Mia Ahmad kongsi tips dine in dengan anak, tapi lain pula yang jadi persoalan warganet sampai kait isu golongan B40

Viral

Usaha pelakon Mia Ahmad untuk mengelak dari anak-anaknya leka bermain dengan gajet diteruskan dan baru-baru ini dia berkongsi tips berguna dari pengalamannya. Mia menerusi akaun laman sosialnya berkongsi tips membawa anak makan di luar atau ‘dine-in’ bagi mengelak dari mereka bermain gajet. Dalam perkongsian video itu, Mia menyenaraikan beberapa tips yang berguna seperti: Jangan bagi makan 3 jam sebelum pergi dine-in, junk food pun jangan diberikan pilih tempat dine-in yang luas dan jauh dari orang lain, private room betterStandby color pencil, crayon, kertas kosong atau mainan kesukaan mereka.

Biar mereka explore, suka hati nak buat apa asalkan jangan mengganggu orang lain. Tambah Mia lagi, dia menggalakkan ibu bapa untuk menjadikan gajet sebagai alat untuk belajar sahaja bukan menggantikan ‘real play’ anak-anak. Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji tips yang berguna untuk mereka sebagai ibu bapa. Namun terdapat seorang wargamaya yang menyuarakan pendapatnya ada tips yang dikongsikan tidak sesuai untuk golongan B40 seperti mereka. “Untuk golongan B40 yang tak mampu tempat macam ni, macam mana nak kawal mereka Kak Mia? Kadang-kadang beri juga gajet terpaksa…,” komen salah seorang warganet.

Mia tidak mendiamkan diri malah turut tampil dengan komen balas.“Saya expect (dah jangka) comment ni.. saya sangat faham..“Saya ada bagi beberapa tips boleh pilih salah satu. Gadget ni mcm painkiller for kids hopefully beri manfaat,” jawabnya. Sebelum ini, Mia ada berkongsi mengenai masalah percakapan atau ‘speech delay’ yang dialami anak pertamanya Sayf Issa, 3, akibat membiarkannya bermain dengan gajet sejak bayi. Mia yang mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Mohd. Izham Tarmizi pada 2017 dikurniakan dua orang anak iaitu Issa, 3, dan Iris, 1. Sumber, Gempak

Akibat biar tengok YouTube tanpa limit, anak sulung Mia Ahmad hadapi masalah ‘speech delay’ – “Saya menyesal, baru tahu dah buat silap”

Mia Ahmad berharap ibu bapa muda lain tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini. Pelakon Mia Ahmad menyesal kerana tidak menyedari masalah lambat bercakap yang dihidapi anak sulungnya, Sayf Issa yang kini berusia tiga tahun. Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 33, dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan sendiri oleh cikgu di sekolah anaknya yang meminta bertindak segera mengatasi masalah itu.

“Saya memang menyesal sebab tak gunakan masa yang penting waktu dia masih kecil untuk develop apa yang perlu. Saya pula masa itu first time mom, tiada pengalaman… apabila orang cakap biasalah anak lelaki lambat bercakap jika dibandingkan dengan anak perempuan, jadi saya fikir mungkinlah betul. Lepas itu, bila saya hantar dia pergi playschool, cikgu dia call tanya saya selalu ke beri dia tengok YouTube, saya terus-terang cakap memang saya bagi… tiada limit masa sehari berapa jam dan daripada situ baru saya tahu saya dah buat silap,” katanya.

Selepas ditegur guru berkenaan, Mia kemudiannya mengambil keputusan untuk menghadkan masa anaknya menggunakan gajet serta menonton tv selama beberapa bulan. “Cikgu Issa cakap simptom yang anak saya alami sebelum ini memang biasa berlaku kepada kanak-kanak yang sering diberikan screen time tanpa had oleh ibu bapa sehingga menyebabkan mereka kehilangan deria rasa yang sepatutnya diterokai anak-anak ketika masih kecil. Sejak itu saya tak bagi Issa tengok TV dalam tempoh berbulan-bulan juga. Tapi apabila dia tunjuk perkembangan lepas dapat bimbingan speech therapist, saya mula beri kebenaran dengan hadkan masa sekitar satu jam.

Alhamdulillah, saya cepat tersedar dan tak leka biarkan Issa dengan gajet dan tengok TV sahaja.

“Mula-mula dia menangis juga apabila saya buat macam itu tapi kini dia dah okay. Sekarang memang banyak luangkan masa buat aktiviti dengan Issa dan adik dia, Iris. Macam-macam aktiviti saya buat antaranya, bacakan buku cerita, melukis dan main lego dengan mereka supaya deria mereka sentiasa bergerak,” katanya lagi. Mia turut menambah, perkongsiannya di Instagram itu adalah bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa agar mengurangkan screen time anak masing-masing demi perkembangan mereka.

“Macam kita kecil-kecil dulu, kita ada pengalaman panjat pokok, main dengan kawan-kawan di luar. Kanak-kanak sekarang masa mereka lebih banyak dihabiskan depan TV dan gajet… bukan tak boleh bagi tapi biarlah berpada-pada. Kita kena tingkatkan saraf deria anak-anak, sebagai contoh bagi mereka pengalaman rasa pijak rumput atau jalan tar. Alhamdulillah, saya cepat tersedar dan tak leka biarkan Issa dengan gajet dan tengok TV sahaja. Nasib baik perkembangan Iris okay, jadi sebab itu saya lebih banyak tumpukan pada perkembangan Issa sekarang,” ujarnya. Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 3, dan Iris, 1 tahun. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.