Nekad nak jual resort miliknya, sekali Datin Seri Haflin dedah harga buat ramai yang tergamam

ISU SEMASA

Isteri kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Datin Seri Haflin Saiful bakal menjual Villa Danialla Beach Resort miliknya yang terletak di Kandis, Jalan Tok Bali, Bachok Kelantan pada harga RM24 juta.Memetik laporan Sinar Harian, Haflin selaku Pengarah Urusan villa berkenaan membuat keputusan tersebut dengan berat hati memandangkan pembinaannya adalah hasil titik peluh ibunya, Datuk Siti Hamidah Hamat. “Saya akui saya sayangkan resort ini sebab ia mempunyai nilai sentimental yang tinggi melibatkan ibu saya.

Bermula dari tanaman pokok, hiasan, konsep, semuanya idea arwah,” katanya. Menurutnya lagi, keputusan untuk melepaskan pusat peranginan tersebut disebabkan beberapa alasan kukuh, antaranya kerana kekangan masa untuk menguruskan pusat peranginan berkenaan. Tambah Haflin, 39, pusat peranginan berkenaan perlu dikendalikan mereka yang berpengalaman dalam bidang perhotelan dan pelancongan supaya legasi resort itu dapat diteruskan dengan baik. “Villa ini terletak di kawasan yang sangat strategik di Tok Bali dan ia sudah dikenali ramai. Oleh sebab itu saya berharap pembeli tersebut dapat mengendalinya dengan sebaik mungkin selepas ini.

“Ini bukan satu keputusan yang mudah, namun saya berharap dengan keputusan ini, ia akan memberi lebih kebaikan kepada villa dan memberi manfaat kepada sektor pelancongan di kawasan ini,” jelasnya lagi. Villa Danialla Beach Resort dibina di atas tanah berkeluasan 3.4 hektar itu mempunyai 79 bilik, dua dewan dan satu kolam renang infiniti menghadap pantai. Tahun lalu, Haflin didakwa tak patuh kuarantin kendiri apabila dia dilihat keluar ke pantai villa tersebut selepas disahkan positif CVID-19. Sumber, GEMPAK

Vila sarat nilai estetika. Duduk seketika me­ngadap pantai sudah cukup memberikan seribu satu ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sepanjang masa mata disajikan dengan pandangan biru luas terbentang dan hempasan ombak pula menghiburkan halwa telinga. Paling bertuah lagi jika berkesempatan menginap di vila mewah lengkap dengan kemudahan hingga membuatkan anda lupa seketika beban tugas di pejabat. Mengimbau kembali kenangan awal November lalu ketika penulis mengikuti program Liputan Media Di Kelantan anjuran Kraftangan Malaysia, pengalaman itu tidak mungkin dilupakan.

Menginap pula di Villa Danialla Beach Resort Malaysia, Bachok yang sinonim dengan panorama lautan saujana indah mata memandang benar-benar menggamit rasa. Terletak 48 kilometer dari Kota Bharu, vila eksklusif itu menjanjikan kelainan yang anda cari selama ini. Tarikan bermula sebaik melewati pintu masuknya apabila landskap tropika dalam suasana desa melatari tanah berkeluasan 3.2 hektar itu. Menurut pengarah urusannya, Datuk Siti Hamidah Hamat, idea penataan landskap dan seni bina keseluruhan vila berkenaan dirancang rapi supaya keindahan alam semula jadi di sekitarnya dapat dinikmati tetamu sepanjang masa.

“Apabila lokasi penginapan terletak di tepi pantai, sudah tentu tetamu yang bakal tiba membayangkan panorama unik dengan idea binaan menarik, bilik selesa dan sedap mata memandang. “Mengambil kira keperluan itulah landskap tropika cuba diketengahkan selari dengan keadaan asal tanah ini yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan hijau,” kata wanita yang berpandangan jauh itu. Senario pagi dan petang juga diwarnai keriuhan gelagat ayam dan itik yang dibela di dalam reban. Anda yang pernah tinggal di desa satu ketika dulu pasti mengimbas kembali kena­ngan dan menjadi idea cerita untuk generasi hari ini.

Binaan beberapa vila penginapan yang berkonsepkan tradisional Melayu pula membawa identiti tersendiri seolah-olah menjadi simbolik pengenalan indahnya seni bina masyarakat kita kepada dunia. Penggunaan kayu balau, cengal dan meranti sarat dengan seni ukiran antara material utama untuk binaan vila itu, sekali gus memperlihatkan ‘perkampungan tradisional’ yang privasi. Ini kerana Villa Danialla tidak hanya menjadi lokasi penginapan percutian pelancong tempatan, malah turut menarik perhatian pelancong asing khususnya dari Russia. “Kami ingin berkongsi pengalaman indah di sini, saban waktu menghirup udara pantai dan beristirahat pula dalam vila yang sarat dengan nilai estetika.

“Mempunyai 96 bilik dalam 10 vila berbeza hakikatnya memberikan pengalaman menikmati suasana kehidupan desa di tepi pantai, tapi penuh privasi.“Ia terdiri daripada Villa Sarah, Villa Haflin, Villa Matahari, Villa Fatimah, Villa Hamat, Villa Zainab, Villa Ombak, Villa Russkaya, Villa Meriam dan terbaru Villa Dato Siti,” katanya. Villa Sarah mempunyai dua bilik tidur dan membawa anda bagaikan menginap di sebuah banglo tepi pantai yang jauh dari kesibukan kota.Bilik mandinya yang mempunyai pancuran batang buluh antara suasana kehidupan desa yang begitu dekat dengan alam.

Di Villa Haflin pula memberi peluang tetamunya bersantai di dalam bilik sambil menikmati pemandangan pantai di depan mata. Seindah namanya, Villa Matahari antara penginapan yang direka khas dengan pantulan cahaya matahari.Gazebo di luar sana pula turut menjadi lokasi istirahat sambil tidak terlepas mendengar hempasan ombak pantai. Bagi tetamu korporat, Villa Fatimah menawarkan 10 bilik gaya moden dan kontemporari sesuai. Dekorasi tradisional dan moden pula digabungkan pada Villa Hamat. Diinspirasikan daripada seni bina Perancis, Villa Zainab turut menawarkan dekorasi eksklusif. Villa Ombak pula antara penginapan paling sesuai buat tetamu yang datang bersama keluarga. Berlatarkan gaya kediaman Mediterranean, ia dilengkapi perabot yang menarik.

Nazri daftarkan anak sekolah di luar negara. Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, akan ke luar negara untuk membantu mendaftarkan persekolahan anaknya dan kembali sebelum Parlimen bersidang. Katanya, beliau sudah mendapatkan visa diperlukan daripada saluran ditetapkan dan mendapat pelepasan daripada Jabatan Imigresen. Memetik Free Malaysia Today (FMT), beliau berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan bila tarikh sebenar akan kembali dan akan berbuat demikian sebelum Parlimen bersidang.

“Saya perlu kuarantin selama 14 hari, jadi saya akan kembali sekurang-kurangnya 15 hari sebelum Parlimen bermula. “Tidak ada yang salah. Saya tahu seseorang dari Umno cuba untuk ke luar negara tetapi tidak dibenarkan kerana ada kes mahkamah untuk diselesaikan. Tetapi saya mempunyai pelepasan,” katanya enggan mengulas lanjut mengenai anaknya. Mengenai laporan beliau akan ‘bercuti’ selama dua bulan, Nazri menjelaskan, beliau hanya bergurau bila berkata demikian. Semalam, Nazri dipetik media tempatan berkata, dia akan tinggalkan negara ini selama dua bulan, dan hanya akan kembali dua minggu sebelum Parlimen bersidang semula untuk dikuarantin. “Hanya untuk berehat dan selepas itu saya akan kembali,” katanya.

Nazri Aziz positif Covid-19. Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif Covid-19. Mohamed Nazri ketika dihubungi berkata, beliau menjalani ujian saringan selepas menjadi kontak rapat Datuk Zaharin Mohd Yassin yang menghadiri sidang medianya pada 12 Januari lalu. “Saya mengalami batuk teruk dan pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan. “Saya mengambil swab test (ujian calitan) dan disahkan positif Covid-19 semalam,” katanya. Bekas Menteri Pelancongan itu berkata, beliau kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru, Kelantan dan stabil. “Alhamdulillah, saya okay. Saya tak ada simptom lain selain batuk. “Tak apalah saya duduk di hospital lama pun (untuk menerima rawatan),” katanya. Katanya, isteri, anak, pembantu rumah dan pemandu peribadinya akan menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

Pencalonan Nazri sebagai Duta Besar tidak selari dasar Switzerland. Kementerian Luar menafikan pencalonan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Duta Besar Malaysia ke Switzerland, ditolak negara itu. Kementerian Luar menjelaskan Mohamed Nazri tidak boleh menjadi Duta Besar ke negara itu kerana Switzerland menetapkan individu yang masih berkhidmat sebagai Ahli Parlimen tidak boleh menjadi calon jawatan berkenaan.”Ingin saya jelaskan di sini bahawa pencalonan Ahli Parlimen Padang Rengas tidak ditolak oleh kerajaan negara penerima.

“Bagaimanapun, ia adalah disebabkan pencalonan berkenaan tidak selari dengan dasar negara itu yang tidak menerima Ahli Parlimen yang masih berkhidmat sebagai calon Duta Besar,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang bertanya alasan sebenar Indonesia dan Switzerland menolak cadangan untuk Ahli Parlimen Padang Rengas dan Pasir Salak sebagai Duta Besar Malaysia ke negara berkenaan. Berhubung pencalonan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Kementerian Luar mengesahkan negara jiran itu masih mempertimbangkan cadangan berkenaan.

“Berhubung isu pencalonan Ahli Parlimen Pasir Salak pula, kementerian ingin menyatakan bahawa perkara itu masih dalam pertimbangan kerajaan negara penerima,” katanya. Terdahulu, Kementerian Luar memaklumkan pemilihan individu berkaliber dan mempunyai latar belakang yang bersesuaian adalah penting untuk diangkat sebagai calon Ketua Perwakilan Malaysia, sama ada Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi ke sesebuah negara. “Ini memandangkan Ketua Perwakilan yang dilantik memikul tanggungjawab yang besar sebagai wakil rasmi negara, di samping mengetengahkan dan mempertahankan kepentingan Malaysia di negara yang mereka ditauliahkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.