Tular nyanyian DSV secara live di Big Stage, kali ni ramai perasan sesuatu yang ketara sampai Iqbal pun tergelak

Viral

Musim keempat program nyanyian Big Stage yang bermula sebelum ini telah melunaskan janjinya untuk memberikan kejutan. Selain memperkenalkan dua kerusi baharu di meja juri iaitu Juri Juara yang diwakili oleh juara Gegar Vaganza musim ke 8, Alif Aziz dan Juri Pedas menerusi Mas Idayu, Big Stage 2022 juga nampaknya mengekalkan tugas Presiden Ntz.n dan kali ini, ia diwakili oleh usahawan popular yang baru saja terkesan dengan k.ontroversi dalam dunia hiburan, Dato’ Seri Vida. Kemunculan DSV yang diumumkan oleh pengacara, Aliff Satar dan Sherry Alhadad merupakan rahsia besar yang disimpan oleh produksi Astro Ria sebagai penyeri bagi musim kali ini.

“Hi semua, Assalamualaikum. Saya Dato’ Seri Vida. Nak mula buku baharu, perjalanan baharu di Big Stage ini. Jadi untuk mulakan benda yang baik, saya nak mohon maaf saya perlukan kemaafan semua untuk saya bermula. Jadi, saya dengan rela hati memohon maaf andai ada perkara yang mengguris hati rakyat Malaysia terkasar bahasa tersilap kata, maafkan saya. Dan saya harapkan dengan kehadiran saya dalam Big Stage ini boleh memberikan inspirasi kepada peserta-peserta dan penonton setia Big Stage. Akhir kata, terimalah saya seadanya. Yang b.uruk itu daripada kek.hilafan saya, yang baik itu daripada Allah SWT. Terimalah saya Dato’ Seri Vida. Assalamualaikum wrh wbt,” pintanya sewaktu kemunculan tersebut.

Turut berada di meja panel pada musim kali ini ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai. Tapi ramai juga yang mula perasan Dato Vida bukanlah menyanyi live seperti yang disangka. Selepas menjadi bahan bualan beberapa minggu lalu menerusi single terbaharunya, Ku Ikhlaskan, pengasas k.osmetik yang juga Presiden Ntz.n menyerlahkan bakat terpendamnya dengan menyanyikan lagu tersebut secara langsung di pentas akhir Big Stage 2022.

Sungguhpun Vida menerima banyak kritikan, namun dia melihat penerbitan lagu tersebut sebagai satu inv.estment dan dijadikan sebagai medium untuk meraih derma sempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi. Dicipta oleh Amy Ukay’s dan lirik oleh Vida sendiri, lagu tersebut mendapat perhatian ramai termasuk barisan artis tanah air yang dilihat menyanyikan semula lagu berkenana mengikut rendisi tersendiri. Reaksi Orang Ramai. “Seni zaman ini murah sangat orang yang bukan ahlinya boleh jadi penyanyi”. “Secara je live sora semua m.iming je lebih gaya over sgt. Iqbal siap gelak lagi.” “Lagu sedap. Tapi m.iming DSV t.eruk sangat. Kena praktis lagi la DSV. Td pun nampak lupa lirik.” “Klu ada jemputan mana2. Nyanyi live. R.osak, sbb dia lip s.ync saja.”

Sumber, Mstar

Iqbal Kaitkan Muka Dia Ada Dalam MV Dato Vida, Sekali Ini Respon Tuan Badan

Siapa tidak kenal akan usahawan sensasi kini. Kalini usahawan kosmetik Datuk Seri Vida tampil menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan sentimen agama bagi menyiapkan pusat tahfiz dengan mengajak orang ramai menonton video muzik lagu terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan. Menurut Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 51, niatnya menganjurkan program amal sambil berhibur itu adalah untuk menggalakkan orang ramai menyumbang dan bersama-sama mengumpul pahala akhirat. “Menunggang agama apa? Ini sebahagian kerja amal kami, apalah salah sambil menonton MV kita ajak orang ramai menderma dengan hulurkan sedikit sumbangan ke nombor akaun yang saya nyatakan. Sambil berhibur, kalau boleh hulurkan la sikit untuk pahala. InsyaAllah duit yang kita dapat daripada jumlah tontonan YouTube itu pun nanti kita akan sumbangkan.

Seterusnya Vida menyatakan “Ada juga cakap kenapa saya tak bagi sumbangan RM 400,000 secara terus kepada mereka”. Sejujurnya sebelum ini saya dah buat seorang diri, dah banyak sumbangan saya bagi, jadi tak salah sekarang ini saya nak ajak orang lain berjemaah sekali. “Saya dah bagi bahagian saya, jadi saya buka peluang untuk orang lain juga. Bagilah berapa pun nak menderma, yang penting niat kita. Kalau boleh kita letak sasaran nak kumpul sumbangan lebih dari kos MV. Tapi alahai sampai sekarang ni baru berjaya kumpul RM 1,300 sahaja. “Saya tak kisahlah orang nak cakap apa pun sebab kita buat MV ni dengan niat baik. Saya juga mahu sampaikan mesej positif kepada penonton. Kalau kita ikhlaskan diri, pasti jiwa kita akan tenang,” katanya ketika di hubungi.

Sebelum ini tindakan Vida mengajak orang ramai mengumpul saham akhirat dengan menonton MV lagu berkenaan mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak termasuklah pendakwah bebas PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak. Kata PU Syed, Vida tidak boleh menjadi seperti Robin Hood yang melakukan perkara kebaikan dengan cara yang tidak betul. Ujarnya, MV Ku Ikhlasan mengandungi unsur tidak baik dan mengajak orang ramai menontonnya adalah salah. Difahamkan Vida mahu mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz dan Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak. Video, klik link

Berikut menyatakan Muka Iqbal Kena Pangkah. Dalam pada itu, Vida turut menjawab dakwaan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal Zulkifli kononnya MV berkenaan ditujukan kepadanya. “Tak ada kena mengena dengan dia serabutlah saya. Sekarang ni dah sendu mulalah nak kaitkan nama saya. Saya dah malas nak layan dia, kalau dilayan makin menjadi nanti. “Fasal gambar dia dalam MV tu, saya pun tak tahu ada foto dia sebab itu semua disediakan oleh budak prop. Tajam pula mata dia tengok sedangkan saya pun tak perasan. “Malaslah saya nak fikir apa kata dia ini namanya sumpahan tak boleh popular, apabila dah popular mulalah lupa diri, asyik berbunyi sahaja sebab sekarang pun dah sendukan” ujarnya. Menerusi laporan pada Selasa, Iqbal mendakwa lagu dan video muzik Ku Ikhlaskan ditujukan kepadanya dan mempunyai kaitan tentang hubungan cinta tidak kesampaian mereka dahulu. Sumber, onlinemalaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.