Selamba sebarkan punca palsu kehilangan pemanah negara, sekali Mira Filzah tampil beri pesanan padu

Viral

Video seorang wanita menyebarkan berita palsu mengenai punca kehilangan pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin akibat pengambilan vaksin AstraZeneca turut mendapat perhatian pelakon Mira Filzah. Berang dengan sikap individu tersebut, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, menasihati semua orang agar berfikir dahulu sebelum berkongsi sesuatu kenyataan di laman sosial. “Nak cakap ke tak eh. Haih. Cakaplah. Boleh tak yang nak post apa-apa dekat Instagram ke Twitter ke buat content ke, kenyataan ke, bergurau ke, pakai otak sikit?” tegas Mira.

Pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik status tersebut menerusi laman Twitter miliknya pada Isnin dan turut berkongsi semula paparan skrin info dan permohonan maaf individu tersebut. Sebelum ini, video seorang wanita dikenali sebagai Aqila Yusri mendkwa kononnya punca kehilangan arw.h Haziq adalah drh tersvmbat akibat pengambilan vaksin AstraZeneca. Susulan video itu tular, polis kini sedang mengesan wanita tersebut yang turut mendkwa Kementerian Kesihatan (KKM) menyembunyikan punca sebenar kehilangan terbabit menerusi video tersebut.

Boleh tak yang nak post apa-apa dekat Instagram ke Twitter ke buat content ke, kenyataan ke, bergurau ke, pakai otak sikit. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan rakaman video itu dikatakan memaparkan berita palsu daripada seorang pelajar perempuan pada Jumaat lalu. “Siasatan awal mendapati rakaman video berkenaan dimuat naik menerusi status WhatsApp milik penama, Aqila Yusri selain dimuat naik dalam Instagram @agilayusri. Hasil penelitian dalam video itu mendapati terdapat seorang wanita menyatakan kehilangan Allahyarham Haziq berpunca daripada saluran drh tersumbat akibat ambil vaksin berkenaan. Malah, terdapat juga dakwaan bahawa KKM melaporkan jumlah kes positif yang tidak tepat,” katanya menerusi laporan media.

Pada 14 Mei lalu, pemanah negara Haziq Kamaruddin pergi buat selamanya pada usia 27 tahun di Hospital Kajang akibat komplikasi salur drh jantung tersumbat akibat perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis). Dalam pada itu, Mohd Zaid memberitahu kes penularan berita palsu itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998. Media sebelum ini melaporkan hasil bdh si.4sat pemanah negara itu mendapati tidak menunjukkan punca kehilangannya disebabkan vaksinasi CVDI9. Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Zahari Noor dipetik berkata, setakat ini bdh si.4sat menunjukkan punca kehilangan adalah disebabkan komplikasi salur drh jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis). Sumber, mstar

Kaki Dah Mula Sakit, Dalam Diam Rupanya Tak Lama Lagi Dah Mira Filzah Nak Melahirkan

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah memaklumkan sudah mengalami beberapa simptom di akhir semester kehamilan. Dijangka bersalin awal Mei ini, Mira atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, memberitahu dia kini mengalami sakit belakang dan kaki yang semakin membngkk. “Sekarang pun dah sarat, kandungan usia dah masuk lapan bulan lebih saya dah mula rasa sakit belakang… kaki pun dah bengkk. “Namun sekarang saya masih lagi ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan sebelum fokus bercuti bersalin selepas 5 April nanti,” katanya. Mira bersama suaminya Wan Emir Mistar ditemui ketika Majlis Malam Women of Excelence Awards 2021/22 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur semalam.

Mira menerima anugerah Excellent Achievement Award In Entertaintemnt Industry dalam bahagian lakonan yang disampaikan sendiri oleh ibu mentuanya iaitu Datuk Mastura Tan Sri Datuk Mohd Yazid iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dalam acara malam tadi. Apabila ditanya mengenai persiapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya itu, Mira memberitahu ia masih belum selesai sepenuhnya. “Persiapan sebenarnya banyak benda belum selesai kerana masih sibuk dengan kerja. Jadi saya banyak tempah secara online sahaja. Tiada lagi keluar mencari barang.

“Bukan sahaja kerana bimbang akan virus Covid-19 sekarang… malah saya sendiri tak terhadkan untuk keluar. Cuma memang kekangan masa. “Dari segi persiapan mental saya tak banyak fikir sangat ada sahaja bersembang dengan kawan mengenai proses bersalin dan sebagainya selebihnya saya hanya berfikiran positif,” katanya. Sementara itu, suaminya, Emir memberitahu dia kagum dengan semangat Mira yang komited dengan kerja dan tanggungjawab meskipun sedang sarat hamil. “Dia seorang yang berkerja keras kadang-kadang tu risau juga.

Balik rumah bila dia mengadu sakit belakang dah sebagainya saya yang bantu mengurutnya dan sebagainya,” beritahunya. Tidak akan mengadakan sebarang acara baby shower atau gender reveal, Mira memberitahu jantina bayi akan didedahkan selepas selamat bersalin. “Kami tiada sebarang majlis untuk itu tetapi ada la buat makan-makan bersama keluar dan rakan terdekat sahaja. “Untuk jantina saya rasa lebih baik kami umumkan bila sudah selamat bersalin nanti,” katanya lagi. Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.