Dedah dicium peminat wanita sampai lintas garisan pengawal untuk cakap I love you, kini Mawi tampil ceritakan

Viral

Mawi kongsi pengalaman pahit manisnya menjadi selebriti dalam buku autobiografi. Momen dicium seorang wanita ketika mengadakan persembahan di Johor Bahru suatu ketika dahulu masih kekal dalam ingatakan bekas juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Mawi. Akui terkejut dengan situasi itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 40, berkata pengalaman berkenaan mengajarnya untuk mengenal dunia seni sejak mencetuskan gelombang ‘Tsumawi’ setelah menjuarai rancangan realiti itu pada 2005.

“Ketika saya buat show dekat JB, ada seorang makcik berbangsa India terlepas masuk ke kawasan pengawal. Dia datang depan saya, tarik kepala saya dan cium beberapa kali di bahagian dahi. Tak henti dia cakap ‘I love you Mawi‘. Memang saya tergamam,” katanya. Kejadian itu merupakan antara pengalaman yang diceritakan Mawi menerusi buku autobiografi berjudul Mawi Dalam Lautan Manusia hasil tulisannya sendiri. Majlis pelancaran buku berkenaan berlangsung di Street Mall Opposite Bangi Getaway, Bandar Baru Bangi pada Sabtu. Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, penyanyi Oja dan pengarang buku, Sir El.

Bagi saya, pengalaman ini perlu dikongsikan sebelum saya tiada.

Bercerita lanjut tentang autobiografi berkenaan, Mawi berkata perkongsiannya juga boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang ingin menjadi selebriti. “Buku ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Saya yang tulis sendiri sebab merasakan perlu kongsi pengalaman itu. Sesiapa yang mahu jadi selebriti… ia boleh dijadikan sebagai persediaan. Ia mengisahkan tentang pengalaman saya menjadi selebriti selepas bergelar juara AF. Bagi saya, pengalaman ini perlu dikongsikan sebelum saya tiada,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik 2 ini mengakui dia tidak pernah mengejar populariti namun keinginannya menyertai program realiti disebabkan ingin menjadi penyampai radio. “Saya tak pernah nak populariti ini, tak pernah mahukan. Dulu saya masuk AF sebab ada peserta AF yang berjaya jadi DJ radio. Masa itu, Adi Fashla, Burn dan Nana. Mereka berpeluang jadi DJ Radio selepas habis AF. Sebelum masuk AF memang buat kerja deejay orang kahwin di kampung. Sambil jadi deejay, saya menyanyi juga. Saya juga ada pengalaman jadi deejay di pasaraya di Subang Jaya,” ujarnya. Sumber, Mstar

Baru Je Ekin Dedah Alami Mental Breakdown. Kini Mawi Tampil Jelas sesuatu Mengenai Rumah Tangganya.

Penyanyi dan penyampai radio Mawi tampil menafikan dkwaan sesetengah pihak kononnya hubungan dia dan isteri Ekin sedang beretakkan. Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 41, isu berkenaan tercetus susulan ketiadaan Ekin ketika majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini. Jelas Mawi, kesemua itu tidak benar dan ketiadaan Ekin pada majlis tersebut bukanlah disebabkan mereka berg.4duh. “Masa kami buat sidang media filem ‘Hantu Kuat Ketawa’, isteri saya tak dapat hadir atas sebab tertentu. Masa itu Ekin di Johor Bahru. Bukan sebab kami g.4duh dan sebagainya,” katanya. Tambahnya, dia berharap isu berkenaan tidak dipanjang-panjangkan.

“Alhamdulillah 13 tahun dah kami bersama. Semalam baru je kami keluar berdendut sambil makan aiskrim mangkuk. I Love my ‘Masyhur Sang Sakti,” tulisnya di satu hantaran di Instagram, semalam. Sekadar info, Ekin sebelum ini akui mengalami tekanan dan mental breakdown apabila diajukan soalan mengenai rumah tangga mereka. “Bagi sahabat-sahabat yang ramai bertanya kenapa Ekin awak ok ke tak?? terima kasih bebanyak ok. Cerita dia yang buat Ekin stress dan mental breakdown tu bila ramai yang DM dan tanya ‘kenapa tak nampak ekin kt majlis pelancaran Hantu Kuat Ketawa aritu?? ada masalah rumahtangga ke?? dah tak sefahaman dgn mawi ke?? gado ke? cerai ke?? Allahuakbar,” maklum Ekin menerusi hantaran video di Instagram.

Terus menerus diasak dengan pertanyaan mengenai hubungan rumah tangganya dengan Mawi, Ekin Rahmat mengakui emosinya terganggu serta mengalami ment4l ‘breakdown’. Ramai yang menghantar pesanan bertanyakan keadaan Ekin seolah-olah mahligai yang dibina bersama Mawi itu sedang dilanda masalah.

“Terima kasih kepada yang sudah bertanya sama ada saya okey atau pun tidak. Apa yang membuatkan saya stress adalah soalan yang mereka ajukan. Mereka tanya kenapa tak nampak saya di pelancaran itu. Adakah kerana rumah tangga ada masalah atau sudah tidak sefahaman atau bergaduh atau kerana kami sudah bercerai. Allahuakbar,” katanya menerusi Instagram. Menjawab segala persoalan, isteri kepada penyanyi dan penyampai radio itu menjelaskan mereka berada di Johor Bahru sedang menjalani kuarantin. “Anak-anak positif cvdI9 dan kami ‘terperangkap” di Johor Bahru. Sudahlah stress menjaga anak-anak yang meragam sakit, Tetapi, majlis yang sudah dirancang itu perlu diteruskan. Komen Warganet:

“Bila kata ftn4h datang, sesukanya bercakap tanpa si4sat, lagi tambah tertekan. Saya mohon, kepada yang bertanya seperti itu, berhentilah kerana ia menyebabkan saya stres,” katanya. Ekin dan Mawi mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cahaya Malaika. Sumber: Trending Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published.