Dah berkawan dari muda lagi, sekali Syuraa dedahkan yang dia dah maafkan Nana

artis

Penyanyi, Syura Badron, 35, yang berdepan saman daripada penyanyi, Siti Nordiana sudah memaafkan segala persengketaan di antara dia dan penyanyi itu. Syura berkata, walaupun hatinya berlapang dada memaafkan sahabat yang dikenali sejak berusia 13 tahun itu, tetapi untuk melupakan segala  hal yang terjadi masih sukar “Sebagai manusia siapalah kita untuk tidak memaafkan orang lain. Saya dengan Siti Nordiana bukannya kenal setahun dua. Kami kenal sejak usia saya 13 tahun, manakala dia berusia 15 tahun. “Sudah lama kami berkawan dari zaman remaja lagi. Jadi, bila kawan-kawan ada buat masalah sudah tentulah memaafkan itu sentiasa ada dalam hati, tapi untuk melupakan itu bagi saya terlalu peribadi,” katanya.

Menurut Syura, dia bersama empat lagi rakan yang turut berdepan saman iaitu penyanyi, Lan Solo dan isterinya Nur Sheila; Pegawai Perhubungan Awam FMC Music, Sam Musyadzafar dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad sudah cuba untuk menjernihkan hubungan persahabatan dan cuba untuk berdamai ketika proses mediasi, namun gagal menemui jalan terbaik. “Nak berbaik perlukan persetujuan kedua-dua belah pihak. Jadi, kami sudah terbuka untuk selesaikan perkara ini. Sebab itulah adanya proses mediasi dan sewaktu sesi itu dijalankan kami sudah luahkan segala-galanya. Namun, nampaknya kami tak dapat kata sepakat daripada kedua-dua belah pihak.

“Apabila tak setuju dan kes masih berjalan jadi kami teruskan saja. Namun, kalau kata sudah memaafkan atau memohon maaf, saya secara peribadi sudah memaafkan segala apa yang terjadi. “Cuma daripada pihak dia saya tak tahu macam mana. Apapun saya harap peminat dapat mendoakan bukan hanya saya tapi untuk pihak dia juga. Mudah-mudahan kami dapat keputusan yang baik untuk kedua-dua belah pihak,” katanya. Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan itu bermula apabila penyanyi itu memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos lalu.

Dalam saman terbabit, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan. Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah. Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu. Kes saman ftnah membabitkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengar di Mahkamah Tinggi. Sumber, Harian Metro

Kali Ini Siti Nordiana Pula Tunaikan Umrah, Ramai Rakan Selebriti Dan Peminat Doakan Urusan Ibadah Umrah Siti Nordiana. Kali ini Siti Nordiana pula tunaikan umrah. Ramai rakan selebriti dan peminat doakan urusan ibadah umrah Nana dipermudahkan Dalam pada artikel ini ditulis penyanyi jelita dan berbakat, Siti Nordiana atau lebih mesra di sapa Nana kini telah berangkat ke tanah suci bersama anak lelakinya Mohd Rayyan Nakhaie dan mengerjakan ibadah umrah. Menerusi muatnaik Nana di Instagram nya semalam, penyanyi ini berkongsi berita keberangkatannya ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Mohon Doa Dapat Umrah Yang Mabrur, Pelatun lagu Angkara ini memohon agar orang ramai mendoakan diri dan anaknya mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan urusan ketika di sana. Dalam pada masa yang sama, Nana juga memohon maaf jika ada melakukan silapan kepada sesiapa.“Bismillahirrahmanirrahim, InsyaAllah Nana dan Rayyan akan berangkat mengerjakan Umrah, Doakan kami mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segalanya, Ampun maaf kalau ada salah dan silap dari kami” tulisnya. Rakan artis dan peminat titip doa. Muatnaik penyanyi tersebut mendapat banyak respon dan komen dari rakan artis, kenalan rapat dan peminatnya, rata-rata mereka mendoakan agar urusan ibadah umrah selebriti tersebut dipermudahkan urusan sepanjang menunaikan umrah.

Ini apa yang dititipkan oleh rakan artis “Semoga dipermudahkan” ucap Tomok. “Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan urusan dan beroleh kemanisan suci” kata Fedtri Yahya. “Semoga Allah permudahkan segalanya.. Yang baik-baik semoga semuanya mudah @sitinordiana” komen Shuib. “Jaga diri kak Nana”. “Amin amin. Moga Allah permudahkan segala urusan ibadah umrah kak Nana dan Rayyan. Moga mendapat umrah mabrur amin”. “Moga dikurniakan kesihatan yang baik dan dimudahkan urusan untuk beribadah” komen peminat. Semoga Siti Nordiana dan Rayyan memperoleh ibadah umrah yang mabrur di tanah suci. Sumber, murai.my

Tular Satu Video Siti Nordiana Pilih Baju Kahwin. Sekali Ada Pulak Warganet Yang Cuba Jodohkan Dengan Shuib. Selepas lima bulan pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin, pelawak Shuib Sepahtu mendedahkan dirinya ada mengenali seseorang.Bagaimanapun Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, berkata, hubungan itu masih terlalu awal dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah. “Ya ada kenal orang baharu, tapi hanya berkawan dahulu buat masa sekarang. Saya tak berani nak cakap. Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah.“Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tudung Loveta X Anzalna yang diadakan di Hotel The Ruma, Kuala Lumpur.

Tiada angin tiada ribut, nama penyanyi Siti Nordiana atau Nana pula yang menjadi sebutan sehingga ada yang mengatakan sesuai untuk dijadikan isteri Shuib. Semuanya gara-gara sebuah video seorang pereka fesyen yang memaparkan Nana hadir untuk menempah busana dengannya dan sempat berseloroh, adakah baju itu baju untuk kahwin. Video yang dikongsikan di aplikasi TikTok dan media sosial yang lain itu menjadi bualan warganet sehingga ada warganet membuat spekulasi sendiri. “Dengan Shuib ke?” soal seorang warganet. https://youtu.be/GWo3VMX0yqg

“Macam sesuai dengan Shuib,” komen seorang pengguna TikTok. Warganet pula yang sibuk mengenai wanita mana yang sesuai dengan bapa tunggal kepada empat orang anak itu. Tidak kira siapa pun wanita tersebut, asalkan boleh membahagiakan Shuib. Terdahuli, Shuib berkata ibunya juga ada bertanya mengenai pengganti. Katanya jika dia mahu mencari jodoh perlulah mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anaknya. “Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya dengan anak empat. “Jika mahu mencari jodoh perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tidak okey memang tidak akan jadi. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh lima bulan yang dikatakan masih terlalu awal untuk membicarakan soal jodoh, Shuib menjelaskan, dia tidak perlu mengambil kira pandangan orang lain selain ibu dan keluarganya sahaja. “Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria-ria sedih sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh. “Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depresi siapa yang hendak tanggung. Jadi saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak sangat pendapat orang. Kredit, HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.