Terlalu teruja mempromosikan sesuatu sehingga lupa akan perkara sensitif, Nad Zainal memberi peringatan agar lebih berjaga jaga selepas ini

artis

Baru baru ini Malaysia dikhabarkan dengan kontroversi panas yang melibatkan pelakon Zul Ariffin sejak minggu lalu telah membuka mata ramai pihak. Ada rakan artis yang mengkritik namun ada juga mengambil itu sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati. Nad Zainal dijemput untuk memberi komen tentang babak panas kini. Bagi aktres Nad Zainal, 32, dia menyatakan berkemungkinan Zul terlampau teruja untuk berkongsi bahan promosi sehinggakan ‘terlepas’ content sensitif. Kata pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin, dia menjadikan insiden itu sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati selepas ini. Kadang-kadang kita terlepas pandang, apa yang kawan-kawan kita buat mungkin rasa keterujaan mereka nak share. Cuma bila kita terlalu excited sampai lupa bahawa ada perasaan yang kita perlu jaga. Ini pengajaran kepada kami juga untuk lebih berhati-hati.

Katanya artis hanya ikut apa saja yang diberi. Dalam pada itu, pelakon drama Dendam Seorang Isteri turut diaju soalan sama ada dia akan memilih babak lakonan sebelum dikongsikan kepada umum. Jawab Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014, dia akan menuruti arahan pihak berkaitan kerana yakin sudah diteliti semua kandungan. Saya mengikut apa saja yang pihak produksi atau stesen yang bagi. Bila dah dapat kelulusan, kami akan post mengikut jadual yang telah diberikan. Saya akan mengikut sahaja. Saya yakin mereka dah teliti terlebih dahulu.

Pada Jumaat lalu, media sosial digemparkan dengan sebuah video yang memaparkan beberapa babak panas lakonan Zul bersama pendatang baru, Siti Hariesa. Selepas teruk dikritik warganet, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 tampil membuat permohonan maaf di Instagram Stories pada Isnin. Anak kelahiran Taiping, Perak itu juga telah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya pada Selasa. Sumber, oh bulan.

Perlu cekap membuat pilihan, Jadual harian Nad Zainal makin padat. MENITI fasa berkeluarga, jadual harian pelakon Nad Zainal semestinya kini lebih padat. Di samping sibuk menjalani penggambaran, dia harus menguruskan seisi rumah terutama dua cahaya matanya, Fahad Ibrahim, 5, dan Budi Kalsom yang kini berusia tujuh bulan. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin mengakui ia bukan tugas mudah. Dalam segala hal, dia perlu memikirkan pelbagai implikasi sebelum berbuat sesuatu. Namun, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu sangat bahagia menikmati setiap detik serta pengalaman baharu dipelajari.

Menurutnya, dia semakin cekap menjadi wanita serba-boleh. “Keluarga semestinya menjadi fokus utama dalam aktiviti harian sekarang. Saya sudah tidak boleh letak diri sendiri saja sebagai nombor satu pada masa sekarang. “Disebabkan itu, setiap masa yang terluang akan saya dedikasikan dengan mengurus keluarga. Hal itu mengajar saya jadi lebih penyabar dan paling penting pandai ‘multi-task’ dalam segala hal. “Seronoknya, saya kini boleh hasilkan ‘content’ kekeluargaan pada masa sama dalam kerja. Pandai membahagikan masa adalah kunci utama untuk cekap dalam kerjaya dan jaga keluarga,” katanya.

Mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirullah pada 2015, Nad kian peka dalam menjaga rapi hal peribadi keluarga. Baginya, tanggungjawab besar digalas untuk pastikan nama keluarga dijaga baik. Justeru, dia mengakui dirinya semakin berwaspada apabila berbuat sesuatu dalam kehidupan harian. Apatah lagi status selebriti memungkinkan segala perkara termasuk implikasi negatif berbalik padanya. “Berbanding zaman remaja dulu, kini saya perlu titikberatkan setiap gerak-geri dan percakapan kepada umum. Sebagai wanita berkeluarga dan ibu, amat penting untuk saya fikir masak-masak dalam lakukan sesuatu tindakan. “Saya paling bimbang kalau sedikit kesilapan mampu memberi implikasi tidak baik kepada anak-anak saya. Baik di media sosial mahupun di mana-mana, sekarang setiap perkara boleh ditular,” katanya.

Dalam kesibukan berkeluarga, Nad tidak pernah campur aduk peribadi dengan kerjaya seni. Lakonan masih dijadikan periuk nasi utama dan dia enggan status sekarang jadi alasan dalam kerjanya. Misinya sebagai pelakon masih sama seperti sejak awal pembabitannya dulu. Dia mahu pastikan tenaga serta kualiti kerja sentiasa pada tahap terbaik sebaik masuk ke set penggambaran. “Alhamdullilah, berkeluarga tidak jadi batasan pun untuk saya terus aktif berlakon. Saya memang tekankan untuk tidak pernah campur aduk dan mahu cemerlang dalam kedua aspek penting itu. “Sebelum keluar bekerja, saya akan persiapkan apa yang patut di rumah. Saya tidak mahu fikiran jadi tidak tenteram sebalik keluar dari rumah atau tengah bekerja. “Sebaik masuk set penggambaran, saya mahu fokus untuk berikan hasil lakonan paling bagus. Kena pastikan segalanya selesai dengan jayanya, barulah pulang rumah dengan rasa tenang,” katanya.

Profil lakonan Nad sememangnya tidak disangkal cukup kukuh dan dikenali sebagai pelakon berkualiti tinggi. Dia sudah membuktikannya dalam pelbagai drama dan bakatnya sentiasa dipuji. Bagaimanapun, tiada langsung rasa ingin mendongak wajah dengan pencapaian diraihnya itu. Sebaliknya, ia menjadi motivasi buatnya terus memburu tawaran watak yang lebih mencabar kemampuannya. “Tiada sekali pun terasa seperti misi saya sebagai pelakon sudah tertunai. Banyak lagi watak-watak diidamkan yang masih belum berpeluang untuk saya lakukan setakat ini. “Buat masa sekarang, saya mahu ketepikan imej watak wanita sedih, teraniaya dan seumpamanya. Saya mahu tonjolkan sisi lain corak watak yang belum penonton lihat boleh saya lakukan. “Itulah misi jangka masa panjang saya dalam lakonan sebagai anak seni. Saya dambakan watak seperti wanita ‘psiko’, imej baik tapi jahat, dan sebagainya yang mampu memberi impak kepada penonton,” katanya.

Dalam pada itu, Nad juga tidak menafikan terbit rasa mencuba bidang produksi sebagai pengarah atau penulis karya pada masa akan datang. Itu antara pelan jangka masa panjangnya sebagai anak seni. Menariknya, dia mendedahkan sudah pernah dirisik untuk mencuba bakat dalam belakang tabir. Cumanya, dia belum terbuka hati untuk ke arah itu kerana banyak lagi ingin diterokai dalam lakonan. “Saya ada menetapkan, pada usia 35 tahun ingin cuba buat skrip untuk program TV. Tapi untuk pengarahan, saya rasa masih belum ada keyakinan besar dan mahu bermula dari bawah dulu. “Ada yang sudah bertanya sekiranya berminat untuk lakukannya namun terpaksa tolak. Antara kerisauan saya adalah tawaran berlakon jadi kurang pula jika fokus bercanggah kepada produksi pula,” katanya. Nad kini sibuk dengan penggambaran sebuah drama berjudul Harith Fayyad untuk siaran slot Samarinda TV3. Dia bergandingan dengan Adam Lee dan Hafidz Roshdi dalam naskhah terbabit. Sumber, harian metro

Nad Zainal teruja masuk set selepas berkurung lama kerana pandemik, pelakon itu akan kembali dengan berlakon. Nad seronok dapat luang lebih masa bersama suami dan anak-anak sepanjang pandemik. PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini akibat pandemik Covid-19 sejak tahun 2020 memberi banyak hikmah kepada pelakon Nad Zainal. Menurut Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 30, sepanjang tempoh sukar itu dia dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan berehat menanti kelahiran cahaya mata kedua.

Meskipun timbul kebimbangan kerana tidak boleh keluar bekerja, Nad berkata dia memandang hal itu dari sudut positif. “Jujur saya cakap, pandemik ini sebenarnya mengajar kita untuk menghargai benda depan mata… kalau dulu selalu sibuk sampai kadang-kadang nak luangkan masa dengan keluarga pun susah. “Tapi disebabkan pandemik ini, saya dapat lebihkan masa dengan keluarga memang seronok sangat. Lagi pula ketika itu saya sarat mengandung, bersalin dan kemudiannya berpantang.

Nad bersama suami dan dua anak mereka. “Walaupun ada sedikit kerisauan memikirkan bila pandemik ni nak habis dan emosi pun bercampur baur kerana tak boleh nak bekerja, tapi saya cuba positifkan diri dan anggap ada hikmah atas apa yang terjadi,” katanya kepada mStar. Sebelum itu, menerusi Instagram pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini berkongsi rakaman video memaparkan momen menarik kehidupannya bersama keluarga sepanjang dua tahun berdepan pandemik. Tak boleh nak digambarkan betapa seronoknya dapat bertemu semula kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. “Inilah momen yang Nad akan simpan sampai bila-bila. Setiap saat bersama keluarga tak boleh dibeli dengan wang ringgit,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Selepas beberapa bulan berkurung di dalam rumah kerana PKP dan berpantang anak kedua, Nad meluahkan rasa syukur akhirnya dapat kembali semula ke set penggambaran. “Sejujurnya memang happy apabila dibenarkan bekerja semula, hati ni terlalu rindu nak masuk set penggambaran tapi dalam masa sama kita kena akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Apabila dapat bekerja semula saya rasa lebih menghargai pekerjaan kita ini, memang buat sehabis baik, all out sebab dah terlalu lama kita terperuk di rumah. “Tak boleh nak digambarkan betapa seronoknya dapat bertemu semula kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Mereka ini pun sebahagian keluarga saya,” ujarnya. Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim kini berusia enam tahun dan Budi Kalsom yang dilahirkan pada 30 Mac tahun lalu. Sumber, mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.