Teruk dikritik warganet kerana tak jaga batas, Sekali ini respon daripada Fauziah Nawi

artis

Kita memang tak asing lagi dengan aplikasi tiktok, banyak pekongsian yang menjadi buah mulut warganet, nak nak lagi sesuatu yang menggambarkan perkara tidak bagus. Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan seorang stylist memuat naik sepotong video di akaun TikTok yang memperlihatkan dirinya menyiapkan pelakon berbakat besar, Fauziah Nawi. Menerusi video berkenaan, stylist yang dikenali sebagai Pejoy Yahaya itu sedang mengemaskan sarungan tudung pada Fauziah sambil aktres berkenaan menelaah skrip. Sungguhpun ia terlihat biasa, namun, lain pula ceritanya pada mata warganet.

Seorang pengguna TikTok menulis tinggalkan komen yang berbunyi: “Lebih baik ibu (panggilan mesra Fauziah Nawi) pakai sendiri sebab dah biasa pakai kan. Maaf kan saya andai saya salah,” tulisnya. Kemudian, seorang lagi netizen bersuara: “Yup betul saya tak pertikaikan niat cik. Cuma saya tegur batasan dan cara tu. Matlamat tak halalkan cara. Semoga sentiasa murah rezeki. Amin,” luahnya. Pejoy kemudian memuat naik video yang menampilkan respons Fauziah mengenai hal berkenaan. Fauziah meminta supaya tidak menyalahkan stylist dan juga make-up artist memandangkan itu merupakan tugas mereka. Klik sini untuk lihat video.

Selain itu, kerja-kerja yang melibatkan penggayaan dan solekan untuk drama selalunya melibatkan tenaga kerja lelaki.00:40 .“Assalamualaikum, saya Fauziah Nawi dalam cerita Nenda ini dan stylist kita adalah Pejoy. Pejoy adalah lelaki. Azri 1976 juga lelaki, make-up artist. “Dah mereka yang dapat job ni, saya ni sebagai pelakon tak boleh nak cakap apalah. Maksudnya di sini, walaupun mereka lelaki, mereka tahu adab. Dah tersentuh tu nak buat macam mana. “Saya minta maaf pada semua orang janganlah marah kami. Sebab stylist dan make-up artist ni biasanya lelaki. Jarang dapat perempuanlah kan. Tak tahulah nak cakap apa minta maaflah kalau itu menyinggung perasaan semua orang. Saya minta maaf,” katanya ringkas. Sumber, awattsyeikhh.com

Fauziah Nawi bengang, bayaran nak mahal tetapi disiplin terabai. Seni itu perkara terpaling halus di dunia dan kalau dikerjakan tanpa rasa tanggungjawab, maka tercemarlah hasilnya. Buat dramatis berpengalaman, Fauziah Nawi atau nama sebenarnya, Fauziah Fatimah Nawi, beliau mempunyai alasan tersendiri untuk bersifat lantang menerusi media sosial menegur mana-mana pihak yang dirasakan tidak serius menumpahkan komitmen dalam dunia lakonan. Enggan mendedahkan secara spesifik siapa gerangan pelakon yang dimaksudkan dalam Facebook rasminya baru-baru ini, pemenang trofi Pelakon Pembantu Wanita

Terbaik menerusi filem Sayang Salmah Festival Filem Malaysia ke-12 itu bagaimanapun berasa terpanggil untuk meneruskan kemaraan bicara kepada Pose. Terdahulu, Fauziah, 69, menyifatkan seorang individu yang difahamkan merupakan seorang pelakon sebagai tidak berhati perut kerana menyebabkan jadual penggambaran drama melibatkan dirinya tergendala. Menerusi panggilan telefon santai, beliau enggan membuka aib mana-mana pihak, namun berharap individu terlibat insiden terbabit segera terbangun daripada lena mimpi dan terus memperbaiki diri demi kemajuan diri sendiri dan industri seni lakonan tanah air.

Saya tidak mahu membuka aib individu terbabit. Kalau dia baca artikel ini dan merasakan apa yang saya dedahkan adalah berkenaan tentang dia, itu lebih baik. Saya tegur dalam Facebook bukan suka-suka tetapi saya tak mahu ada ‘penyakit’ begini dalam industri. Kalau dia buat masalah dan hanya libatkan diri, itu saya tak kisah. Ini tidak, calltime pukul 10 pagi, masuk set pukul 6 petang. Perangai jenis apa begitu? Saya sebenarnya malas nak bising atau marah tapi sendiri mahu ingatlah. Tentang apa yang ibu dedahkan ‘kontrak habis lapan hari’ dan kemudian sibuk balik awal, apa yang boleh anda simpulkan.

Saya geram dan sangat kecewa. Apa yang dia buat dah ganggu emosi pengarah, penerbit dan pelakon lain yang terlibat dalam projek yang kami sedang jalankan. Kenapa sibuk jadi pelakon kalau waktu pun tak pandai urus dan melibatkan orang lain akibat keculasan sendiri. Macam saya cakap dalam Facebook, tak usah jadi pelakon dan sila duduk rumah dan jangan menyusahkan hidup dan kerja orang lain.
Seperkara lagi, sudahlah sibuk ‘demand’ harga tinggi melambung tapi kualiti kerja? Disiplin semua ke laut. Barangkali ibu mahu mendedahkan siapa gerangan individu yang dimaksudkan, Saya rasa tak perlu. Bukan bermakna saya takut nak dedahkan tapi sebagai pelakon lama, menjadi tugas saya menegur dengan cara saya sendiri

Orang yang buat hal itu terima atau tidak, terpulang kepadanya. Facebook saya ‘open’ dan sesiapa sahaja boleh baca apa yang saya luahkan dan kalau dia rasa tulisan ada yang menyentuh dirinya, cermin diri dan betulkanlah apa yang silap. Industri seni kita bukanlah besar mana, pusing-pusing di situ juga dan kita akan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Apa pesanan daripada ibu sebagai dramatis berpengalaman buat indivdu lain yang ingin menjadi seorang anak seni, Buat kerja dengan rasa bangga dan tanggungjawab.

Hormat waktu orang lain, insya-Allah masa depan cerah menanti kalian. Kalau mahu kekal lama dalam industri dan dihormati, lunaskan peranan sebagai anak seni dengan sebaik mungkin. Jaga calltime, jaga disiplin dan hormatlah situasi dan orang sekeliling. Macam saya cakap tadi, industri ini tak besar mana pun. Pusing kiri depan belakang, akan jumpa orang yang sama juga. Yang membezakan adalah kualiti dan disiplin kerja.

Baiklah, baru-baru ini ibu menerima diploma daripada Meateach Creative Academy, mungkin boleh perincikan sedikit tentang perkara tersebut. Selepas tiga tahun belajar, saya akhirnya menerima diploma dalam jurusan Pengarahan Filem dan Koordinasi. Dipendekkan cerita, saya tidak pernah melanjutkan pelajaran sebelum ini. Saya terus bekerja selepas tamat persekolahan tingkatan lima. Bayangkan bagaimana situasi apabila pada usia 60-an masih sambung belajar. Masa mula-mula sambung belajar (diploma) dengan usia dah lanjut, saya hampir berputus asa sebab perlu menyiapkan banyak kertas kerja dan pembentangan. Namun, atas nasihat anak dan adik-beradik yang menyedari betapa penting kelayakan akademik, saya teruskan juga perjuangan ini.
Alhamdulillah, saya berjaya tamatkan pengajian.

Bersyukur masih relevan, Akhirnya dapat merasa genggam trofi ketika masih hidup. Penerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Fauziah Nawi tidak pernah menyangka diberi pengiktirafan sedemikian menerusi Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang berlangsung Jumaat lalu. Menurut Fauziah, 68, paling istimewa apabila dia dapat menggenggam trofi berprestij itu ketika masih aktif dalam bidang lakonan. “Paling seronok apabila anugerah ini diperoleh semasa hidup. Saya bersyukur kerana dapat anugerah ini. Ia benda yang saya tak pernah terfikir. “Saya akan terus berlakon… kena teruskan juga sebab bapa dah warning apabila dah masuk, kena teruskan,” katanya kepada mStar. FFM31 yang mengangkat filem Roh sebagai Filem Terbaik berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat. Sumber, mstar

Anugerah tersebut turut didedikasikan buat arwah anaknya Pitt Hanif. Tambah Fauziah dia juga bersyukur apabila bakatnya masih diterima dan dihargai walaupun pada usia emas. “Saya bersyukur sebab masih mampu berlakon dan pada usia sekarang saya masih relevan. “Nasihat saya kepada orang baharu, apabila mereka masuk indsutri… kena jadi seorang yang berilmu dan ada hati yang baik,” katanya. Saya bersyukur sebab masih mampu berlakon dan pada usia sekarang saya masih relevan. Selain itu Fauziah yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Sayang Salmah pada FFM12 (1995) berkata, anugerah yang diterimanya itu juga didedikasikan kepada anaknya yang juga pengarah, Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau Pitt Hanif yang meninggal dunia pada Oktober 2019. “Untuk Pitt saya tunjuk yang saya mampu dan boleh buat. Masuk dalam bidang ini hati kena keras kerana ini pilihan yang saya buat.

Fauziah Nawi bersyukur masih kekal relevan. “Malah cucu saya (anak sulung Pitt) juga dah masuk kolej ambil jurusan filem. Kalau boleh saya tak nak dia ambil bidang ini kerana susah. “Tapi dia kata nak jadi macam ayahnya. Cucu yang kedua pun dah berjinak-jinak dalam lakonan. Mereka bermula daripada kecil dan saya harap kerjaya lakonan zaman mereka nanti akan lebih baik,” katanya. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.