Sedihnya bila ibu bapa desak anak untuk buat pinjaman 50 ribu untuk balas jasa mereka, bila anak tak mahu dianggap ni pulak

Kehidupan

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa sangat dituntut dalam agama kerana mereka sanggup berkorban apa sahaja bagi memastikan anak-anak membesar dengan sempurna. Namun, wujud segelintir ibu bapa yang mengharapkan pengorbanan mereka dibalas dengan wang ringgit sehingga kadang kala membebankan anak-anak. Seperti luahan seorang individu menerusi mesej kepada personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter, menceritakan kedua ibu bapanya mewajibkan setiap anak membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50k sebagai membalas jasa mereka.

Salam Tuan. Saya ada persoalan dan sedikit luahan. Bagi orang lain hari gaji adalah hari dinantikan, tapi sebaliknya bagi saya. Setiap bulan hari gaji mesti akan jadi isu. Ujar individu ini lagi, kakak dan abangnya juga telah membuat pinjaman seperti mana yang dimahukan dan turut memintanya berbuat demikian. Namun, atas faktor-faktor tertentu dia tidak dapat memenuhi kehendak tersebut ditambah pula kos sara yang tinggi di ibu kota. Sedangkan saya tak mampu nak komitmen tinggi sebab bila kira gaji saya tolak komitmen semua tinggal +-35 ringgit je belum campur sakit demam.

Bercerita lebih lanjut, individu ini akui dia tidak mampu untuk membuat pinjaman peribadi berikutan masih mempunyai komitmen pinjaman pelajaran, kereta dan sudah bekeluarga. Tapi jujur saya tak mampu kerana saya pun masih ada hutang PTPTN. Namun ibu bapa seolah tak dapat terima dan menganggap saya tak kenang budi. Ada satu tahap ibu cakap saya tak dapat anak sebab saya bagi duit bulanan 200@300 je sebulan. Menerusi ruangan balas, rata-rata wargamaya memberikan kata-kata semangat kepada individu ini dan meminta supaya dia berbincang terlebih dahulu bersama kedua ibu bapanya. Sumber, Ahmad Fedtri Yahya

Balik Dari Hari Pertama Ke Sekolah Anak Buah Minta Nak Singgah Psara Ibu, Sedih Rupanya Ini Yang Dia Nak Bagi Tahu Dekat Ibu. Semalam bermulanya sesi persekolah baru untuk penggal ini. Pelbagai drama dapat dilihat terutamanya mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di sekolah. Selain daripada anak-anak yang berasa teruja, ibu bapa turut sama berdebar melihat zuriat mereka melangkah masuk ke sekolah buat kali pertama. Hal ini lain pula ceritanya dengan perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @sweetiepi418 apabila berkongsi momen hiba berkaitan anak buahnya yang kali pertama hadir ke sekolah tadika. Menurut @sweetiepi418,  ibu kepada kanak-kanak tersebut sudah pergi menghadap illahi dan hanya bapa serta ibu saudaranya sahaja yang mengalas tanggungjawab menghantarnya ke sekolah.

Apa yang menyedihkan adalah permintaannya anak buah kepada pengguna Tiktok itu yang mahu ke psra ibunya selepas habis sesi persekolahan kerana mahu memberitahu yang dia sudah masuk ke sekolah. Disebabkan dia tidak menangis sewaktu di sekolah, mereka telah menunaikan janji untuk sama-sama ke tanah perkbrn. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan mengakui sebak melihat situasi berkenaan kerana memang sukar bagi seorang anak kecil perlu berdikari tanpa kehadiran seorang ibu. Namun begitu, mereka juga sempat menitipkan doa agar kanak-kanak perempuan itu membesar menjadi anak yang solehah serta mampu membanggakan orang tua. Sumber, TikTok @sweetiepi418. Klik sini untuk lihat video.

Leave a Reply

Your email address will not be published.