Selamba je ada yang marah sebelum buat persmbahan, sekali ini pula respon dari Shiima

artis

Penyanyi Baby Shima kecewa dengan sikap seorang lelaki yang bersikap kasar dan menengkingnya ketika dia memenuhi undangan nyanyian di sebuah program anjuran kerajaan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, di sini, hari ini. Penyanyi yang popular dengan lagu Kopi Dangdut ini berkata, dia tidak minta dilayan seperti orang kenamaan tetapi menitik beratkan adab sebagai manusia. Menerusi perkongsian di media sosial, Shima mendakwa lelaki terbabit cuba menyekat dan menghalaunya ketika memenuhi undangan nyanyian di acara itu.

“Kepada abang baju putih berkaca mata, saya datang ‘event’ di Perlis untuk membuat persembahan, sepatutnya saya kena ‘ready’ di ‘booth’ dan belakang pentas lebih awal, hidup tu biar beradab. “Saya ni kalau orang baik saya hormat, tapi orang cari pasal saya tak akan diam! Bukan saya saja, sebab awak kerja orang lain tergendala! “Ramai saksi kat sana, awak tolak pintu tu tadi dengan kasar dan tengking saya! Nampak cara awak macam mana! Cakap baik-baik nak masuk tapi tunjuk lagak!” tulisnya. Menerusi perkongsian yang sama, Shima menegur cara dan sikap kurang adab dan berharap situasi seperti itu tidak berulang lagi.

“Dalam hidup ini, orang ada pangkat atau tidak, adab kena jaga. Saya tak harap layanan VIP (orang kenamaan). Saya datang untuk bekerja dan menjalankan tugas yang sudah dipersetujui. “Saya bukan suka-suka nak masuk dewan tu, tapi semua atas tuntutan kerja. Saya harap, kejadian seperti ini tak berulang,” katanya.“Kepada abang baju putih berkacamata, sy datang event jelajah aspirasi keluarga malaysia di perlis untuk membuat persembahan, sepatutnya sy kena ready di booth @kwp.my dan belakang stage lebih awal, hidup tu biar beradab.,

Shima ni kalau orang baik shima hormat.. tapi orang cari pasal shima tak akan diam! bukan shima sahaja..,sebab awak kerja orang lain tergendala!ramai saksi kat sana., awak tolak pintu tu tadi dengan kasar dan tengking shima!Nampak cara awak mcm mana! cakap baik-baik nak masuk tapi tunjuk lagak! sy tak minta dilayan seperti vvip, tapi tolong faham, sy datang pun utk berkerja..sy melawan tadi sebab sy kena masuk juga! atas urusan kerja ya abg! bukan sebab nak kurang ajar dgn abg.. #adanampakmummyhappy #gilakuasa #aspirasikeluargamalaysia” Sumber, HMETRO ONLINE / BabyShima Official

Dikatakan Jual Minuman Keras Bukannya Jamu. Baby Shima Tampil Perjelaskan.

Penyanyi sensasi Baby Shima sekali lagi menjadi individu dikritik warganet apabila ada yang mendkwa produk madu yang dijualnya merupakan minuman beralk.0hol atau ar.4k. Lebih menyedihkan, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 27, dia didkwa menggunakan wang har.4m menjalankan perniagaan produk penjagaan kesihatan tersebut. “Mungkin mereka tak suka saya, jadi apa pun saya lakukan tetap salah pada mata warganet. Padahal dari segi botol jamu, memang tak ada persamaan langsung dengan botol minuman tersebut. Saya juga div.gut supaya berhenti jual jamu. Lebih teruk, ada yang sampai cakap, hasil jamu yang saya jual adalah duit yang hr.4m. Mereka marah-marah dan tak bagi saya jual jamu,” katanya.

Beberapa hari lalu, Baby Shima memuat naik beberapa hantaran dalam InstaStory memaparkan komen-komen warganet yang mengatakan produk jamu jualannya. Antara komen yang ditinggalkan warganet, mereka berkata, penyanyi itu menjual ar.4k kerana bentuk botol produk jamu tersebut seakan-akan sama dengan minuman keras. Kongsi penyanyi lagu Pura-pura Bujang itu lagi, kebencian warganet terhadapnya sangat melampau sehingga tahap ada yang menyuruhnya membuang jamu tersebut ke dalam longkang.

“Kalau tak sukakan seseorang, saya tak kisah dih.1na. Tapi janganlah h.na rezeki. Saya sendiri dah tak kisah kalau orang benci atau tak suka saya. Sebab saya tak boleh nak buat apa pun. Apa yang penting, saya tak kacau dan hancurkan kehidupan orang lain,” katanya lagi. Baby Shima yang terkenal dengan banyak publisiti atau gimik sebelum ini bagaimanapun menafikan kritikan yang diterimanya disebabkan produk jamu tersebut adalah salah satu strategi pemasaran daripada dirinya sendiri. “Setakat ini saya tak nampak komen mengatakan ini gimik. Warganet sendiri pun tahu saya memang ramai pembenci. Pergilah tengok mana-mana video atau gambar yang ada saya, tetap akan nampak komen kritikan walaupun dalam perkongsian kandungan yang positif,” jelasnya. Sumber: KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.