Tak pernah beritahu nak kahwin, Ruhainies tampil jawab rakaman malam berinai yang buat ramai rasa tertipu

Viral

Pelakon Ruhainies mengesahkan lelaki misteri yang muncul di dalam klip video malam berinai yang dikongsikan aktres itu di Instagram sebelum ini ialah aktor, Zul Ariffin. Menurut Ruhainies, penampilan rakan artisnya itu adalah sebagai gimik bagi mempromosikan produk kesihatan, Mixberry Powder Advance yang sekali gus menepis spekulasi dirinya berkahwin secara senyap-senyap dengan pelakon sasa itu.

“Ya jejaka misteri dalam video yang dimuat naik di Instagram kelmarin ialah Zul Ariffin. Sebenarnya masa saya muat naik video itu, ramai yang sudah meneka dia. Tapi dkwaan yang mengatakan kami sudah berkahwin atau bertunang adalah tidak benar. Saya dan Zul hanya berkawan baik dan dia antara kenalan selebriti yang saya rapat. Selepas video ini tular saya  baru sedar yang sebenarnya ramai nak tengok saya naik pelamin. Alangkah seronok kalau hari ini adalah hari bahagia itu. Apapun saya serah soal jodoh kepada takdir. Kalau jodoh sampai awal, cepatlah saya kahwin,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan yang menyaksikan dirinya dipilih sebagai duta. Video. Klik link

Menurut Ruhainies, dia bagaimanapun memohon maaf sekiranya gimik yang dilakukan bersama Zul Ariffin menguris hati mana-mana pihak. “Janganlah rasa tertipu sebab saya tidak pernah beritahu yang saya nak berkahwin atau bertunang. Video yang dimuat naik itu pun saya tak terangkan apa-apa, sebaliknya hanya mengambil konsep Bollywood. Lagipun semua orang tahu yang saya memang minat Bollywood daripada dulu. Jadi saya ambil konsep ini selepas berbincang dengan rakan kongsi Sha Hasan dan kami bersepakat untuk jayakan video promosi produk sulung ini. Saya pilih Zul kerana pada mata saya dia adalah hero yang paling tepat. Tak lengkap sesebuah jalan cerita tanpa hero. Ibaratnya kalau sudah ada Anjali, kenalah ada Rahul. Jadi dalam video ini kami seperti watak Anjali dan Rahul dalam filem Kuch Kuch Hota Hai,” katanya.

Terdahulu video berdurasi kurang satu minit yang dimuat naik pelakon drama Sayang Tak Dikenang menunjukkan dia mengenakan inai di jari sambil diikuti jejaka misteri dari belakang tular di media sosial. Memakai busana bertemakan Bollywood, Ruhainies turut menulis kapsyen istimewa yang menyatakan ‘A night to remember. One step closer pada hantaran terbabit. Gara-gara perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah peminat dan ada juga yang meneka Ruhainies bakal menamatkan zaman bujang dengan Zul. Sumber, Media Hiburan

Ruhainies Muat Naik Video, Sekali Dari Belakang Warganet Perasan Macam sama dengan seseorang

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Ruhainies berkongsi video memperlihatkan dia dikejar seorang jejaka misteri di laman Instagram pada malam Rabu. Video berdurasi kurang satu minit itu juga menunjukkan Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 30, memakai inai di jari dan berlari gembira diikuti jejaka itu dari belakang. Memakai busana bertemakan Bollywood, Ruhainies turut menulis kapsyen istimewa pada hantaran tersebut. “A night to remember. One step closer,” tulisnya.

Namun apa yang menarik perhatian warganet ialah kelibat jejaka dalam video tersebut dikatakan mirip pelakon kontroversi Zul Ariffin. Gara-gara perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikut dan ada juga membuat andaian Ruhainies bakal menamatkan zaman bujang dengan Zul. “Tahniah! Saya rasa Ruhainies kahwin dengan Zul Ariffin. Kalau betullah memang tak sangka. “Real ke drama ni? Tengok macam Zul Ariffin dari belakang. Patutlah back up Zul hari itu. “Macam Zul Ariffin! Tapi takkan Ruhainies nak kahwin dengan Zul. Mestilah dengan boyfriend yang tinggal di London tu.

“Tengok sosok tubuh macam Zul Ariffin. Adakah ini gimik? Ke promote drama dia orang,” antara komen warganet. Menerusi laporan media pada 14 Mac lalu, Ruhainies memaklumkan dia akan berkongsi berita gembira mengenai perhubungannya dengan jejaka pilihan. Kata pelakon drama Wifi Sebelah Rumah ini, dia sedang menanti waktu sesuai untuk menjawab persoalan itu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.