Iqbal kaitkan muka dia ada dalam MV Dato Vida, Sekali ini respon tuan badan

artis

Siapa tidak kenal akan usahawan sensasi kini. Kalini usahawan kosmetik Datuk Seri Vida tampil menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan sentimen agama bagi menyiapkan pusat tahfiz dengan mengajak orang ramai menonton video muzik lagu terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan. Menurut Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 51, niatnya menganjurkan program amal sambil berhibur itu adalah untuk menggalakkan orang ramai menyumbang dan bersama-sama mengumpul pahala akhirat. “Menunggang agama apa? Ini sebahagian kerja amal kami, apalah salah sambil menonton MV kita ajak orang ramai menderma dengan hulurkan sedikit sumbangan ke nombor akaun yang saya nyatakan. Sambil berhibur, kalau boleh hulurkan la sikit untuk pahala. InsyaAllah duit yang kita dapat daripada jumlah tontonan YouTube itu pun nanti kita akan sumbangkan.

Seterusnya Vida menyatakan “Ada juga cakap kenapa saya tak bagi sumbangan RM 400,000 secara terus kepada mereka”. Sejujurnya sebelum ini saya dah buat seorang diri, dah banyak sumbangan saya bagi, jadi tak salah sekarang ini saya nak ajak orang lain berjemaah sekali. “Saya dah bagi bahagian saya, jadi saya buka peluang untuk orang lain juga. Bagilah berapa pun nak menderma, yang penting niat kita. Kalau boleh kita letak sasaran nak kumpul sumbangan lebih dari kos MV. Tapi alahai sampai sekarang ni baru berjaya kumpul RM 1,300 sahaja. “Saya tak kisahlah orang nak cakap apa pun sebab kita buat MV ni dengan niat baik. Saya juga mahu sampaikan mesej positif kepada penonton. Kalau kita ikhlaskan diri, pasti jiwa kita akan tenang,” katanya ketika di hubungi.

Sebelum ini tindakan Vida mengajak orang ramai mengumpul saham akhirat dengan menonton MV lagu berkenaan mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak termasuklah pendakwah bebas PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak. Kata PU Syed, Vida tidak boleh menjadi seperti Robin Hood yang melakukan perkara kebaikan dengan cara yang tidak betul. Ujarnya, MV Ku Ikhlasan mengandungi unsur tidak baik dan mengajak orang ramai menontonnya adalah salah. Difahamkan Vida mahu mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz dan Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak.

Berikut menyatakan Muka Iqbal Kena Pangkah. Dalam pada itu, Vida turut menjawab dakwaan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal Zulkifli kononnya MV berkenaan ditujukan kepadanya. “Tak ada kena mengena dengan dia serabutlah saya. Sekarang ni dah sendu mulalah nak kaitkan nama saya. Saya dah malas nak layan dia, kalau dilayan makin menjadi nanti. “Fasal gambar dia dalam MV tu, saya pun tak tahu ada foto dia sebab itu semua disediakan oleh budak prop. Tajam pula mata dia tengok sedangkan saya pun tak perasan. “Malaslah saya nak fikir apa kata dia ini namanya sumpahan tak boleh popular, apabila dah popular mulalah lupa diri, asyik berbunyi sahaja sebab sekarang pun dah sendukan” ujarnya. Menerusi laporan pada Selasa, Iqbal mendakwa lagu dan video muzik Ku Ikhlaskan ditujukan kepadanya dan mempunyai kaitan tentang hubungan cinta tidak kesampaian mereka dahulu. Sumber, onlinemalaya.com

Ajai Dedah Tak Menyesal Bagi 5 Markah Untuk Iqbal Zulkefli. Terkejut Sekali Ds Vida Nekad Jumpa Ajai Depan Depan. PENTAS Big Stage 2022 yang membuka tirai pada malam Ahad menyaksikan pelbagai kejutan khususnya dengan kemunculan usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai salah seorang peserta. Nama Iqbal, 28, sebelum ini dirahsiakan oleh pihak Astro dan diuar-uarkan sebagai kejutan dan dia akhirnya muncul menyanyikan lagu Biarlah Bulan Bicara pada konsert minggu pertama. Bagaimanapun, seperti dijangka, persembahan pengenalan Iqbal mendapat komen panas daripada barisan juri.

Malah, juri tetap dan komposer Ajai memberi hanya lima markah dan menganggap nyanyian Iqbal kurang memuaskan. Iqbal membawakan lagu Biar Bulan Bicara “Saya bagi lima markah kerana dia bukan tone deaf. Kalau dia datang uji bakat mungkin tak dapat. “Ada sesetengah orang tidak boleh menyanyi tetapi orang suka. Mungkin dia adalah begitu,” demikian komen Ajai. Saya bagi lima markah kerana dia bukan tone deaf. Kalau dia datang uji bakat mungkin tak dapat. Dalam pada itu, Dato Vida telah bertentang mata dengan Ajai berhubung pemarkahan yang diberikan kepada Iqbal pada minggu pertama. “Bertentang Mata Dengan Juri Tetap Bigstage 2022 @byajai . Tergamak Bagi 5 Markah. Tapi @byajai Lebih Professional Tentang Perkara Ini. Bukan Backup Yer . NO NO NO

Semoga Minggu Ni Semua Peserta Boleh Buat Yang Lebih Baik Dari Minggu Lepas” kata Dato Vida. Sementara itu Datuk Siti Nurhaliza yang juga selaku juri tetap program itu seakan tidak percaya kemunculan Iqbal sebagai peserta tambahan. Beliau memberi sebanyak 25 markah dan berharap ahli perniagaan itu memberi persembahan lebih baik minggu hadapan. “Saya harap dia dapat beri kejutan pada minggu akan datang,” komen Siti. Ia secara tidak langsung menempatkan Iqbal di tangga tercorot dengan markah keseluruhan hanya 18.8 peratus. Namun penyanyi lagu Hujan ini layak ke minggu hadapan berikutan tiada penyingkiran dilakukan pada minggu pertama. Vida muncul sebagai Presiden Warganet dalam Big Stage 2022.Vida dilantik sebagai Presiden Warganet.

Manakala dua peserta lain di kedudukan terbawah adalah Syafiq Abdullah dan Megat Rahim. Bagaimanapun Megat tidak membuat persembahan berikutan masalah kesihatan. Minggu pertama Big Stage 2022 menyaksikan Aishah Retno menerima markah tertinggi, manakala tempat kedua Daniel Chuer dan Yasmin Aziz di tangga ketiga. Program nyanyian yang mengetengahkan bakat generasi baharu itu turut disertai oleh Lia Aziz, Tuah Azmi, Ajoi Zainal, Jerung Merah, Elicia Paujin dan Tegar Septian. Pembukaan minggu pertama dengan tema Game On dimulakan dengan pengenalan Aliff Aziz yang bertindak sebagai Juri Juara. Ajai selaku juri tetap memberi lima marka kepada Iqbal. Juri Juara merupakan juri jemputan dan mereka terdiri daripada selebriti yang pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro. Sementara itu, Mas Idayu diperkenalkan sebagai Juri Pedas yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta.

Manakala Datuk Seri Vida pula bertindak sebagai Presiden Warganet yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung. Program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Alif Satar. “Buang Je La Kalau Saya Tak Layak” Dikritik teruk kerana menyertai program nyanyian Big Stage, usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli mencabar juri untuk menyingkirkannya di konsert kedua Ahad ini. Mengakui diriya peserta paling teruk, Iqbal berkata dia bukan penyanyi sebenar serta menyerahkan nasibnya kepada juri. “Mungkin saya peserta paling teruk sepanjang empat musim, tapi bagi saya tak mengapalah. Buang je la kalau saya tak layak. Kalau saya tak layak tak mengapa, saya okay je. “Saya adalah usahawan dan bukannya penyanyi sebenar. Jadi jangan bandingan saya sebagai penyanyi dalam situasi ini,” katanya.

Ramai berpendapat penyertaannya dalam Big Stage seolah menutup periuk nasi penyanyi lain, Iqbal berkata itu adalah rezekinya dan orang ramai perlu menerima hakikat. “Kenapa saya terpilih? Itu adalah rezeki saya, kena terima itu. Bagi sesiapa yang nak sertai pandai-pandai la marketing diri sendiri dan cari peluang selain jaga attitude untuk orang panggil. Jangan pertikaikan saya, fikir untuk diri sendiri. Jangan ada sikap nak nafikan rezeki orang,” katanya. Dalam pada itu, Iqbal berharap orang ramai tidak salah faham kerana dia menerima tawaran menyertai Big Stage bukan untuk mencari publisiti. “Ini bukan tempat saya mencari publisiti, tolong jangan salah faham. Saua bukan masuk untuk dikecam sebab nak popular, saya bukan orang macam itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.