Lepas Zul kini Erry Putra pulak dikritik, Selamba kongsi gambar siap kapsyen rgl time buat ramai tak puas hati

Viral

Isu berkaitan rg.0l dalam pengucapan awam bukanlah satu hal yang baharu. Perkataan r.g.0l itu sendiri memberi impak negatif dalam kehidupan seharian, terutama bagi m.gsa yang mengalaminya. Media juga pernah sebelum ini menyiarkan teguran yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ustaz Adnin Roslan yang menasihati orang ramai supaya tidak menjadikan r.g.0l sebagai satu bahan jenaka dan gurau senda. “Ok sahabat sekalian, rakyat Malaysia sekalian. Pertama, r.g.0l tu berdosa besar, buat lawak r.g.0l pun berdosa besar, buat scene r.g.0l dalam movie pun berdosa besar.

“Tolong stop buat lawak lvcah, tolong stop buat lawak double meaning, tolong stop tayangkan scene yang tak sepatutnya di movie dan drama. Benda ni tak lawak langsung,” tegasnya. Justeru, baru-baru ini, nama pelakon Erry Putra menjadi ‘panas’ apabila dia menggunakan perkataan r.g.0l bagi menggambarkan proses penggambaran.“R.g.0l time!” tulisnya sambil meletakkan beberapa emoji. Hal ini menimbulkan respons negatif terutama dalam kalangan warganet yang tidak bersetuju mengenai penggunaan perkataan tersebut. “R.g.0l bukanlah satu perkataan yang kamu boleh guna sesuka hati. Sebahagian mgs.a sukar untuk hidup dengan travma (dir.g.0l). Saya tahu ia sekadar lakonan tetapi tak semua benda kamu boleh buat main. Sekurangnya, berhati-hati dan sensitif dengan kata-kata kamu,” tulis seorang warganet.

Begitupun, ada yang berpendapat ia bukanlah lakonan sebaliknya ia sekadar promosi murah yang menggambarkan betapa cetaknya pemikiran si tuan punya badan. “Ia bukan lakonan. Lakonan merupakan dalam babak. Gambar yang dikongsi menggambarkan rendahnya pemikiran dan murahnya promosi. Betul-betul jahil dan tidak sensitif terhadap travma orang lain,” tulis seorang lagi warganet. Selain itu, ada juga yang menyelar tindakan Erry Putra sebagai satu hal yang kurang menyenangkan. “Dah kenapa artis-artis Malaysia ni makin lama semua nak tunjuk bebal?” tanya warganet ringkas. Sumber, Gempak

“Awak nak surat saman malu ke macam mana?” – Erry Putra

Pelakon, Erry Putra berang dengan tindakan seorang individu tidak dikenali yang secara tiba-tiba memaki hamunnya di Instagram (IG). Erry menerusi satu entri di IG, berkongsi kemarahannya terhadap hantaran individu yang biadab tersebut. “Nak tanya ini, dia ini siapa, pagi-pagi muncul m.4ki hamun saya. Saya kenal pun tidak perempuan ini. Kalau m.ki saya sahaja, boleh lagi tenang. Tapi dia m.ki negeri saya, tak boleh tenang ini. Awak nak surat saman malu ke macam mana? Pelik-pelik manusia sekarang ini,” tulisnya. Menerusi hantaran mesej di IG, individu terbabit secara tiba-tiba menyerang pelakon filem Lari ini dengan menggunakan kata-kata kesat. “Jangan berlagak sangat. Mati masuk kbvr juga bangang. Bajet bagus konon. Orang Kelantan memang tak sedar diri,” tulis individu berkenaan. Sumber, Utusan

Keluarga tak restu cinta Erry Putra, Fara Hezel

Pelakon Erry Putra, 40, hanya sempat lima bulan menjalin cinta dengan penyanyi baharu, Fara Hezel sebelum mengambil keputusan membawa haluan sendiri kerana tidak mendapat restu keluarga. Pelakon yang dikenali menerusi drama Manjalara dan filem Bicara Hati itu berkata, pergaduhannya dengan kakak Aiman Tino itu di laman sosial turut mengeruhkan lagi keadaan hingga membuatkan hubungan mereka renggang.

“Kami berkenalan ketika sama-sama bermain futsal dan sejak itu, berkawan baik. Seboleh mungkin, saya tidak mahu orang luar tahu mengenai hubungan kami. Namun, apabila hubungan kami mula dihidu, ramai menganggap ia sebagai gimik memandangkan masing-masing sedang memperkenalkan single terbaru. Namun, sejak tercetus pergaduhan di laman sosial, kami tidak lagi berhubung dan mengambil langkah berdiam diri. Keluarga juga tidak menerima hubungan ini, jadi lebih baik kami bawa haluan sendiri,” katanya. Sementara itu, mengulas mengenai tindakannya yang sering memuat naik gambar bersama seorang jejaka di laman Instagram hingga mencetuskan tanggapan negatif netizen, Erry berharap, peminat tidak pantas menjatuhkan hukuman.

Menepis tdvhan mengamalkan gaya hidup songsang, Erry yang juga penyanyi berkata, jejaka dikenali sebagai Syafiq Putra, 23, itu adalah adik tirinya yang sedang mencari tapak untuk diketengahkan. “Dengan memuat naik gambar kami berdua di Instagram, sedikit sebanyak dapat membantu memperkenalkan namanya kepada penggiat industri hiburan. Sebelum ini, susah untuk Syafiq ke depan memandangkan dia kurang keyakinan diri. Dia pernah mencuba bakat dalam bidang lakonan, tetapi selepas beraksi dalam satu telefilem, Syafiq enggan teruskan kerana tidak berminat. Saya cuba pula perkenalkan dia dalam bidang nyanyian menerusi lagu duet kami, Aku Tahu kerana itu minat dia,” katanya. Tidak terkesan dengan tuduhan itu, Erry yang ditemui pada majlis pelancaran dan Iftar Havoc Raya 2018 di Cheras Sentral, di sini, berharap dengan penjelasan yang diberikan dapat memperbetulkan persepsi ramai terhadapnya. Sumber, BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published.