Pu Riz bagi tips untuk rumahtangga, sekali ramai yang bengang bila dia bagi ayat macam ni

artis

Siapa yang tak kenal dengan pasangan selebriti suami isteri Neelofa dan PU Riz. Selepas mereka berkahwin atau dengan ayat lain hari pertama mereka diijabkabulkan sudah ada kontroversi. Neelofa dan PU Riz menjadi tumpuan warganet dari media sosial. Segala tindak tanduk mereka diperhatikan. Sekiranya ada satu perkara yang tidak sedap didengar atau dipandang oleh warganet sudah pasti isu itu akan menjadi tular dalam sekelip mata. Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan suami, Neelofa iaitu pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail tular di Twitter. Menerusi video itu, PU Riz sedang sedang memberikan tip dan mengulas tentang isu rumah tangga. Namun, kenyataan PU Riz menimbulkan rasa kurang senang warganet.

“Rumah saya bayar, barang mentah saya sediakan, tapi kalau tak ada orang nak masak? Takkanlah saya pulak yang kena angkat beras, takkan saya pula kena belajar?” katanya. Pengguna Twitter yang memuat naik video tersebut turut mempersoalkan mengenai kelayakan PU Riz sehingga dipanggil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai salah seorang speaker. Tidak kurang juga, ada warganet yang mengkritik PU Riz itu yang dikatakan tidak boleh bertolak ansur dengan isteri sendiri, tidak kurang juga ada yang mempersoalkan mengapa selebriti popular itu memilih pendakwah berkenaan sebagai suami. Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah, PU Riz pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu. Sumber, Rotikaya

Ramai Tertanya Wajah Bilal, Neelofa Dedah Sebab Sebenar Kenapa Tak Nak Tunjuk Wajah Anak.

Pelakon terkenal Neelofa kini mempunyai alasan tersendiri yang kukuh kenapa dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya di khalayak ramai. Ianya hanyalah sebab dia juga belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya sediri daripada terkena sakit ‘Ain (gngguan disebabkan pndngan). Malah menurut Neelofa sendiri, tumpuan orang ramai adalah lebih kepada mereka berdua lagi-lagi kedua-dua ibu bapa Bilal adalah seseorang yang ternama di dalam industri seni. “Saya dari dunia seni dan ayah Bilal juga terlibat dalam dunia yang sama walaupun arahnya berbeza. Mungkin fokus orang nak tengok tu lebih. Kita cuba nak elakkan ‘Ain sebab kita tak tahu. Saya sendiri pun tak kuat untuk buat amalan-amalan untuk melindungi anak kami. Katakanlah sakit ‘Ain terkena pada budak-budak, mak-mak mereka yang pening kepala nak menjaga nanti. Jadi kami pun ambil langkah yang selamat untuk menghindari perkara tersebut,” jelasnya ketika ditemubual.

Neelofa ditemui pada majlis Mushaf Musolla dan Mushaf Mufiq edisi khas pertubuhan Kasih Neelofa yang diadakan di Kompleks Kesenian Islamik Antarabangsa Selangor, Shah Alam sebentar tadi. Tambah wanita yang turut bergelar ahli perniagaan itu lagi, dia agak tertekan apabila menerima banyak DM (direct messege) daripada pengikut yang mahu melihat wajah anaknya. “Untuk mereka yang tidak ada dalam industri seni ni, tak terlibat dengan dunia hiburan, mungkin lebih senang. Perhatian orang pada mereka ni tidak sebesar ini. Saya dapat DM hari-hari yang kata nak tengok, nak tengok, saya pun jadi stress. Saya pun tak boleh nak cakap apa sekarang tapi dengan dunia sekarang, kita ada media sosial, tapi nak confirmkan yang saya tak akan kongsi wajah Bilal tu, tak jugak.“Cuma buat masa sekarang, saya tak letak anak saya untuk tatapan umum lah. Saya rasa itu yang terbaik buat masa sekarang,” ujarnya lagi. Sekadar info, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022. Sumber, Gempak

Ada Yang Tanya Tentang Cara Nak Menegur Orang Terdekat Yang Belum Tutup Aurat, Terkejut Ini Pula Jawapan Dari Lofa. Umum tahu, pelakon jelita, Izara Aishah merupakan rakan baik kepada selebriti terkenal, Neelofa sejak mereka berusia 15 tahun lagi. Lebih menarik lagi apabila kedua-duanya menyertai serta terpilih sebagai finalis program Dewi Remaja pada tahun 2009. Menerusi video Live di Instagram yang dimuat naik semula oleh Ainun Umirah di TikTok, memaparkan kedua-dua selebriti tersebut membuat sesi perkongsian yang menarik perhatian warganet. Izara sempat bertanya kepada Neelofa mengenai cara untuk menegur adik-beradik jika mereka masih belum menutup aurat dengan memberi gambaran jika dirinya adalah adik kepada Neelofa, bagaimana selebriti berusia 33 tahun itu menasihatinya.

Macam mana Kak Lofa nak bagi nasihat kepada orang tentang aurat. Macam mana kalau saya adik awak yang belum tutup aurat lagi kan macam mana awak nasihatkan. Walau bagaimanapun, Neelofa mengakui bahawa dia berasa takut untuk menjawab soalan berkenaan kerana dirinya masih memiliki banyak kekurangan, namun dia hanya menekankan bahawa ia adalah perkara yang wajib dan tidak boleh dikompromi. Alamak takutnya nak jawab soalan ni. Kalau i jawab tak betul nanti mesti ada yang kata ‘kenapa jawab macam ni’.

Tapi kalau i ada adik, ye lah kita harus lah saling nasihat-menasihati even sekarang Lofa banyak adik. Kita tegur tapi kita tak ada lah perfect dan banyak kekurangan. Kalau nak sebut tentang aurat ni, sebenarnya pasal aurat ni tak boleh nak bawa berbincang. Tak boleh minta kurang. Benda ini adalah suruhan Allah yang perlu kita ikut. Ada sesetengah orang kata, pakai tudung tapi bercakap kotor, perangai tak elok tapi sebenarnya letak tepi dulu benda-benda yang boleh diperbaiki tu dulu. Buat benda yang wajib apa yang Allah suruh. Klik sini untuk tonton video.

KETIKA di kemuncak popularitinya, selebriti, usahawan dan pengacara Neelofa tekad melakukan hijrahnya dengan memakai niqab. Keputusan itu turut mendapat sokongan peminat, malah ada juga warganet yang mengkritik, namun itulah lumrah kehidupan seorang selebriti yang tidak dapat lari daripada gosip sama ada positif atau negatif. Perkongsian berita gembira itu turut mendapat sokongan positif ibu artis cantik anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu, Datin Noor Kartini yang turut berkongsi sebuah video menunjukkan penampilan terbaharu anaknya itu.

Ibu Neelofa juga mengucapkan syukur dan amat gembira dengan perubahan anaknya itu. “Masya-ALLAH Ya ALLAH aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untukku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku,” ungkap Datin Noor Kartini terhadap perubahan anaknya itu. Neelofa turut memuat naik foto terbaharu dirinya pada 15 Oktober lalu di laman sosial Instagram dengan penampilan baharu yang mendapat pujian ramai. Neelofa menuliskan isi hatinya terhadap penghijrahan yang baharu dilakukan. Dalam dua perenggan tulisan yang dimuat naik, Neelofa mengaku dirinya kini memilih untuk berniqab. “Doakan saya insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari,” tulis Neelofa. Sumber, ainun.umirah

Menantu Dedahkan Perangai Sebenar Tokti, Sampai Lofa Pun Kagum Bila Tahu Rupanya Ini Perangai Datuk Siti. Umum diketahui, pelakon dan selebriti jelita iaitu Neelofa dan Izara Aishah merupakan sahabat yang sudah lama. Malah difahamkan, sebelum pencarian Dewi Remaja 2009 yang disertai mereka lagi, kedua-dua selebriti jelita ini sudah mengenali antara satu sama lain. Jadi melihatkan kedua-dua selebriti terbabit membuat live di Instagram bersama mengundang mereka nyata menjadi tumpuan dengan pantas oleh peminat mereka. Terdapat juga beberapa momen IG live mereka itu jadi tumpuan semula di aplikasi, TikTok selepas dikongsikan namun penampilan mereka cukup dikagumi ramai.

Menerusi perkongsian semula di aplikasi TikTok, atas nama seorangnur ini juga turut mendapat perhatian oleh warganet yang mana Neelofa berkongsikan rasa kagumnya terhadap penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut popular dengan panggilan Tokti. Umum diketahui juga, Tokti merupakan ibu mertua kepada Izara Aishah dan dia dilihat turut menjawab pertanyaan daripada Neelofa mengenai sikapnya. Ternyata perkongsian video-video yang dikongsikan semula itu turut masuk ruangan fyp atau for your page di aplikasi popular tersebut yang mana kedua-dua selebriti jelita itu juga menerima pelbagai pujian daripada warganet. Klik sini untuk tengok video. Sumber, HCL

Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Anak Buat Ramai Yang Dah Sabar. Bibir Dia Tu Mungil Macam Neelofa. Selepas selamat melahirkan bayi sulungnya pada 29 Januari lalu, kini peminat begitu teruja untuk menantikan usahawan, pelakon dan pengacara, Neelofa untuk tampil berkongsi wajah putera kesayangannya, Muhammad Bilal selepas hampir tamat tempoh berpantang. Ternanti-nanti kemunculan Bilal di Instagram Uminya, kini wajah Bilal hanya dilihat sipi-sipi sahaja bila mana Neelofa mula berkongsi beberapa keping gambar Bilal biarpun tidak sepenuhnya. Melalui Insta Storynya, sesekali Neelofa turut berkongsi putera kesayangannya dan suami.

Tulis Neelofa melalui salah satu entrinya, biarpun duduk serumah namun rindunya pada Bilal takkan pernah padam. “Duduk satu rumah pun boleh rindu dekat budak kecik ni,” tulisnya.Menerusi entri berlainan pula, Neelofa turut berkongsi sekeping gambar Bilal yang dilonggarkan bedungnya. Sudah semakin membesar dan berisi. Comel! “Bedung ala-ala. “Masyallah geramlah dengan Bilal ni,” kata Neelofa. Dalam pada itu, perkongsian wajah sipi-sipi Bilal itu sudah semestinya membuatkan peminat selebriti cantik jelita ini begitu teruja malah turut memuji wajah comel Bilal biarpun tidak nampak sepenuhnya.Kata wargamaya, Bilal memiliki bibir mungil seperti ibunya malah memiliki kulit putih melepak seperti Abah dan Uminya. Comel sungguh.

“Yeay lofa dah tunjuk sikit… bibir Bilal.” “Mesti handsome macam abahnya..” “Masya Allah comelnya, mix ummi abah, putih merah, pipi bam bam, mulut mungil, dagu tu nampak macam abah dialah.” “Mulut macam mulut ummie lah. Comel walaupun nampak sipi-sipi je…” Terdahulu Neelofa selamat melahirkan putera sulungnya pada 29 Januari yang lalu dan kini hampir tamat tempoh berpantangnya selama 44 hari. “Dia ingat berpantang seronok macam pergi spa, sauna dan berurut, rupanya tidak…,” demikian perkongsian ibu selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed mengulas keadaan anaknya yang memperlihatkan diri seakan berada penjara ketika menjalani tempoh berpantang dalam perkongsiannya menerusi hantaran dalam Instagram, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Kartini berkongsi, Neelofa dalam keadaan baik dan sudah mula menyesuaikan diri. “Neelofa, seorang yang aktif, jadi mungkin banyak merasakan pertukaran fasa baharu apabila terima kena duduk rumah dan tidak melakukan pelbagai perkara lagi. “Semua ini ambil masa sekejap sahaja. Tetapi, sekarang saya sudah nampak Neelofa semakin memahami dan cepat belajar. Alhamdulillah,” katanya kepada BH Online. Tambah Kartini, dia meluangkan masa antara empat hingga lima jam melawat Neelofa di rumahnya setiap hari bagi memberikan sokongan dan tunjuk ajar. “Neelofa berpantang di hospital selama seminggu, kemudian balik rumah saya lebih kurang seminggu. Sekarang ini, dia berada di rumahnya sendiri. “Saya faham apabila dalam pantang, kita mahu duduk di rumah kita kerana lebih selesa.

“Jadi, setiap hari saya ke rumahnya. Walaupun Neelofa sudah ada pengalaman menjaga anak-anak saudara, tetapi ia tidak sama apabila alami sendiri. Masih banyak perlu belajar. “Sebagai ibu, saya kena selalu berpesan memakai stoking tebal-tebal, duduk melunjur dan banyak lagi. Memang selalu kena ingatkan. Kita mengandung sembilan bulan dengan berpantang satu bulan, jauh bezanya. Tempoh berpantang adalah masa yang susah,” katanya. Namun, Kartini bersyukur cucunya, Muhammad Bilal Muhammad Haris senang dijaga dan tidak banyak meragam. Kartini turut menyatakan, dia menyerahkan keputusan kepada Neelofa berkongsi gambar cucunya kepada umum. Katanya, sehingga kini, dia tidak pernah bertanya kepada anaknya kerana ingin menghormati privasi dan pilihannya.

“Saya tak pernah tanya soal ini. Sebenarnya, keluarga terdekat di Kelantan pun tidak menerima gambar Bilal. Mereka minta pun, kami tak bagi. Dan, saya sendiri tak ambil gambar. “Neelofa akan menghantar gambar Bilal setiap hari, tetapi saya tidak akan bertanya bila nak tunjuk atau sebagainya. Saya beri Neelofa ruang buat keputusan. “Saya hormat pilihannya dan tidak bertanya kenapa. Bagi saya, kalau tak tanya pun kami sudah faham kenapa. Jika diikutkan, saya pun banyak benda nak tanya, tetapi saya fikir tak mengapalah kerana itu kehidupannya. “Saya percaya ramai bertanya bila Neelofa mahu kongsi wajah Bilal. Jadi, sebagai ibu saya kurangkan pertanyaan perkara sedemikian,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.