Nabil Ahmad ambil masa buat isteri mengerti tujuan dakwahnya, Pelawak ini mengaku dahulu diri jauh sasar dari agama

artis

Umum mengetahui tentang pelawak, pelakon, dan pengacara Nabil Ahmad. Kini Nabil memberi sedikit perkongsian tentang kehidupan sekarang. Nabil sering ingatkan isteri tentang perjuangan Nabi menyebarkan dakwah. Pernah melalui zaman jahil, pelakon Nabil Ahmad berkata dia kini berusaha menebus kembali ibadah wajib yang pernah ditinggalkan dahulu. Dalam usaha itu, Nabil, 39, berkata, dia kini mengamalkan solat 17 rakaat pada setiap pagi sebelum masuk waktu Subuh bagi menggantikan ibadah wajib itu.”Ketika awal sertai usaha sebarkan dakwah, saya memang seorang yang jahil, mengaji al-Quran pun tidak pandai.

Katanya lagi “Sering mendengar azan namun tidak ke masjid, tapi sekarang ini Allah berikan saya rasa kemanisan dalam Islam. “Saya cuba untuk solat 17 rakaat sebelum Subuh bagi menggantikan semula waktu solat yang tertinggal. “Bagaimanapun seorang sahabat nasihatkan agar tidak terlalu memaksa diri. Apa yang penting adalah istiqamah,” katanya kepada mStar. Solat 17 rakaat yang dimaksudkan Nabil itu ialah solat fardu lima waktu iaitu Subuh (2 rakaat), Zohor, Asar dan Isyak masing-masing empat rakaat dan Maghrib (3 rakaat).

Dalam usaha berkongsi kebaikan, Nabil memberitahu cabaran yang paling sukar adalah membuatkan isterinya, Nazirah Ayob faham setiap kali meninggalkan rumah dengan tempoh masa yang lama.”Antara ujian yang saya hadapi sepanjang usaha dakwah ini adalah untuk buat isteri sendiri faham.”Maklumlah kalau dahulu saya sering menghabiskan masa bersama keluarga di rumah jika waktu cuti, tetapi sekarang ini lebih banyak keluar dan tinggalkan keluarga untuk tempoh lama.

Antara ujian yang saya hadapi sepanjang usaha dakwah ini adalah untuk buat isteri sendiri faham keadaan saya, “Saya ingatkan isteri bahawa ini adalah pengorbanan untuk bantu kita semua di akhirat nanti. Semoga Allah memberi ganjaran dengan pengorbanan yang sedikit ini,” jelasnya. Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah Ayub pada September 2011 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 10, Leyla Medina, 7, dan Mishall Imani, 3.

Selain itu, Nabil baru sahaja melancarkan restoran pertama miliknya bersama Saharul Ridzwan. Dalam masa sama, Nabil juga memanfaatkan sebaik mungkin pentas pengacaraan sebagai medium untuk dia berkongsi kebaikan kepada penonton. Justeru tiada istilah untuk dia berhenti daripada terus mengendalikan program berbentuk hiburan seperti mana yang dilakukannya sekarang ini. “Tidak semestinya dengan perubahan sekarang ini saya perlu tinggalkan pekerjaan yang saya dah lama buat. “Saya boleh selitkan zikir-zikir mudah ketika mengendalikan program. Itu antara salah satu cara untuk sampaikan dakwah. “Selain itu saya anggap diri saya sebagai wakil golongan orang berdakwah yang tidak berpeluang untuk keluar TV,” katanya. Sumber, mstar

Anggap Ini Ujian Buat Kawan Sendiri, Sekali Ini Pula Respon Dari Nabiil Buat Ramai Yang Terdiam. SEDIH melihat rakan artis dikritik, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menganggap apa yang berlaku terhadap Zul Ariffin berkaitan kontroversi klip video tak senonoh adalah ujian buat aktor itu. Mengakui apa yang terjadi sebagai sesuatu yang salah, namun Nabil, 39, berkata kritikan dan hentaman secara berterusan tidak seharusnya berlaku. Malah, Nabil berharap orang ramai tidak terikut-ikut dengan sifat iblis yang terus menghentam dan mencari kesilapan orang lain. “Saya melihat ia sebagai satu ujian buat Zul. Allah akan menguji orang-orang yang beriman. Kita harus melihat dari perspektif sebegitu.

“Sepatutnya lebih banyakkan berdoa dari terus menghentam apabila perkara ini berlaku. Kita kena buang sifat iblis yang ada dalam diri. “Janganlah kita asyik nak cari kesalahan orang lain,” katanya kepada mStar. Nabil ditemui ketika majlis pelancaran restoran pertama miliknya iaitu Human Gang yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Dalam pada itu, kata Nabil, perkara yang berlaku ini juga menjadi satu peringatan buat dirinya bahawa dunia kita menuju ke akhir zaman. Justeru itu katanya, daripada terus menuding jari meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak, lebih baik persiapkan diri dengan amal kebaikan.

“Saya jadi takut apabila orang mula marah dengan keadaan yang telah berlaku kerana fikirkan akhir zaman semakin menghampiri kita. “Apabila benda ini berlaku lebih baik kita siapkan diri sendiri dengan amal dan kebaikan daripada terus menghentam orang lain,” jelasnya. Seperti yang kecoh diperkatakan sebelum ini, Zul menerima kecaman hebat selepas memuat naik video klip aksi ghairah di laman sosial miliknya pada Jumaat lalu. Pelakon filem Sangkar ini kemudiannya memadam klip tersebut dan memohon maaf atas tindakan yang menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat negara ini.

Sementara itu, berkongsi tentang pelancaran restoran Human Gang ni, Nabil berkata, ia merupakan kerjasamanya bersama pelakon Saharul Ridzuan dan dua lagi rakan kongsi. Restoran ini menyajikan hidangan barat dengan citarasa tempatan sesuai untuk dimakan seisi keluarga. “Saya bertemu Saharul ketika pertama kali dia terlibat dalam satu program bersama rakan-rakan tabligh. “Kami berbual dan dia juga menyuarakan minat sama untuk berniaga. Banyak perancangan kami, tetapi akhirnya inilah yang menjadi kenyataan iaitu sebuah restoran bersama,”ceritanya. Sumber, MSTAR ONLINE

Nanti mati, isteri, kasut, semua kita tinggalkan. PETALING JAYA – “Saya dah beli lama kasut ini sekitar empat tahun lepas, tak sangka sekarang harga dia dekat RM12,000.” sekarang.Demikian komen daripada pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad yang mencuri perhatian netizen apabila menggayakan kasut berjenama, Air Jordan 1 Retro High OG Chicago pada konsert suku akhir Gegar Vaganza kelapan (GV8) hujung minggu lalu. Kata Nabil, 38, waktu dibeli, kasut berkenaan harganya hanya sekitar AS$500 (RM2096) dan dia langsung tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk barangan berjenama miliknya. “Saya tak tahu pun kasut yang saya pakai menjadi cakap-cakap orang dalam media sosial dan saya tiada niat nak menunjuk-nunjuk apa yang saya pakai. “Kebetulan awak telefon baru saya tahu orang sibuk bercakap tentang kasut yang saya gayakan. Dah lama beli sebenarnya kasut berstatus ‘Hypebeast’ ini. Dulu beli murah je tiadalah sampai harga berbelas ribu,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Seloroh Nabil, isterinya, Nazirah Ayub, selalu menasihatkan dirinya agar berjimat cermat dalam berbelanja. “Kalau isteri tahu saya beli kasut sampai harga berbelas ribu, nahas saya (ketawa). Dia akan cakap, daipada habis duit beli kasut mahal baik habiskan duit beli tas tangan untuk dia. “Inilah nasib seorang suami tapi yang penting saya memang tiada niat nak menunjuk-nunjuk kasut mahal atau apa sekalipun. Kebetulan kasut ‘kena’ dengan sut yang saya gayakan (malam itu), saya pun pakai sahaja. Tak sangka jadi buat mulut netizen,” katanya. Nasihat Nabil, tidak kira apa pakaikan atau segala perhiasan yang digayakan, semua ini hanya sementara dan janganlah bersifat taksub dengan jenama mewah.

Katanya lagi “Nanti kita mati, semua kita tinggalkan. Isteri, anak-anak, kawan-kawan dan kasut barangan mewah. Semua ini sementara sahaja dan janganlah diagung-agungkan. “Jumpa Allah nanti kita bawa iman dan amal untuk dihitung. Allah tak tengok kita pakai baju atau kasut jenama apa. Mungkin kedengaran klise orang dengar ini keluar dari bibir saya tapi itulah realiti sebenarnya,” ujarnya. Terdahulu, netizen pantas melakukan siasatan mencari harga pasaran kasut yang digayakan bapa kepada tiga cahaya mata itu di pentas GV8. Perkongsian seorang pengguna Twitter @HarmanHarison menjadi bualan apabila mendedahkan kasut berkenaan dianggarkan berharga RM11,919. Sumber, kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.