Rupanya dalam diam dah 7 tahun nama di blacklist, Sekali ini penjelasan Ruhainies

Viral

Nama Ruhainies sudah pun cukup terkenal di tanah air kita. Sesiapa sahaja pasti mengenali pelakon jelita ni yang sudah agak lama bertapak di industri tanah air kita. Namun pasti ramai yang tak tahu bahawa hampir 7 tahun nama pelakon ni telah pun tidak diterima sebagai palkon utama buat sesebuah drama untuk dijadikan tayangan di TV3. Perkara ini dilaporkan oleh portal hiburan TMZ Zeelproduction.

Dari laporan itu, Ruhainies sampai mengalirkan air mata kerana setelah 7 tahun tunggu, akhirnya dia dapat pun jadi pelakon utama untuk slot Akasia TV3. Ruhainies merupakan pelakon utama untuk drama Sayang Tak Dikenang berganding dengan Fadlan Hazim. Ini komen Ruhainies tentang namanya yang tak lepas untuk jadi pelakon utama.

“Anis rasa pelik juga mengapa agaknya setiap kali nama dihantar pelakon utama slot Akasia, nama akan selalu kena pinggir. Jawapan di terima ialah maaf Anis, nama you tidak diluluskan. Anis pelik, apalah agaknya salah silap Anis ni. Anis sebelum ini memang pernah menang satu kategori pelakon di Anugerah Drama DFKL bila pertama kali berlakon Slot Akasia berjudul Hello Mr Perfect. Masa tu berganding dengan Fattah Amin. Ianya kira-kira 7 tahun dulu. Nak kata ada isu disiplin tak bagus, Anis amat menjaga disiplin, nak kata Anis ada isu sana sini, Anis bukannya artis seperti itu, memang agak pelikkkan. Tak tau apa salah anis. Anis nak ucapkan terima kasih banyak kepada Feroz Khadir yang beri peluang kepada Anis untuk jadi pelakon utama untuk drama Sayang Tak Di Kenang ini. Harap ianya akan di terima para penonton.”

Kerjaya Ruhainies juga dilihat semakin berkembang baik dan kini bakal membintangi satyu lagi drama untuk IQIY TV. Dari laporan bayaran yang diterima agak lumayan juga. Ruhainies juga kini dah ceburi bidang business. Selamat maju jaya buat pelakon ini. Sumber:TMZ Zeelproduction

Tak Pernah Beritahu Nak Kahwin, Ruhainies Tampil Jawab Rakaman Malam Berinai Yang Buat Ramai Rasa Tertipu

Pelakon Ruhainies mengesahkan lelaki misteri yang muncul di dalam klip video malam berinai yang dikongsikan aktres itu di Instagram sebelum ini ialah aktor, Zul Ariffin. Menurut Ruhainies, penampilan rakan artisnya itu adalah sebagai gimik bagi mempromosikan produk kesihatan, Mixberry Powder Advance yang sekali gus menepis spekulasi dirinya berkahwin secara senyap-senyap dengan pelakon sasa itu.

“Ya jejaka misteri dalam video yang dimuat naik di Instagram kelmarin ialah Zul Ariffin. Sebenarnya masa saya muat naik video itu, ramai yang sudah meneka dia. Tapi dkwaan yang mengatakan kami sudah berkahwin atau bertunang adalah tidak benar. Saya dan Zul hanya berkawan baik dan dia antara kenalan selebriti yang saya rapat. Selepas video ini tular saya  baru sedar yang sebenarnya ramai nak tengok saya naik pelamin. Alangkah seronok kalau hari ini adalah hari bahagia itu. Apapun saya serah soal jodoh kepada takdir. Kalau jodoh sampai awal, cepatlah saya kahwin,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan yang menyaksikan dirinya dipilih sebagai duta.

Menurut Ruhainies, dia bagaimanapun memohon maaf sekiranya gimik yang dilakukan bersama Zul Ariffin menguris hati mana-mana pihak. “Janganlah rasa tertipu sebab saya tidak pernah beritahu yang saya nak berkahwin atau bertunang. Video yang dimuat naik itu pun saya tak terangkan apa-apa, sebaliknya hanya mengambil konsep Bollywood. Lagipun semua orang tahu yang saya memang minat Bollywood daripada dulu. Jadi saya ambil konsep ini selepas berbincang dengan rakan kongsi Sha Hasan dan kami bersepakat untuk jayakan video promosi produk sulung ini. Saya pilih Zul kerana pada mata saya dia adalah hero yang paling tepat. Tak lengkap sesebuah jalan cerita tanpa hero. Ibaratnya kalau sudah ada Anjali, kenalah ada Rahul. Jadi dalam video ini kami seperti watak Anjali dan Rahul dalam filem Kuch Kuch Hota Hai,” katanya.

Terdahulu video berdurasi kurang satu minit yang dimuat naik pelakon drama Sayang Tak Dikenang menunjukkan dia mengenakan inai di jari sambil diikuti jejaka misteri dari belakang tular di media sosial. Memakai busana bertemakan Bollywood, Ruhainies turut menulis kapsyen istimewa yang menyatakan ‘A night to remember. One step closer pada hantaran terbabit. Gara-gara perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah peminat dan ada juga yang meneka Ruhainies bakal menamatkan zaman bujang dengan Zul. Sumber, Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.