Rupanya dah dua tahun tunggu, Tular rakaman Aedy Ashraf lamar Amelia Henderson

Viral

Memang tak asing lagi dengan drama penuh romantik akhir tahun lalu iaitu gandingan hebat antara pelakon terkenal Aedy Ashraf dan juga model cantik Amelia Henderson menerusi drama ‘Kisah Cinta Kita’ menjadi bualan ramai. Mana taknya, keserasian mereka berdua jelas terserlah seperti pasangan yang sedang bercinta di luar set. Sejak itu, para peminat memang mengharapkan dapat mendengar berita baik daripada pasangan selebriti tersebut. Terbaru tular video menerusi beberapa perkongsian di TikTok, kedua-dua artis tersebut dilihat sama-sama hadir memeriahkan satu festival makanan di Bukit Jalil selain beri sokongan kepada rakan lain. Pelakon kegilaan ramai iaitu Aedy Ashraf melamar artis cantik jelita Amelia Henderson sebagai teman wanitanya di depan peminat yang lain. Sekali lamarannya diterima oleh Amelia Henderson. Video. klik link

Memang terkejut betul dengan tindakan secara drastik Aedy. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang gembira dan cukup senang melihat aksi lamaran tersebut. Dalam pada itu, mereka juga mengharapkan adegan berkenaan bukanlah hanya lakonan atau helah marketing semata-mata. Ini apa yang warganet beri komen, “pergh kena accept crush-lah Aedy”, From celebrity crush to girlfriend. Patutlah dalam drama Aedy pandang Amelia lain macam. Sumber,pnews.space

Tiada Masa Cari Pengganti Dan Selesa Hidup Solo, Artis Cantik Jelita Ini Hanya Mementingkan Karier Seninya Sahaja Masa Kini. Siapa tak kenal akan pelakon cantik jelita Amelia Henderson ini. Dalam sesi temu bual Amelia turut akui mempunyai hubungan rapat dengan Aedy Ashraf. Pelakon ini turut menyatakan dia lebih selesa menjaga diri sendiri, pelakon Amelia Henderson mengakui dia tidak mempunyai masa untuk mencari teman hidup. Bersyukur dikelilingi team dan keluarga yang kuat memberi semangat, Amelia berkata buat masa kini dia hanya mementingkan karier seninya sahaja. Bagaimanapun pelakon berusia 26 tahun ini turut mempunyai impian untuk berkahwin seperti mana semua wanita idamkan.

Selain itu, Kesibukan kerja membuatkan Amelia tiada masa untuk bercinta. “Pengganti untuk teman hidup, saya boleh temankan diri saya sendiri sejauh mana yang boleh. Saya pun ada team dan keluarga yang sangat kuat. “Jadi, saya tak pernah terfikir pun dan tak ada masa pun. Sebenarnya, saya sebagai ‘workaholic’, saya kena pentingkan apa yang ada dalam karier saya dahulu. “Bukan saya tak nak cari pengganti. Saya rasa setiap perempuan ada impian dalam soal itu, tapi selagi jodoh atau rezeki ke arah itu belum ada, saya tak boleh nak kawal. “Saya pun tak boleh nak rancang kalau calon pun tak ada. Memang ada yang cuba mendekati tapi dengan jadual macam ini, tak ada masa,” katanya kepada mStar.

Bukan saya tak nak cari pengganti. Saya rasa setiap perempuan ada impian dalam soal itu. Amelia ditemui ketika majlis Tayangan Perdana program-program Ramadan Awesome TV dan kolabarasi amal tanggungjawab sosial korporat bersama Koperasi Amanah Pelaburan Berhad. Pada 2018, Amelia mendedahkan rumah tangga yang dibina dengan bekas suaminya iaitu Tunku Harunnarasheed Putra pada 2015 sudah berakhir. Bagaimanapun, pemilik nama Amelia Thriputra Henderson itu enggan berkongsi tarikh sebenar perceraian mereka. Berkongsi mengenai hubungan rapat dengan aktor Aedy Ashraf, Amelia berkata mereka sememangnya berkawan baik dan kerap dilihat bersama disebabkan kerja.

Rupanya ramai peminat suka melihat hubungan rapat Amelia dengan Aedy. Amelia turut menganggap lakonan dia dan Aedy dalam drama Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada November tahun lalu membuahkan hasil sehingga kini masih diperkatakan. “Setiap kali saya jumpa Aedy, saya tanya dia ‘Aedy kenapa semua orang macam sibuk nak tanya I fasal you saja’. Lepas itu dia cakap ‘memang la saya Aedy Ashraf kot’. “Kami memang kawan rapat, tak ada masalah pun. Kami pun baru juga jumpa. Kami banyak juga projek bekerjasama yang tengah berjalan. “Bagi saya, benda ini (gosip) tak ganggu pun hidup saya. Lagi banyak orang tanya fasal ini, maksudnya drama lakonan kami sangat meletop. “Kalau tak, mesti tak akan orang bertanya sedangkan cerita itu dah habis beberapa bulan lalu. Kiranya, lakonan kami pun menjadi. Sebagai pelakon, itu yang kami nak,” ujarnya. Sumber, mstar.

Warganet menyatakan Amelia Henderson persis Kendall Jenner dan Sandra Bullock. Kejelitaan yang dimiliki aktres Amelia Henderson tidak perlu lagi dipertikaikan. Muncul sebagai wajah untuk koleksi baju pengantin rekaan Rizman Ruzaini (RR) baru-baru ini, Amelia sekali lagi memukau pandangan ramai. Anggun mengenakan busana pengantin milik RR berwarna putih bercampur rona kebiru-biruan, rupa paras Amelia dikatakan mirip dengan model antarabangsa terkenal Kendall Jenner. Tidak kurang juga yang melihat wajahnya ada iras seperti pelakon Hollywood, Sandra Bullock. “Kadang-kadang, wajah awak nampak seperti Kendall. Sangat cantik!” puji seorang netizen. “Macam Sandra Bullock pun ada. Lawa sungguh Amelia,” komen seorang lagi netizen. Tidak cukup dengan pujian, ada juga dalam kalangan netizen mahu Amelia menyertai pertandingan ratu cantik kerana dia memiliki rupa paras dan pakej yang lengkap. Lain macam ya penangan kejelitaan yang dimiliki pelakon drama Pengantin Satu Malam ini. Sumber, kosmo.

Leave a Reply

Your email address will not be published.