Syura tampil dedah dah pun maafkan Siti Nordiana, tapi ini pula tindakan lan Solo

Viral

Berbeza dengan sahabat baiknya, Syura Badron yang mengeluarkan kenyataan memaafkan Siti Nordiana, penyanyi Lan Solo sebaliknya memilih untuk mengunci mulut berhubung perseteruan yang menjadi kes sm.4n antara mereka dengan pelantun Angkara itu. “Saya kalau bab-bab berkaitan mahkamah ini, saya tidak berani hendak komen lebih. Insya-Allah setakat ini, maaf, minta maaf dan memaafkan itu saya sudah praktikkan selalu dengan keluarga dan dengan orang terdekat. Jadi, saya sentiasa memohon maaf setiap hari dengan dengan seluruh ahli keluarga dan juga sentiasa memaafkan orang sekeliling. Saya rasa tidak timbul isu memohon maaf dan memaafkan. Saya sudah serah semuanya kepada peguam yang dilantik dan saya rasa pengadilan yang baik adalah di mahkamah. Saya bukan sesiapa untuk menilaikan, memaklumkan sesuatu yang disoalkan ini,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Syura Badron membuat pengakuan telah memaafkan segala sengketa yang berlaku bersama penyanyi Siti Nordiana. Sungguhpun Syura telah memaafkan Siti Nordiana, namun, dia tetap tidak boleh melupakan setiap perkara yang telah terjadi sebelum ini. Penyanyi Siti Nordiana memfailkan sm.4n berjumlah RM2.5 juta kepada lima individu pada 3 Ogos lalu. Dalam sm.4n terbabit, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan. Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura bersama tiga individu lain membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu. Kes sm.4n fitnah membabitkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu itu bakal didengar di Mahkamah Tinggi. Dalam pada itu, Lan Solo yang ditemui pada Hari Usahawan Negara 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam teruja perniagaannya Solo Borneo Mart semakan mendapat tempat di hati pelanggan terutamanya mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak, tetapi menetap di semenanjung.

“Saya sudah mencuba pelbagai perniagaan sejak bersama dengan kumpulan Kristal lagi. Apa sahaja tidak pernah saya jual, pakaian, makanan, baju raya, semuanya saya pernah jual. Namun, semuanya tidak dapat pergi jauh kerana bermusim, terutama pakaian memang tidak berapa kena dengan jiwa saya. Saya bukannya orang yang pandai berfesyen, jadi sukar untuk saya mengejar trend terbaharu. Alhamdulillah, daripada cuba-cuba tidak sangka Solo Borneo Mart semakin kukuh dan pelanggan kami semakin luas tidak hanya kepada orang asal Sabah dan Sarawak, tetapi juga orang semenanjung yang sudah mula berminat dengan barangan dari borneo,” kongsi Lan. Lan bersama beberapa rakan artis seperti Saharul Ridzwan, Azlan Typewriter, Syed Ali, Siti Fazurina, Adam Corrie, Azan Scan GV8 dan Laila Nasir akan berada di Hari Usahawan Negara 2022 sehingga 28 Mac ini bersama produk masing-masing. Sumber, KOSMO! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.