Kagum dengan lagu DSV, Kali ni Ara Johari tampil buat cover lagu Ku Ikhlaskan buat ramai terpegun

Viral

Single terkini usahawan Datuk Seri Vida, Ku Ikhlaskan memang sedang menjadi bualan ramai malah diparodikan oleh beberapa pihak. Bukan mengenai lagu sangat yang diperkatakan wargamaya, tetapi adalah imej Vida yang disifatkan jelik, hodoh dan keterlaluan dalam muzik video yang disiarkan bersama lagu tersebut sejak pukul 3 pagi semalam. Malah, MV Ku Ikhlaskan juga telah menerima tontonan hampir 1 juta di YouTube dalam tempoh kurang 24 jam ia disiarkan. Salah seorang yang telah mendengar dan menonton MV tersebut adalah bekas pembantu peribadi yang juga lelaki yang hampir menikah dengan Vida, Iqbal.

“Ya, saya sudah dengar selepas beberapa jam lagu tersebut dimainkan di radio,” kata Iqbal. Sambil memuji muzik video Vida yang disifatkan sangat internasional seperti milik penyanyi Lady Gaga dan Agnes Monica, Iqbal mengaku imej lelaki muda yang ditonjolkan dalam visual tersebut adala jelmaan dirinya. Malah, Iqbal bersetuju jika penonton mengaitkan lagu Ku Ikhlaskan tersebut ditujukan Vida buatnya selepas hubungan cinta mereka tidak berakhir ke jenjang pelamin. “Kalau orang kaitkan lagu tersebut dengan saya, ya saya rasa memang lagu itu untuk saya. Sebab dalam babak pertama muzik video, kalau perasan frame gambar sewaktu dipegang Datuk Vida, itu adalah muka saya yang dipangkah. Saya memakai baju biru dan sedang menyarungkan kasut. Mungkin orang luar tak perasan, tapi saya perasan (diri sendiri),” kata Iqbal lagi.

Dia yang kini sibuk menceburi dunia lakonan menambah: “Imej lelaki lebih muda, ya itu memang ditujukan untuk saya. Banyak momen momen yang membuat saya tersentuh dari muzik video tersebut.” Meski memuji hasil kerja tim dan Vida menghasilkan single tersebut, Iqbal mengaku kurang suka dengan vokal penyanyi itu yang disifatkan sebagai sudah ‘dicantikkan’ terlalu banyak. “Saya kurang suka tune suara lari banyak dari yang asal sampai lupa ini suara DSV atau ini bukan ke? Part original itu sudah hilang. Saya pun penyanyi dan saya pesan kalau saya menyanyi, biarkan suara saya walaupun buruk, masih boleh didengar dengan jelas. Jangan lari sangat,” katanya. Video, klik link

Ara Johari – Ku Ikhlaskan [Cover]

Pemilik nama penuh Nurfarrah Izzatie binti Johari atau nama popularnya Ara Johari dan Ara AF2016. Telah menyanyikan semula lagu tersebut, raih pujian ramai Dalam pada itu, rata-rata warganet memuji mutu vokal Ara “Mantaplah Ara. ara punya tone ni mmg tone org dulu2 yang lantang tinggi. Tambah pulak lagu ni mmg vibes 90-an, mmg sesuai sgt. I can say tone Ara mmg jenis tone evergreen..” Sumber, Mstar

Ada Yang Pesan Jangan Tengok Video Muziknya,Ramai Luah Rasa Risau Bila Jumlah Video Muzik DSV Cecah 1M Tontonan

Setelah tampil dengan dua lagu rancak termasuk satu lagu raya, kini DSV sekali lagi tampil dengan satu single balada terbaru miliknya yang bertajuk Ku Ikhlaskan. Mengikuti tinjauan, rakaman muziknya telah pun dimuat naik pada hari Isnin lalu di laman youtube Vida. Setakat ini, rakamannya telah cecah 1 juta tontonan hanya dalam masa 24 jam. Namun di laman sosial Tiktok, DSV bersiaran langsung dengan siap nyanyikan lagu tersebut secara live untuk dijadikan bahan tontonan warganet. @ojaaa.aa. Bukan setakat itu, kini dengan jumlah tontonan rakamannya itu membuatkan ramai yang runsing sekiranya presiden warganet bakal diundang untuk sertai program Big Stage pada tahun ni pulak.

Menerusi laman sosial Twitter, ramai yang tampil luahkan rasa risau dengan nasib rancangan tersebut selepas ni. “Aku risau view dia juta-juta kat YouTube… tahun depan layak masuk Big Stage. Jumpa laaaaa dengan Ajai,” tulis seorang wargamaya. “JANGAN TENGOK MV VIDA. Nanti cukup viewers masuk Big Stage.“Next year big stage dato vida contestant lah kotttt. Kalau viewers lebih dari target rasanya boleh dah.“Dato Vida nak join AJL or Big Stage? Tacod,” ujar seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, rakaman muzik tersebut mengumpul sebanyak 44,000 tanda ‘dislikes’. Sekadar info, program Big Stage memberikan tumpuan kepada bakat-bakat baharu atau lebih mesra gelar Budak Baru Nak Up (BBNU) yang sebelum ini menjadikan platform media sosial atau YouTube sebagai gelanggang mereka mempamerkan bakat. Sumber,Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.