Minta sedekah di kedai makan, Pemuda tampil dedah apa yang dia buat bila tak bagi wang padanya buat ramai terkedu

Viral

Sudah menjadi kebiasaan golongan peminta sedekah akan menjalankan kegiatan mereka di mana-mana kedai makan atau restoran kerana menjadi kawasan tumpuan orang ramai. Terbaharu, seorang pengguna @abangkeladi berkongsi sebuah rakaman memaparkan seorang warga emas yang dilihat meminta sedekah di sebuah kedai makan. Namun, apa yang menjadi perhatian adalah tindakan mak cik tersebut yang kurang disenangi kerana rata-ratanya mengatakan dia sering memarahi serta mengherdik pelanggang-pelanggan di kedai makan apabila mereka tidak menghulurkan wang kepadanya. Dalam pada itu, pengguna yang berkongsi video berkenaan turut menitipkan nasihat kepada orang ramai agar lebih berhati-hati apabila bertemu dengan mak cik tersebut.

“Minta sedekah tak salah, tapi kalau orang tak bagi tak perlu nak marah. Tujuan saya ambil video ini bukan nak biadab, tapi kalau jenis memaksa siapa je yang selesa,” katanya menerusi ruang kapsyen. Sementara itu, ada juga pengguna berkongsi pengalaman mereka ketika bertemu dengan mak cik itu. “Saya pernah jumpa mak cik ini kat kedai makan, dia datang meja saya minta sedekah, saya senyum sahaja, lepas itu ditariknya kerusi depan saya dan hentak tanda marah, apa la,” ujar Asyikin Annuar. “Bukan tak nak hulur, tapi hari-hari muka sama, rasanya mereka lagi kaya dari kita yang bekerja, nak minta bantuan orang, belajar adab dengan baik,” kata Mad Noah. Sumber, KOSMO! ONLINE

Budak Rohingya minta sedekah mungkin didalangi sindiket

Polis akan menyiasat kemungkinan kegiatan meminta sedekah oleh kanak-kanak etnik Rohingya didalangi sindiket tertentu. Video tular memaparkan kanak-kanak etnik Rohingya yang bersikap agresif ketika meminta sedekah di jalanan ternyata mengundang perdebatan ramai. Selain geram dengan tindakan itu, ada warganet meluahkan rasa sedih dan beranggapan mereka melakukan kerja tersebut kerana didalangi sindiket. Terbaharu, polis akan menyiasat kemungkinan kegiatan meminta sedekah oleh kanak-kanak etnik Rohingya yang tular di media sosial baru-baru ini didalangi sindiket tertentu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu, namun perkara sebenar akan diketahui selepas tangkapan dan siasatan lanjut dilakukan pihak polis. Beliau berkata, perbuatan mengemis oleh etnik Rohingya didapati berlaku di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan bandar-bandar di negeri lain.

“(Didalangi) sindiket mungkin ada kemungkinan, (tapi) saya tidak boleh sahkan lagi. Mungkin lepas buat tangkapan atau siasatan nanti. Kita cuba kumpulkan (maklumat) risikan,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini pada Khamis. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu tular kanak-kanak Rohingya meminta sedekah daripada pemandu kenderaan di tengah kesibukan jalan raya di Kuala Lumpur. Razarudin berkata, pihaknya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap peminta sedekah tersebut di bawah Akta Pengangkutan Jalan kerana mengganggu keselamatan pengguna, selain menyebabkan kesesakan jalan raya. Menurutnya, undang-undang di negara ini bukan tertakluk kepada warganegara Malaysia sahaja tetapi kepada sesiapa yang melakukan kesalahan. Sumber, Sinar Harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.