Selamat diijabkabul kali kelima, tahniah akhirnya Natasha Hudson sah bergelar isteri dan ini sebabnya pilih Jay

Viral

Natasha sah bergelar isteri kepada Jay Jasmin. Dalam diam-diam pelakon Natasha Hudson kembali bergelar isteri apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya dikenali sebagai Jay Jasmin. Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor pada Ahad. Bersyukur hubungan itu berakhir di jenjang pelamin, Natasha, 39, berkata dia memilih Jay sebagai pasangan hidup kerana mereka berkongsi banyak persamaan.

“Saya dah lalui beberapa pengalaman dalam hidup yang mengajar betapa pentingnya untuk mengenali diri sendiri dan pasangan dalam membina hidup bersama. Jay seorang yang sangat menakjubkan sejak hari pertama saya jumpa dia. Dia sangat memahami dan kami berkongsi banyak persamaan. Saya rasa sangat bahagia dengan penerimaan keluarganya. Dalam hidup ini tak ada sesiapa yang nak lalui apa yang saya dah lalui. Saya yakin dia adalah yang terbaik untuk saya. Seseorang yang hadir dalam hidup dan saya berdoa kepada Allah agar kami kuat untuk bersama sampai bila-bila,” katanya. Menerusi¬†Instastory, aktres berusia 39 tahun ini memuat naik semula beberapa keping foto yang dikongsi oleh rakan selebriti dan kenalan yang hadir ke majlis pernikahan mereka itu.

Doakanlah Allah bantu bimbing dan memberkati perjalanan perhubungan kami ini.

Dalam perkongsiannya itu, pasangan ini dilihat mengenakan baju sedondon berwarna peach dan duduk bergambar di atas pelamin ringkas. Sejurus upacara pernikahan itu, pasangan ini mengadakan majlis resepsi secara kecil-kecilan dihadiri keluarga dan rakan-rakan di kediaman pengantin lelaki. Difahamkan, Natasha mula berkawan rapat dengan Jay yang berusia lebih muda sejak setahun lalu semasa dia menyertai aktiviti luncur ombak di Langkawi, Kedah. Sejak perkenalan itu, pelakon drama Pulau ini kerap berkongsi beberapa foto dan video melakukan aktiviti riadah bersama di Instastory. Dalam pada itu, Natasha turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk perkahwinannya kali ini.

“Untuk kali ini, saya minta semua orang mendoakan kesejahteraan rumah tangga dan kebahagiaan hati kami berdua dalam melayari bahtera kehidupan ini bersama. Doakanlah Allah bantu bimbing dan memberkati perjalanan perhubungan kami ini,” ujarnya.

Sementara itu, adik kepada Natasha iaitu Tania Hudson turut berkongsi gambar kakak dan abang iparnya di Instagram (IG). Dengan ucapan ringkas, Tania mengucapkan tahniah kepada pasangan dua sejoli itu. Sebelum ini, Natasha berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih, namun rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan pada 2006. Kemudian, perkahwinan bersama Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 juga tidak berpanjangan apabila hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan keduanya itu, Natasha dan Shahrin dikurniakan seorang anak perempuan, Neesa Helena. Pada Oktober 2018, Natasha mengakui telah berpisah dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada 15 April 2012 buat kali ketiga. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah. Sekali lagi jodoh tidak panjang, menerusi perkahwinan keempat Natasha mendedahkan dia sudah berpisah dengan Noor Nashriq Sekarnor pada tahun 2019. Sumber, Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.