Kaki dah mula sakit beli barang anak pun dalam talian je, dalam diam rupanya tak lama lagi dah Mira Filzah nak melahirkan

artis

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah memaklumkan sudah mengalami beberapa simptom di akhir semester kehamilan. Dijangka bersalin awal Mei ini, Mira atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, memberitahu dia kini mengalami sakit belakang dan kaki yang semakin membngkk. “Sekarang pun dah sarat, kandungan usia dah masuk lapan bulan lebih saya dah mula rasa sakit belakang… kaki pun dah bengkk. “Namun sekarang saya masih lagi ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan sebelum fokus bercuti bersalin selepas 5 April nanti,” katanya. Mira bersama suaminya Wan Emir Mistar ditemui ketika Majlis Malam Women of Excelence Awards 2021/22 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur semalam.

Mira menerima anugerah Excellent Achievement Award In Entertaintemnt Industry dalam bahagian lakonan yang disampaikan sendiri oleh ibu mentuanya iaitu Datuk Mastura Tan Sri Datuk Mohd Yazid iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dalam acara malam tadi. Apabila ditanya mengenai persiapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya itu, Mira memberitahu ia masih belum selesai sepenuhnya. “Persiapan sebenarnya banyak benda belum selesai kerana masih sibuk dengan kerja. Jadi saya banyak tempah secara online sahaja. Tiada lagi keluar mencari barang.

“Bukan sahaja kerana bimbang akan virus Covid-19 sekarang… malah saya sendiri tak terhadkan untuk keluar. Cuma memang kekangan masa. “Dari segi persiapan mental saya tak banyak fikir sangat ada sahaja bersembang dengan kawan mengenai proses bersalin dan sebagainya selebihnya saya hanya berfikiran positif,” katanya. Sementara itu, suaminya, Emir memberitahu dia kagum dengan semangat Mira yang komited dengan kerja dan tanggungjawab meskipun sedang sarat hamil. “Dia seorang yang berkerja keras kadang-kadang tu risau juga.

Balik rumah bila dia mengadu sakit belakang dah sebagainya saya yang bantu mengurutnya dan sebagainya,” beritahunya. Tidak akan mengadakan sebarang acara baby shower atau gender reveal, Mira memberitahu jantina bayi akan didedahkan selepas selamat bersalin. “Kami tiada sebarang majlis untuk itu tetapi ada la buat makan-makan bersama keluar dan rakan terdekat sahaja. “Untuk jantina saya rasa lebih baik kami umumkan bila sudah selamat bersalin nanti,” katanya lagi. Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan.

Tahu Tahu Dah Nak Bersalin, Sekali Ini Tempoh Cuti Yang Mira Fiilzah Ambil Lepas Bersalin Nanti. Kejelitaan pelakon drama The Hotel ini memang tak perlu dipertikaikan lagi. Malah Mira Filzah makin cantik dan berseri-seri sejak bakal bergelar ibu tak lama lagi. Dalam diam, sudah 8 bulan usia kandungan Mira Filzah dan tak lama lagi isteri kepada Wan Emir Astar yang merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid ini bakal bergelar seorang ibu. NONA cuba mendekati Mira Filzah untuk bertanya khabar tentang dirinya. “Tak ada story sangat pun. Mira dah 8 bulan hamil so nothing much, tak ada penggambaran drama atau filem baru pun,” gurau Mira Filzah makin cantik dan terserlah seri ibu mengandung. Sebagai ‘mommy to be‘ sudah tentu Mira Filzah teruja dengan fasa kehidupan yang bakal ditempuhnya. Cerita Mira Filzah tentang persiapannya bergelar ibu, “Setakat ini sejujurnya tiada lagi persiapan yang Mira buat.

Mira tak beli apa-apa barang lagi kecuali hadiah daripada kawan-kawan dan klien. Tapi, Mira ada order barang online. Semua tu tak sampai lagi, should be by end of March insyaallah semua barang tu sampai,” tutur Mira Filzah. Wanita yang bakal berusia 29 tahun pada 2 April nanti juga akan mengambil cuti untuk menumpukan perhatian proses kelahiran anak sulungnya nanti. “Mira akan take a break bermula bulan April sebab kita dah mula puasa. Pertengahan April pula Mira dah cukup bulan (full term). Jadi, bulan April Mira tak ambil apa-apa photo shoot.

Semua endorsement engagement Mira terpaksa push forward ke bulan Februari dan Mac. Dua bulan kebelakangan ini Mira sangat-sangat sibuk dengan komitmen Mira sebab bakal bercuti termasuk bersalin dan berpntang nanti. Mungkin tiga hingga ke empat bulan Mira akan bercuti. Jadi dua bulan ini memang sangat pack dan hectic membuatkan Mira tidak fikir lagi pasal persiapan baby. Mira fokus untuk habiskan photo shoot serta iklan TV dan sebagainya,” ujar Mira Filzah lagi.

Tambahnya lagi, “Daripada segi persiapan lain Mira ada book antenatal class sebagai persediaan sebelum bersalin dan juga breast feeding class. Mira akan menghadiri kelas ini hujung bulan ini atau awal April nanti. Mira akan susun tarikh selepas selesai semua komitmen kerja,” kata Mira tentang persiapannya untuk bergelar ibu. Terdetik untuk bertanya Mira Filzah tentang kunjungannya ke klinik kiropraktik baru-baru ini. “Macam chiro tu, Mira nampak dekat Instagram the feed back is very good, very genuine and very legit. So, I think it’s a good place for one of the preparation untuk sebelum bersalin. Macam Mira, alhamdulillah sepanjang pregnancy tak ada alahan tak ada muntah-muntah, all good. Tapi bila dah masuk third trimester ni dah 8 bulan ni memang ada sakit belakang dan susah nak tidur. Mira tak ada buat yoga, jogging dan sebagainya. Banyak photo shoot dan duduk kat rumah. Kalau duduk kat rumah, duduk saja, baring, tidur, makan dan tengok TV apa semua.

So I think it’s good for me to have something untuk relaks kan otot dan sebagainya. Mira rasa probably everyone kalau yang tak mengandung pun pasti ada effect on the muscle, back pain, tulang dan sebagainya. Jadi Mira pergi chiro as one of my preparation and effort untuk proses kelahiran nanti. Hopefully dapat bantu Mira in term of naturally birth, insyaallah,” tutur Mira mengakhiri perbualan. Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Nona Teruja Teka Jantina Anak Mira Filzah. Kini Ramai Dapat Petunjuk Melalui Dekorasi Kek. Hiasan kasut bayi diatas kek buat peminat teruja meneka jantina anak pelakon jelita ini. Pelakon dan hos jelita, Mira Filzah kelihatan semakin berseri-seri apatah aura keibuan jelas terpancar di wajahnya. Baru-baru ini Mira dan rakan baiknya mengadakan pertemuan ringkas, bagi meraikan serta mendedahkan jantina anak (baby shower) di Dusun OpenHouse.

Mira Filzah terus laris selepas kahwin. Ketika solo dulu, orang tanya bila nak kahwin. Selepas kahwin tanya pula bila nak dapat anak. Perkara ini warganet akan sentiasa tanya dan persoalkan. Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan beritahu, saya akan kongsi,” kata pelakon popular, Mira Filzah. Mira, 28, yang berkahwin dengan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September tahun lalu berkata, apa yang tular sebelum ini kononnya nampak ‘baby bump’ sebenarnya tidak ada apa-apa. “Saya cakap baru lepas makan. Saya tak sedar pun. Baju yang dipakai itu jika dilihat dari tepi dalam keadaan ‘tie in’ akan nampak lain. Tak ada apalah,” katanya.

Mira berkata, walaupun sudah berkahwin, dia bersyukur kerana terus dihujani tawaran berlakon dan menjadi duta produk. Mira atau nama sebenarmya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, istilah populariti merudum selepas berkahwin adalah tanggapan masyarakat. “Kerjaya selepas kahwin, masih sibuk. Alhamdulillah, tawaran masih ada. Kadang-kadang terpaksa tolak. Tawaran menjadi duta pula semakin banyak. Murah rezeki selepas kahwin. “Saya banyak fokus menjadi duta tahun ini sebab duta ini selagi orang mahu, tawaran ada. Duta pula lebih besar. Jadi, saya fokus itu,” katanya. Ditanya sejauh mana penerimaan suami, Mira yang popular menerusi drama Pujaan Hati Kanda berkata, Wan Emir memahami tuntutan kerjaya itu.

“Selepas penggambaran dibenarkan semula, jadual pun padat hingga minggu ketiga Ramadan nanti, saya masih di lokasi penggambaran sedangkan sebelum ini saya sudah kosongkan. “Suami okay, dia faham. Saya sudah beritahu dia awal-awal mengenai jadual saya. Selepas sudah boleh menjalani penggambaran pun saya beritahu jadual sibuk sampai bulan puasa. Dia kata tidak apa. “Sekarang saya terbabit dalam penggambaran drama di Port Dickson. Ada masa duduk di sana dan ada masa balik ke Kuala

Leave a Reply

Your email address will not be published.