Anak sukar untuk bernafas, Lan Solo bergegas ke hospital dan ini penjelasan doktor

Viral

Akid dibawa ke pusat perubatan selepas mengalami sesak nafas menurut lan solo. Anak lelaki kepada penyanyi Lan Solo terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatran di Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas pada malam Sabtu. Kata Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusuf, 37, anaknya Muhammad Akid Qassyaff, 7, mengadu sukar bernafas ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri satu program di ibu kota. “Ketika dalam kereta, Akid mengadu susah hendak bernafas. Dia sendiri susah nak jelaskan bagaimana keadaannya. Maklumlah budak kecil lagi. “Jadi saya terus bawa dia ke bahagian kecemasan dan dia terpaksa ditahan di wad untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi mStar. Menurut Lan, pemeriksaan doktor mendapati terdapat habuk kotor pada saluran darah yang mengakibatkan dia sukar bernafas. Tambahnya, anaknya itu sebelum ini sudah disahkan mengalami asma. Akid kini dalam keadaan stabil namun masih menerima bantuan pernafasan.

Menurut lan lagi, Ia terjadi mungkin disebabkan dia terlalu sensitif dan gemar bermain di luar. “Doktor memberitahu ada habuk pada saluran darah anak saya. “Ia terjadi mungkin disebabkan dia terlalu sensitif dan gemar bermain di luar. “Akid memang ada masalah asma sejak usia empat tahun cuma sudah lama dia tidak mengalami situasi teruk begini,” jelasnya. Disebabkan tahu keadaan kesihatan anaknya itu, Lan juga sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan akan terus membawa anak menerima rawatan jika berlaku sedemikian. “Sejak kami tahu Akid ada asma, memang sentiasa bersedia jika melihat dia mengalami kesukaran bernafas. “Lebih senang untuk terus bawa menerima rawatan kerana pusat perubatan tersebut sudah mempunyai rekod kesihatan anak saya dan mereka tahu ubat terbaik untuk Akid,” ujarnya. Untuk rekod, Lan mendirikan rumah tangga dengan Nur Sheila Hassim pada Disember 2009. Selain Akid mereka juga mempunya tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 8, dan Nur Amna Quzandra, 4. Sumber, mstar

Isteri tak marah Lan Solo pegang tangan Ratu Cantik KK, ikut sama tengok rakaman MV. AKSI penyanyi Lan Solo berpegangan tangan dengan seorang wanita dalam video muzik (MV) 5 Kaki 4 Inci mencuri perhatian ramai. Rata-rata meluahkan rasa bimbang jika perbuatan Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 37, itu boleh mengundang perasaan cemburu isterinya, Sheila Hassim. Bagaimanapun kata Lan, isterinya mengetahui tentang babak berkenaan memandangkan dia berada bersamanya sepanjang penggambaran MV tersebut di Sabah. “Saya seorang yang setia pada yang satu. Apa yang ditampilkan dalam MV itu hanya sekadar kerja dan kami profesional. Isteri saya pun memahami ia hanya kerja saja. “Sepanjang pengambaran MV itu pun isteri ada bersama saya. Jadi, saya tak berasa risau pun dengan babak berpegangan tangan itu. Cuma, saya risau perbuatan saya itu disalah anggap oleh pihak luar.

Lan bersyukur persenketaan dengan Rody telah berakhir.

“Apa-apa pun saya bersyukur selepas setahun lagu ini disimpan, akhirnya dapat juga dilancarkan. Boleh katakan dalam 10 hingga 20 peratus juga ada bahasa Dusun dalam lirik lagu itu,” ujarnya kepada mStar. Lan ditemui ketika majlis pelancaran video muzik lagu terbaharunya berjudul 5 Kaki 4 Inci di Red Box, The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Rabu. MV berkenaan menampilkan Ratu Cantik Kota Kinabalu 2019 iaitu Kerinah Mah sebagai wanita yang berpasangan dengan Lan.

Saya seorang yang setia pada yang satu

Apa yang ditampilkan dalam MV itu hanya sekadar kerja dan kami profesional. Dalam perkembangan lain, Lan berkata dia bersyukur sengketa dengan gitaris, Rody sudah pun berakhir dan dia tidak mempunyai perancangan untuk kembali bersama dengan kumpulan Kristal. Kata Lan dia menghormati kumpulan lamanya itu sudah mempunyai penyanyi lain namun terbuka jika diberi peluang untuk bekerjasama pada masa akan datang. “Saya dah ada bersama Kristal X, mereka pun dah ada vokalis. Saya rasa tak patutlah (kembali bersama) ibarat mereka ada perkahwinan baharu, takkan saya nak kacau rumah tangga mereka dan perlu hormati mereka.

Lan Solo berpegangan tangan dengan seorang wanita dalam video muzik (MV) mencuri perhatian ramai. “Saya pun mengharapkan penghormatan kepada keluarga baharu saya, Kristal X. Tapi saya tidak pernah menolak jika ada kerjasama yang baik akan datang. Sebenanrya apa yang jadi, mematangkan diri saya. “Tak perlu ada perkara negatif dan tidak payah nak bermusuh. Mungkin ketika itu, amarah yang menguasai diri,” katanya. Sebelum ini mStar melaporkan hubungan Lan dan Rody kembali pulih selepas empat tahun tidak bersemuka disebabkan perselisihan faham. Lan turut memuat naik foto bersama Rody di laman Instagram selepas terserempak secara tidak sengaja di surau Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Disember tahun lalu. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.