada bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.