Lepas satu satu isu timbul, kini Kak Long nekad untuk ambil satu keputusan ni dan ada sesuatu yang dia janjikan

Viral

Kontroversi seorang wanita daripada Terengganu menjadi bualan warganet selama berminggu minggu. Mulanya dengan video wanita yang bernama Kak Long memarahi pekerja 7 Eleven selepas itu memarahi pekerja KFC. Tidak lama lepas itu, timbul satu lagi kontroversi dimana sebuah stesyen TV Al Hijrah menjemput Kak Long sebagai tetamu mendapat kritikan warganet. Antara kontroversi Kak Long paling teruk adalah apabila sebuah klip video dimana Kak Long dikatakan mengh.1na warga Orang Kurang Upaya. Berkenaan hina pada Orang Kurang Upaya terlalu besar sehingga menjadi siasatan polis. Selepas itu Kak Long telah mengambil keputusan untuk diam terus dari dunia media sosial tetapi hari ini dia tampil buat kenyataan di Facebook. Hari ini menerusi Facebook Kak Long telah membuat satu LIVE. Video, klik link

Sambil menangis, Kak Long memberitahu dengan apa yang terjadi sekarang kewangan dia sangat teruk. Perniagaan dia sangat jatuh sehingga tiada pendapatan. Ramai rakan rakan bantu dia untuk teruskan kehidupan dia dan keluarga. Dia merayu kepada warganet supaya janganlah boikot dia lagi kerana apa yang terjadi sangat buat dia susah. Bulan Ramadan dah dekat dan dia harapkan warganet berhenti boikot dia kerana dia ingin mencari rezeki di Bazaar Ramadhan. Dia juga berjanji akan berhenti buat Live yang tidak baik dan sekiranya buat Live dia akan buat pasal perkara yang baik baik sahaja. Sumber,  Wan Noor Baizura

Ambil KakLong Untuk Promosi Makanan Tapi Ramai Yang Tak Senang Duduk. Pemilik Restoran Tampil Dedahkan Sesuatu.

Minggu lalu tular video di media sosial a.mukan seorang wanita dikenali di sebuah kedai serbaneka 7Eleven masih lagi menjadi bualan hangat warganet di media sosial. Terbaru tular video wanita tersebut bersama anaknya membuat review makanan di sebuah kafe di Terengganu. Video tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter. Diruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa pelik mengapa kafe berkenaan memanggil wanita tersebut untuk membuat review sedangkan baru sahaja tular video memaparkan sikap biadabnya. Perkara itu turut mendapat perhatian Ceddy yang merupakan antara food r.eview dimana dia bergurau selepas ini pasti sukar untuk dia cari makan. Dalam pada itu, ada yang tidak faham mengapa ada pihak menormalisasikan orang biadab untuk menjadi influencer. Sementara itu, ada segelintir warganet tinggalkan bad review di Google pada kafe berkenaan susulan tindakan mereka memanggil wanita itu untuk membuat review makanan.

Bukan itu sahaja, di ruangan komen Instagram kafe berkenaan rata-rata warganet meluahkan rasa berang dan mengkritik serta mahu memboikot restoran berkenaan. Tidak kurang juga ada yang mendakwa video tersebut adalah video lama dan ianya dikongsikan semula. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada sebarang kenyataan daripada kafe berkenaan berhubung isu tular itu.

Pemilik Restoran Jawab

Menyedari video review Kak Long menerima banyak reaksi negatif, pemiliknya, Ridzuan, tampil memberi penjelasan bahawa dia sudah lama mengenali Kak Long dan berharap warganet move on serta tidak memberi persepsi negatif kepadanya. “Kak Long dah buat permohonan maaf. Saya faham anda semua marah dan tidak setuju dengan cara dia. Tetapi yang buruk kita buang jauh-jauh, ambil tauladan.

“Dia, memang dari saya buka kedai, dia hari-hari datang. Boleh check Facebook kami. Saya kenal dia dah lama,” katanya. Menurut Ridzuan lagi, video itu sebenarnya video lama, video sebelum keja.dian Kak Long mencetuskan kekecohan di kedai serbaneka.  Dia selalu datang sebelum ni, tapi dia okay saja. Ini video lama. Dulu dia datang ke kedai cara baik. Tapi di 7 Eleven dia buat hal, kita sama-sama doa. Jangan cari kes.alahan orang lain. Kita terpalit d.osa percuma,” ujarnya.

Mengulas mengenai tindakan segelintir warganet yang mahu memboikot perniagaannya, Ridzuan berkata boikot itu adalah hak manusia dan rezeki itu adalah milik Allah. Tidak wajar disebabkan kesalahan seseorang, warganet menghukumnya sehingga ke akhir hayat.  “Kita tidak ada hak untuk menghukum. Saya bukan nak mempertahankan dia. Betul apa yang dilakukan kes di 7 Eleven itu adalah salah. Cuma kita tak berhak menghkum sesiapa. Kita pun ada buat salah, tetapi Allah tentukan hkumannya,” katanya.

Kredit, RK/TR/FB

Leave a Reply

Your email address will not be published.