Wan Maimunah dah boleh pencen rasanya, ramai warganet minta Kak Long 7E gantikan tempat Wan maimunah dengan drama air mata

Viral

Sudah kita ketahui individu yang penuh dengan kontroversi, baru baru ini kecoh di media sosial sejak semalam apabila Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E tampil membuat permohonan maaf menerusi sebuah video. Tindakan itu dibuat selepas akaun media sosialnya dinyahaktif selain turut diboikot sesetengah pihak. Jelas Kak Long, jika tidak mempunyai anak kecil untuk ditanggung, dia pernah terfikir untuk terjun daripada bangunan tinggi. Susulan itu, Kak Long dilihat begitu sebak hingga mengalirkan air menerusi video berkenaan.Biarpun ada yang bersimpati dengan nasib menimpa Kak Long, namun rata-rata warganet seakan ‘lali’ dengan gaya permohonan maaf berkenaan.

Malah, ada juga menyamakan level ‘kesedihan’ Kak Long dengan babak lakonan pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz. “Wan juga namanya, tapi bukan Wan Maimunah la”.“Rasanya Wan Maimunah boleh pencen kot jadi drama air mata”. “Selalu sangat sekarang lepas buat salah minta maaf, persoalannya berapa kali nak mintak maaf menangis,” tulis beberapa warganet. Untuk rekod, dalam sesi siaran langsung itu seorang jejaka dan wanita yang turut menjelaskan situasi sebenar Kak Long ketika ini. “Ini orang Islam dan saya bukan sesiapa. Takkan korang nak dia terjun bangunan baru puas hati?”Ini buli siber, tolong berhenti. Saya kasihan dia tak boleh nak cari makan, tak boleh berniaga, tak boleh buat reviu.”Dia pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi berniaga. Empat hari ni dia sampai dah kering air mata, setiap kali cerita dia menangis. “Kak Long sampai depresi, sampai makan ubat. Kita dah cakap, Kak Long ni bagus. Stop jadi batu api. Saya minta semua berhenti,” rayunya. Sumber, gempak

Lepas Satu Satu Isu Timbul, Kini Kak Long Nekad Untuk Ambil Satu Keputusan Ni Dan Ada Sesuatu Yang Dia Janjikan. Kontroversi seorang wanita daripada Terengganu menjadi bualan warganet selama berminggu minggu. Mulanya dengan video wanita yang bernama Kak Long memarahi pekerja 7 Eleven selepas itu memarahi pekerja KFC. Tidak lama lepas itu, timbul satu lagi kontroversi dimana sebuah stesyen TV Al Hijrah menjemput Kak Long sebagai tetamu mendapat kritikan warganet. Antara kontroversi Kak Long paling teruk adalah apabila sebuah klip video dimana Kak Long dikatakan mengh.1na warga Orang Kurang Upaya. Berkenaan hina pada Orang Kurang Upaya terlalu besar sehingga menjadi siasatan polis. Selepas itu Kak Long telah mengambil keputusan untuk diam terus dari dunia media sosial tetapi hari ini dia tampil buat kenyataan di Facebook. Hari ini menerusi Facebook Kak Long telah membuat satu LIVE. Video, klik link

Sambil menangis, Kak Long memberitahu dengan apa yang terjadi sekarang kewangan dia sangat teruk. Perniagaan dia sangat jatuh sehingga tiada pendapatan. Ramai rakan rakan bantu dia untuk teruskan kehidupan dia dan keluarga. Dia merayu kepada warganet supaya janganlah boikot dia lagi kerana apa yang terjadi sangat buat dia susah. Bulan Ramadan dah dekat dan dia harapkan warganet berhenti boikot dia kerana dia ingin mencari rezeki di Bazaar Ramadhan. Dia juga berjanji akan berhenti buat Live yang tidak baik dan sekiranya buat Live dia akan buat pasal perkara yang baik baik sahaja. Sumber,  Wan Noor Baizura

Leave a Reply

Your email address will not be published.