Kalini penyanyi ini pula adakan adegan panas di MV, Kini Chubb E pula jadi isu dan ini tindakan yang akan diambil

Viral

Baru baru ini nama penyanyi dan pelakon Chubb-E secara tiba-tiba ‘meledak’ di media sosial apabila beberapa keping gambarnya bersama seorang wanita seksi tular. Difahamkan, gambar berkenaan merupakan sedutan daripada video muzik lagu terbaharu nyanyian Chubb-E dan Zyc berjudul Rambang. Berdasarkan dua keping gambar itu, kelihatan seorang model wanita yang sedang duduk di ‘arm rest’ kerusi diduduki Chubb-E. Namun, apa yang lebih mengejutkan, model berwajah Pan Asia itu cuma memakai jaket bagi menutupi lengan dan belakangnya manakala bahagian lain dibiarkan terdedah. Malah, ada yang mendakwa penampilan model berkenaan terlampau seksi.

Turut kelihatan, beberapa jejaka yang diyakini penari dalam klip muzik tersebut mengelilingi Chubb-E dan wanita bertelanjang terbabit. Terbaru, Chubb-E turut dilihat bersuara mengenai gambar viral berkenaan menerusi Instagram Story. Menurutnya, dia kecewa apabila gambar berkenaan sengaja disebarkan oleh individu tertentu dan tidak teragak-agak untuk mencari ‘dalang’ di sebalik kejadian berkenaan.“Susahlah manusia sekarang ni, kau ingat kau leak gambar tu kau dapat apa? Kau tunggu dik, aku cari kau,” katanya. Sekadar info, lagu dan video muzik Rambang bakal dilancarkan pada esok di semua platform penstriman muzik. Sumber, gempak

Itulah, saya pun pelik kata Chubb-E. Kehadirannya dalam industri seni bukan baharu. Malah, kalau diintai pada latar belakang dirinya, Chubb-E, 22, sudah dikenali sebagai penyanyi cilik yang memulakan langkahnya dalam bidang ini menerusi program Ceria Pop Star di Astro Ceria. Daripada bidang nyanyian, Chubb-E kemudiannya dilihat selesa mengorak langkah ke bidang lakonan. Pun begitu, ada yang menganggap kelibat dirinya seakan tidak sesuai dalam bidang lakonan. Tak berapa layak mungkin.

Agaknya, bagi mereka, lebih baik Chubb-E ini teruskan saja dengan karier muzik atau duduk sahaja di belakang tabir jadi komposer. Walhal, kalau dilihat lakonanya dalam drama bersiri popular, Projek: Anchor SPM sebelum ini, tidaklah terlalu kayu. Orang kata, adalah juga progres yang baik. Sekali gus membuktikan mengapa dia layak untuk meraih gelaran Artis Baharu Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) Ke-33, dua tahun lepas. Jadi apa pula pandangan Chubb-E berhubung perkara ini? Merungkai apa yang berlaku, Pancaindera mendapatkannya sendiri.

Sekarang Chubb-E kelihatan lebih selesa berada di hadapan kamera. Tapi, ada yang kata awak lebih baik teruskan bidang muzik berbanding lakonan. Ini penjelasan nya, sebenarnya, semua yang saya ceburi adalah apa yang betul-betul memberikan kelebihan buat saya untuk lebih kehadapan.Dari aspek gubahan lagu, nanti saya dah tua pun masih boleh dapat royalti. Sebagai artis dan penyanyi, saya boleh buat persembahan dan dapat lebih pendedahan. Mana tahu kan kalau muzik saya ini boleh pergi lebih jauh? Nasib orang kita tak tahu. Begitu juga dalam bidang lakonan. Kalau tak ada lakonan, orang tak kenal pula saya. Zaman sekarang orang nak dengar lagu dan nak tengok muka penyanyinya. Kalau kenal suara saja tak cukup. Jadi tak salah untuk saya berada dalam bidang lakonan dalam usaha menaikkan nama juga.

Kiranya awak tak kisahlah mana-mana rezeki yang datang dulu dan kemudian main ambil saja, begitu. Ini katanya, bagi saya, kalau orang dah letak kepercayaan pada kita, kenapa tak nak cuba bukan? Kadangkala kita tak tahu apa yang orang lain nampak pada diri kita. Dalam dunia lakonan ini, sejak memulakan langkah, sampai sekarang pun masih saya tertanya-tanya, kenapa ya orang ambil saya berlakon? Mula-mula berlakon pun sudah digandingkan dengan barisan pelakon gred A dan hebat-hebat. Itulah, saya pun pelik. Tapi mungkin dan namanya rezeki. Tapi, khabarnya masih ramai pula orang yang anggap Chubb-E ini macam budak baru. Walhal dah lama berkecimpung dalam industri seni. Nak tahu tak, sampai sekarang, ada saja orang tak tahu yang saya ini penyanyi.

Mereka ingat dan kenal saya sebagai pelakon. Bila mereka tengok video nyanyian saya di media sosial, mereka tanya, eh Chubb-E ini boleh menyanyi ya? Sedangkan soalan yang sepatutnya ialah eh Chubb-E sekarang dah pandai berlakon ya? Tak kisahlah budak baru atau tidak. Janji, orang masih kenal saya sebagai penggiat seni. Kecil hati tak bila orang tak tahu latar belakang awak. Tak adalah, buat apa nak kecil hati. Lagipun kalau ia masih dalam konteks yang positif, bagi saya tak ada apa-apalah. Boleh Chubb-E kongsikan, macam mana sebenarnya boleh terjebak dalam bidang lakonan sampailah sekarang. Semuanya berlaku secara tak sengaja. Saya akui, masa mula-mula dulu, agak kayu juga. Pernah terdetik dalam hati ‘eh apa yang aku buat ini?’.

Maklumlah, kecenderungan itu memang pada bidang muzik. Tapi saya belajar dan cuba gali ilmu itu memandangkan orang dah beri kepercayaan. Saya fikir, penyanyi rap di Hollywood seperti 50 Cent, Snoop Dog dan Ice Cube boleh buat, tak akanlah saya tak boleh jadi macam mereka? Itu antara yang memotivasikan saya. Pada masa yang sama, mahu mencuba apa sahaja yang membolehkan saya mengembangkan cabang kerjaya. Tapi, berbalik kepada keraguan tadi, saya masih tertanya-tanya kenapa agaknya orang ambil saya berlakon ya. Dia ketawa. Bila dah terlibat dalam bidang lakonan ini, adakah Chubb-E bersikap memilih. Mahu karya tertentu sahaja misalnya. Katanya lagi, saya rasa kena memilih juga. Sebab,nak pastikan apa yang saya buat ini semuanya berpaksikan keikhlasan. Tak nak dalam keadaan terpaksa atau saya memaksa diri. Contoh, kalau saya bawa watak yang diri sendiri rasa tak selesa atau buat hanya kerana ditawarkan bayaran yang tinggi, tak mahulah saya. Ia akan jadi tak ikhlas. Saya lebih rela memilih asalkan diri ikhlas. Sumber, utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published.