Teringat balik saat berpisah dengan Norman, Abby dedah apa yang berlaku dulu sempena ulang tahun anak

artis

Memang tak asing lagi kita dengan pelakon Abby Abadi. Untuk pengetahuan semua, hasil daripada perkongsian hidup bersama Norman Hakim, mereka dikurniakan 3 orang anak. Umun memang ramai yang ketahui walaupun sudah lama berpisah, hubungan mereka sekeluarga sangat akrab sehingga sekarang. Baru-baru ini Abby telah telah berkongsikan satu video di akaun Instagram miliknya. Video itu memaparkan sambutan hari ulang tahun kelahiran anak sulungnya iaitu Danish Hakim. Abby juga mengambil peluang itu untuk throwback gambar Danish ketika kecil bersama ayahnya. Menerusi kapsyen posting tersebut, Abby telah berkongsi cerita perjalanan hidupnya setelah berpisah dengan Norman dahulu. Tambah Abby, dia sendiri tidak menyangka ramai yang cuba mendekati dirinya sehinggakan ada jejaka dari Dubai yang melamarnya.

Namun menurut Abby, dia sangat bersyukur kerana perancangan Tuhan adalah yang terbaik. Hubungan anaknya dan Norman Hakim tidak pernah terputus malah semakin bahagia bersama mommy dan daddy. Abby juga bersyukur kerana masih dipanjangkan umur untuk melihat anak-anaknya membesar. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan ketabahan Abby dan mengatakan bahawa Abby merupakan ibu yang terbaik untuk anak-anaknya. Sumber: Instagram Abby Abadi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Hebatlah, gigih jaga badan. Pelakon, Abby Abadi teruja melihat perubahan anak lelakinya, Danish Hakim yang semakin aktif bersenam dan gigih menjaga berat badan. Abby yang gembira dengan perkembangan itu, bertindak memuat naik video senaman Danish bersama bapanya yang juga pelakon, Norman Hakim. Kata Abby, dia teruja melihat kegigihan Danish yang berjaya memiliki bentuk fizikal yang sihat dalam tempoh masa yang singkat.“Hebatlah, gigih jaga badan. Sekejap sahaja sudah nampak hasil. Mama, dari hari ke hari, bulan ke bulan, turun naik turun naik dekat situ juga.

Katanya lagi “Apa pun tahniah abang! Nanti mama letak gambar abang masa kecil yang 40 kilogram (kg) itu dengan yang sekarang dah hampir sado ini okay, mama teruja. Pada masa yang sama, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 43, turut melayangkan ucapan tahniah buat Norman yang sentiasa gigih bersenam demi kesihatan. “Dan untuk Oman (Norman), tahniah. Semangat hero sado tidak pernah luntur walaupun anak sudah ramai dan sama besar. “Bertuah @memeysuhaiza ada abang sado. Meletup,” tulisnya lagi. Sumber, utusan

Sampai Berjalan Pun Terpaksa Bongkok. Sekali Abby Abadi Dedah Suami Jatuh Sakit Dan Ini Rupanya Yang Berlaku. Suami kepada pelakon Abby Abadi, Faizal Zakaria ditahan di hospital selepas mengalami sakit belakang. Berita itu dimaklumkan Faizal atau lebih mesra dengan panggilan Jai menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya. Menurut Jai, kesakitan itu menyebabkan dia tidak boleh berdiri dan terpaksa berjalan bongkok. “Terima kasih sayang @abbyabadi_official sebab hantar dan temankan, sentiasa ada susah dan senang Moga Allah permudahkan segala urusan dan kembalikan kesihatan ini. Tengah buat kerja tiba-tiba sakit bahagian kiri badan dan sebelah belakang… Nak berdiri pun tak dapat, sakit sangat-sangat. Terpaksa jalan bongkok… Memandu dari Sg Buloh sampai rumah, walau sakit tahan je. Tak tahu kenapa,” coretnya.


Sementara itu, Abby memaklumkan suaminya itu sebelum ini juga sering kali mengalami kesakitan di bahagian dalam perut dan juga belakang. “Pukul 5 PM pergi hospital, begitu begini. Puku 7 PM dapat tahu kena tahan ward. Memang dah prepare, siap beg segala… Sebab dah tahu “sakit” ni tak boleh dibiarkan dah. Kalau tidak, melarat. “Sebenarnya berulang-ulang dah suami sakit dalam perut, sakit belakang… Tapi bila berurut, makan ubat… Ada sekali tu ambil injecti0n, baik sekejap.. Abaikan, lalai. Pergi klinik, atas nasihat Dr mengikut pengalaman beliau, tidak boleh ya lalai lagi. Kena scan untuk tahu punca dan kalau perlu, operation terus. Sekali lagi, mohon ye doa kalian. Doakan yang baik-baik, agar yang baik juga datang pada kita semua,” maklum Abby di akaun Instagramnya. Sumber: Trending Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published.