Ada lagi ke yang mengingati Yasin Sulaiman, Sekali ini rupanya keadaan terkini beliau

Viral

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, berpendapat, golongan yang menolak suntikan vksin berhak dengan pendirian diri masing-masing sama ada mahu berterusan memilih jalan itu. Menurut Yasin, setiap manusia mempunyai pendirian masing-masing dan dia juga percaya bukan menjadi satu masalah buat negara sekiranya ada golongan yang tidak mahu menerima suntikan v4ksin. “Di sekeliling saya ramai tak ambil v4ksin lagi dengan alasan pelbagai atau mungkin juga mereka berasakan tak nak terbabit dengan agenda v4ksin. Ikut kepercayaan masing-masing. Tapi bagi saya ia tak jadi masalah pada negara pun. Sebab kadar v4ksinasi seluruh negara pun sudah mencapai 90 peratus.

Lagi satu, kita tak boleh paksa mereka. Dalam perubatan pun sama. Cuma, pengambilan v4ksin ini adalah untuk kesedaran bersama bagi melindungi diri kita,” katanya. Bagaimanapun, menurut Yasin mereka yang digelar anti v4ksin ini bukanlah ancaman buat mereka yang sudah mengambil suntikan v4ksin. “Saya tak raikan pendapat mereka, tapi saya hormat pendirian mereka. Sebab soal masukkan sesuatu dalam badan adalah atas diri sendiri. Jadi, apa pun keputusan mereka, itu hak mereka. Bagi saya, buat masa sekarang ini bukan satu masalah. Melainkan kalau majoriti yang tak nak v4ksin, itu baru masalah. Anti v4ksin bukanlah ancaman buat kita. Kalau tengok sekarang pun kes harian kita makin turun. Tak perlu nak kecoh atau saling bergaduh di media sosial. Pada akhirnya yang tak nak ambil tetap tak nak ambil,” katanya.

Yasin Sulaiman Kongsi Keadaan Selepas 10 Tahun Hidap Bip0lar: “Sebelum Ini Saya Takut…”

Sejak kebelakangan ini banyak berita kurang enak mengenai tindakan yang diambil oleh segelintir individu yang mengalami tekanan atau masalah kesihatan mental disiarkan akibat tekanan hidup selepas pandemik CVDI9 melanda dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) dilaksanakan di Malaysia bagi mengekang virus ini. Menerusi program terbitan Gempak, #Sembang Tepi Kak Gee, hos iaitu Kak Gee bersama pakar psikologi klinikal Akif Basri membicarakan tentang masalah kesihatan mental agar ia mendapat perhatian yang lebih meluas serta pemahaman yang baik dalam kalangan masyarakat. Salah seorang tetamu yang dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai kesihatan mental adalah penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman.

Ikut berbicara mengenai topik Depresi: Luar Bahagia, Dalam Sengsara, Yasin yang didignosis menghidap Bipolar 10 tahun lalu mengaku terkejut saat pertama kali disahkan sakit. “Sebenarnya pada awal saya salah didignosis iaitu stress. Tapi kemudian baru didignosis ada Bipolar. Saya sendiri tak tahu mengenai Bipolar. Masa tu pula saya sedang mencipta nama so bila didignosis saya rasa ‘eh aku dah gila ke apa ni?’” akui Yasin. Penyanyi lagu Mimpi Laila itu kemudian mengaku mendapatkan rawatan kerana mahu sembuh. Ironi dia sendiri tidak mahu masyarakat tahu, apalagi mengenangkan dirinya dikenali kerana karier sebagai seorang pelaku seni.

“Saya mendapatkan rawatan kerana mahu selesaikan masalah ini. Sebelumnya saya tak pergi sebab takut reputasi karier dan pandangan masyarakat terhadap saya. Jadi atas faktor itu saya kekalkan sebagai rahsia. Jadi kemudian adalah episod Bipolar ini terjadi. Saya ingat episod pertama berlaku saya tidak tidur dua minggu, jadi hyper. Saya buat lagu, kerja studio dan buat semua benda. Selepas dua minggu baru saya rasa tak sihat, saya tumbang, jadi saya pergi hospital untuk rawatan,” kata Yasin. Tambah Yasin, hari ini dia berani berkongsi pengalamannya sebagai salah seorang penghidap Bipolar kerana sudah berasa lebih sihat dari kehidupannya sebelum ini.

“Saya yakin jika sekarang ada orang yang masih menghidap Bipolar, dia tidak akan berkongsi hal ini. Dulu ya (takut pandangan orang). Dalam keadaan itu menyusahkan saya bila saya fikir apa orang fikir pasal saya. Tapi untuk sekarang, saya selesa dengan diri sendiri,” lanjut Yasin. Biar pernah diuji dengan sakit yang masih tabu dalam kalangan masyarakat untuk dibicarakan ini, Yasin bersyukur kerana diberi pengalaman dan pelajaran daripada ‘keistimewaan’ yang Allah berikan kepadanya. Sumber: Rose Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.