Akui sentiasa lihat dari sudut baik, Sekali Ustaz Kazim Elias tampil dedahkan sesuatu tentang Tokti

Viral

Pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias mendedahkan yang beliau pernah menerima bantuan kerusi roda daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Perkara itu dikongsi Ustaz Kazim menerusi satu sesi ceramah yang telah dimuat naik di YouTube, semalam. Menurutnya, selain Siti Nurhaliza, antara yang turut memberi bantuan kerusi roda adalah pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew. “Bila doktor operate kaki saya baru-baru ini, saya tak boleh jalan. Kaki kiri saya pula bermasalah, sampai sekarang. Kalau dapat tengok belah ni, kaki saya kecil.“Saya dapat tiga kerusi roda, satu basikal elektrik. Siti Nurhaliza kasi satu, Ebit Lew kasi satu. Senang saya nak pergi jalan, tak payah basikal. Pulas jalan, jarak sekali cas dari Ipoh ke Kuala Kangsar,” katanya.

Jelasnya, segala sumbangan itu berkemungkinan tidak akan diterima sekiranya dia tidak sakit. “Kalau saya tak sakit saya tak dapat wheelchair. Siti Nurhaliza mai hantar, ada di rumah buat kenangan.“Jadi tuan tuan tak perlu susah hati. Saya sentiasa pandang baik dengan masalah saya. Saya pun harap tuan-tuan pun pandang masalah itu dengan baik. Allah akan beri kekuatan. Jangan sebut celaka punya lutut, haram jadah jangan sebut,” katanya. Sekadar info, Ustaz Kazim sebelum ini pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di laman Facebook milik beliau pada Oktober tahun lalu, termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan semakin cengkung dan uzur.

Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir. Tambahnya lagi, beliau dapat merasakan penderitaan yang dialaminya kini mungkin shr yang berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya. Sumber, Gempak

Ustaz Kazim Elias Bakal Masuk Set. Tak Sangka Ustaz Kazim Elias Ditawarkan Jadi Hero Filem Dan Rupanya Ini Watak Pertamanya.

Meski masih meneruskan rawatan sebagai ikhtiar bagi mengesan mengesan penyakit misteri yang dihidapi sejak tahun lalu, pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias mendedahkan dia bakal terlibat di dalam sebuah filem biografi bulan hadapan. Terus bersemangat dan optimis di dalam meneruskan usaha dakwah, Ustaz Kazim,49, menyifatkan setiap ujian yang datang pasti ada hikmah. “Allah SWT ‘bagi’ saya sakit macam-macam sebab Dia nak berikan hikmah lain. Itu yang merawat hati saya dan saya bersangka baik. Saya anggap dosa saya banyak, jadi ini suatu perkara yang menghapuskan dosa.

“Ada orang tanya, ustaz sakit dalam tiga empat bulan ni, apa benda yang Allah berikan pada pada ustaz. Saya dapat tawaran berlakon filem, jadi hero. Yang mana ia sebuah filem biografi tentang saya,” katanya. Ustaz Kazim memaklumkan berita gembira itu ketika ditemui pada majlis pelancaran perisa baharu Susu Kambing Faa-iz di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah, baru-baru ini.  Turut dianjurkan di dalam program sama ialah Forum Perdana Israk Mikraj.

Beliau bagaimanapun belum boleh berkongsi secara terperinci mengenai butiran filem yang dijangka menjalani penggambaran dalam tempoh terdekat itu. “Saya bersyukur pada Allah SWT. Rasanya setakat ini di Malaysia, cerita yang pertama  tentang ustaz. Kehidupannya sejak kecil sehinggalah sekarang. “Pengarahnya biarlah rahsia dulu, insyaAllah bila ada majlis pelancaran pada Mac nanti pihak terbabit akan kongsikan.“Setakat ini saya sudah buat skrip, pihak mereka juga sudah hantar pada saya sinopsisnya. Ting al lagi untuk memulakan penggambarannya sahaja, insyaAllah,” katanya lagi.

Sementara itu, pelancaran tiga perisa baharu Susu Kambing premium berkenaan dilihat mampu mewujudkan ekosistem janaan ekonomi serampang dua mata. Menurut Pengerusi KIDaF, Ustaz Haji Jafri Abu Bakar@Mahmud, susu berkenaan awalnya dilancar tanpa perisa khusus selama setahun. “Menerusi anak syarikat Al-Faizin Marketing, kita bermula dengan susu Faa-iz biasa tanpa perisa sehingga pada suatu ketika kami merasakan ada keperluan untuk mengeluarkan susu berperisa. “Jadi tiga perisa yang kita lancarkan adalah coklat, vanilla dan strawberi, terhasil daripada kajian secara rambang ke atas pengguna dan pengedar susu Faa-iz,” katanya.

Berpandangan jauh, Ustaz Jafri turut memikirkan alternatif lain bagi meneruskan operasi madrasah serta pendidikan para pelajar yang menghafaz al-quran di Darul Faizin agar tidak hanya bergantung dengan sumbangan ramai semata-mara. Cara terbaik adalah dengan memulakan perniagaan memandangkan KIDaF tidak mengenakan yuran kepada pelajar.

“Demi kelangsungan operasi dan selepas berbincang, kami merasakan minuman susu adalah paling sesuai dan susu yang terbaik adalah susu kambing sebab mungkin ada yang tidak tahu akan kelebihan susu kambing sebagai ‘Miracle Food’. “Jadi sesiapa yang membeli barangan menerusi syarikat ini (Al-Faizin Marketing) secara tidak langsung turut menyumbang kepada pembangunan dan pengurusan KIDaF.

“Ia sememangnya milik madrasah, sekali gus membezakan antara perniagaan yang dibangunkan oleh individu yang meletakkan peratusan ke atas sumbangan berbanding Al-Faizin Marketing yang dibangunkan oleh KIDaF,” katanya lagi. Produk susu kambing yang diformulasi menggunakan bahan-bahan premium seperti beras perang, ginko biloba, garam bukit serta kurma yang mampu membekalkan tenaga ini boleh dimiliki dengan harga RM45.00 sekotak dan RM39.90 sekiranya mendaftar sebagai ahli. Sumber: media hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.