Wak Doyok kongsikan tengah bawa kereta dengar bunyi sesuatu, sekali bila buka bahagian enjin kereta terkejut bila ada binatang ni

artis

Ikon Fesyen dan pelakon Wak Doyok sempat menyelamatkan kucing yang dipercayai berteduh di dalam enjin kereta miliknya. Kata Wak Doyok, nasib baik dia segera menyedari kewujudan kucing itu yang sudah mula menjerit-jerit kepanasan. “Kadang-kadang bukan kita sengajakan. Cuma tidak perasan sahaja. Anak kucing berteduh dalam enjin.“Mungkin kesejukan mencari tempat berteduh. Nasib aku perasan dia menjerit-jerit kepanasan. Kalau tidak rntung kucing tu,” katanya. Pelakon bermisai lentik itu berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri berkenaan, Wak memuat naik rakaman videonya membuka enjin kereta di bahu jalan ketika hujan sedang renyai.

Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap prihatin pelakon itu.“Wak selalu garang, tapi post ni nampak wak lembut wataknya. Terbaik murah rezeki selalu…,” tulis salah seorang warganet “Steady ! Wak dah selamatkan nyawa,” puji salah seorang warga maya. “Kucing pun pandai pilih enjin ye wak,” kata salah seorang pengikutnya. Dalam masa yang sama pengguna laman sosial itu juga tertanya-tanya bagaimana keadaan anak kucing itu apabila Wak sendiri tidak menunjukkan apa kesudahan dari video berkenaan.

Kalau Kucing Kesayang Sakit Jangan Sesekali Bagi Ubat Manusia Pada Kucing. Ini Masalah Lain Yang Akan Datang. Siapa yang tak bimbang kalau kucing kesayangan kita sakit, tapi tambah sakit teruk lagi apabila ada yang sanggup berikan ubat sendiri hanya kerana mahu melihat si bulu kembali ceria. Tetapi persoalannya, adakah ubat-ubatan yang dihasilkan untuk kegunaan manusia boleh membantu melegakan haiwan yang sakit? Kalau ada yang pernah buat sedemikian, rasanya boleh hentikan cara itu kerana perbuatan itu sebenarnya boleh mendatangkan mudarat kepada haiwan kesayangan anda!

Sistem badan haiwan seperti kucing dan anjing berbeza dengan manusia dan memberi mereka makan ubat yang biasa diambil manusia boleh mendatangkan bahaya. Ini termasuk perubatan semulajadi atau tradisional seperti menyapu minyak angin atau seumpamanya sekiranya haiwan anda mengalami luka kerana ia boleh menimbulkan masalah lain. Antara kesan sampingan yang boleh berlaku termasuk pendarahan dalaman, masalah neurologi, munta-muntah, cirit-birit yang boleh membawa kepada kehilangan. Jadi sekiranya haiwan peliharaan anda sakit atau pun tercedera adalah lebih baik terus membawa mereka ke klinik veterinar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.