Ramai puji suara auto sedap, Rupanya Elica Paujin pinjam mikrofon Hael Husaini

Viral

Elica terharu dapat menggunakan mikrofon peribadi milik Hael. Bukan sekadar menjadi rakan duet dan berkongsi tip persembahan, penyanyi Hael Husaini juga turut meminjamkan mikrofon peribadi miliknya kepada Elica Paujin pada konsert final Big Stage 2022. Menerima tawaran Hael itu dengan senang hati, Elica atau nama sebenarnya Angelica Paujin, 22, berkata dia terharu dan dalam masa sama turut bimbang kerana mengetahui nilai harga mikrofon tersebut. “Saya dapat rasakan aura juara apabila menyanyi dengan menggunakan mikrofon milik Hael. Terharu sangat apabila dia sudi meminjamkannya kepada saya. Saya tahu harganya mahal dan takut juga nak pegang, namun Hael beri saya kepercayaan untuk menggunakannya di malam akhir Big Stage. Mikrofon tersebut membantu untuk jadikan suara saya lebih jelas. Saya sudah lama kenal Hael dan untuk malam akhir ini dia banyak berkongsi nasihat untuk memberikan persembahan yang terbaik,” katanya.

Elica mahu buat showcase khas buat peminat di Sabah.

Dalam pada itu Elica juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan Hael pada masa akan datang. Katanya, melihat kejayaan Hael sebagai seorang penyanyi dan komposer terkenal, Elica amat berbesar hati jika dapat menyanyikan lagu ciptaan rakannya itu. “Jauh di sudut hati saya memang mahukan sebuah lagu ciptaan Hael. Kita semua tahu dia seorang komposer hebat dan sudah berjaya menang anugerah menerusi lagu-lagu ciptaannya sebelum ini,” jelasnya. Jauh di sudut hati saya memang mahukan sebuah lagu ciptaan Hael. Pada konsert akhir Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Elica membawakan lagu Cinta yang dipopularkan oleh Marsha Milan dan untuk segmen duet dia menyampaikan lagu Believer (Imagine Dragon) bersama Hael. Persembahan tersebut berjaya memikat hati juri dan sekaligus mengangkat Elica sebagai juara untuk musim kali ini.

Elica menewaskan Daniel Chuer di tempat kedua dan Aisha Retno (ketiga).

Elica membawa pulang hadiah wang tunai RM100,00 dan sebuah trofi. Bercerita tentang wang kemenangan, Elica memberitahu dia akan berkongsi dengan keluarga selain mahu membuat persembahan khas buat peminat di negeri kelahirannya, Sabah. “Saya sudah berjanji daripada awal lagi jika menang akan beri separuh wang tersebut kepada keluarga. Selain itu saya juga mahu adakan satu showcase istimewa buat peminat di Sabah kerana mereka tidak dapat datang ke Kuala Lumpur menyaksikan persembahan saya secara langsung. Showcase itu sebagai hadiah buat mereka,” ujarnya.

Sementara itu rata-rata warganet mengakui penggunaan mikrofon berkenaan membantu memantapkan vokal Elica selain mengharapkan kolaborasi antara dia dan Hael. “Agak-agak kalau suara sumbang nyanyi pakai mikrofon Hael jadi auto merdu kot? Harap lepas ni Hael buat lagu untuk Elica, ataupun lagu duet Hael dan Elica mesti best,” kata warganet menulis di ruangan komen di Instagram Hael. Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.