Balik Sabah membawa trofi bersama untuk diberikan pada Mak Ayah, Marsha akui pernah mengecewakan keluarga ketika di bangku sekolah

artis

Memang tak asing lagi dengan naib juara AJL36 ini. Kini penyanyi Marsha Milan akhirnya berkesempatan untuk pulang ke kampung halamannya di Sabah sambil membawa bersama trofi kemenangannya di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), baru-baru ini. Menerusi hantaran terkini di akaun Instagram, Marsha dilihat memuat naik sekeping foto dirinya bersama kedua orang tuanya sambil mengenggam trofi tersebut sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Sambil memberikan dedikasi, bintang program Akasemi Fantasia musim ketiga ini mendedahkan dia pernah membuat kedua orang tuanya berasa kecewa, sebelum ini memandangkan dia bukan terdiri daripada pelajar terbaik ketika di bangku sekolah.

Ini kata kata yang dititipkan dari Marsha ,“Came home and brought my trophies home for my mom n dad to see! I was never good at school and it was frustrating for me coz i felt like i was not good enough and let my mom n dad down. “Although My mom n dad tak tau sangat what Is AJL (walaupun beribu kali explain AJL ialah Anugerah untuk lagu yang terbaik hasil karya dari anak seni Malaysia…tetap mcm AJL?) “Tapi apa pun bila tunjuk my trophies the look on their face was just so precious indescribable feeling.. i love you mom & dad,” tulisnya.

Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka. Imbas kembali, Marsha memenangi kategori Persembahan Terbaik seterusnya Naib Juara AJL36 menerusi lagu Cinta hasilan komposer Akim Ahmad (Hang Nadim) dan isterinya, Stacy (Bunga Cantik). Pentas akhir AJL36 lalu dipancarkan dari Dewan Merdeka, WTCKL, Kuala Lumpur dan bersiaran langsung di TV3, pada 6 Mac 2022. Sumber, media hiburan

Persembahan Marsha Milan trending laman di YouTube. Persembahan Marsha Milan, 37, menerusi lagu Cinta pada Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36) lalu kekal di carta ‘trending’ dan nombor satu di YouTube. Video yang dimuat naik di saluran YouTube TV3 Malaysia Official itu sudah mencecah lebih 2 juta tontonan sejak 7 Mac lalu. Dalam masa sama, nyanyian Marsha itu turut mendapat perhatian ramai pengulas video dari luar negara yang membuat ‘video reaction’ persembahan itu. Marsha berkata, hingga sekarang dia masih belum boleh proses apa yang berlaku sepanjang AJL 36 itu. “Saya ada dengar persembahan saya ‘trending’ yang mana dalam tempoh sehari lebih satu juta tontonan, tapi sejujurnya masih belum boleh proses apa yang berlaku di AJL. Saya masih lagi terkesima. “Baru semalam dapat tengok semua video reaksi di YouTube.

Saya berasa terkejut dan dalam masa sama gembira. Saya sebenarnya masih tak boleh percaya apa terjadi. Apa pun, saya terharu dengan segala ucapan diterima,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Marsha, dia hanya mampu bersyukur kerana diberi kekuatan sepanjang membuat persembahan ekoran keadaan kesihatannya selepas dijangkiti Covid-19 buat kali kedua. “Saya bersyukur pada Allah. Saya hanya ada Allah saja pada waktu itu untuk berikan kekuatan pada saya. Kalau ikutkan saya banyak kali cakap nak tarik diri, tapi pada saat akhir saya cakap pada pasukan tak apa saya nak nyanyi juga. “Mereka cakap betulkah saya nak nyanyi sebab ketika itu saya positif. Saya cakap lagi pada mereka percayakan saya atau tidak.

Terus mereka cakap percaya. Jadi kami sama-sama percaya yang saya boleh buat. “Selepas letak telefon, saya cakap pada diri sendiri ‘gila kau ni Marsha, yakin cakap pada orang begitu padahal suara keluar angin angin saja macam mana nak nyanyi’. Tapi Allah ada, dipermudahkan persembahan. Walaupun saya berasa banyak yang saya tak puas hati dalam persembahan itu. Apa pun saya tetap bersyukur,” katanya. Pada AJL 36, lagu Cinta ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim serta lirik oleh Hang Nadim itu berjaya meraih tempat kedua selain Marsha dinobatkan pemenang Persembahan Terbaik. Sumber, harian metro

Marsha curah segala emosi dalam Cinta lagunya itu. Mempertaruhkan lagu Cinta pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36, Ahad ini, emosi Marsha Milan Londoh bercampur-baur antara kisah di sebalik single itu dan debaran bersaing di pentas berprestij buat kali pertama. Selepas 17 tahun bertapak dalam dunia seni, Marsha tidak menduga single Cinta ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik, membawa dirinya ke pentas AJL. Akui Marsha, lagu Cinta yang terpilih sebagai runut bunyi drama slot Akasia, Masih Ada Rindu sarat 1,001 kisah yang memberi pengertian tersendiri dalam kehidupan peribadinya. “Ada kisah di sebalik lagu Cinta yang dicipta Hang Nadim, iaitu nama pena bagi vokalis Majistret, Akim dan isterinya, Stacy.

Lagu ini diilhamkan daripada sebuah lagu dalam drama Korea dan dicipta khusus untuk saya. “Ketika merakamkannya, saya tidak fikir lagu ini akan ‘pergi’ sejauh ini (bersaing di AJL 36),” katanya kepada BH Online. Lebih menyentuh emosi, tambah Marsha, single Cinta dilancarkan kira-kira seminggu selepas pemergian bapa mentua, Mei tahun lalu. “Saya pula disahkan positif COVID-19 kira-kira dua minggu sebelum pemergian arwah bapa mentua pada 8 Mei. “Sebenarnya, ada perdebatan antara saya dan syarikat rakaman sebelum Cinta dilancarkan. Saya fikir, tidak sesuai lagu baharu dilancarkan ketika saya baru kehilangan insan tersayang,” katanya.

Tambah Marsha, dia mendengar lagu Cinta berulang kali sebelum memutuskan untuk melancarkannya.”Ketika berulang kali mendengarnya, saya mula berfikir hendak lancarkan atau tidak. Emosi lagu itu terbawa-bawa dengan pelbagai rasa ketika saya berdepan dugaan kehilangan bapa mentua dan disahkan positif COVID-19. “Lagu itu umpama berkait rapat dengan situasi dilalui. Ia bukan semata-mata cinta antara dua insan, sebaliknya, pengertian meluas dan universal. Semuanya sangat bermakna dalam diri. “Kalau saya fikir lagu itu boleh beri mesej positif, tidak mustahil ia dapat dirasai orang lain yang mungkin melalui rasa sama, tetapi dengan situasi berbeza.”Akhirnya Cinta dilancarkan awal Jun tahun lalu,” katanya.

Bercerita mengenai persiapan beraksi di AJL 36, Marsha berkata, dia bukan bertanding atas kapasiti diri sendiri, sebaliknya komposer dan pengkarya yang menghasilkan Cinta. “Saya tidak mahu hampakan mereka dan cuba sedaya upaya memberi persembahan terbaik. Terus-terang, saya tidak menaruh harapan untuk mana-mana kategori atau kedudukan. “Jadi finalis umpama mimpi jadi nyata. Tidak menang pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya menang di hati keluarga, peminat dan warganet,” katanya.

Sejak beberapa bulan lalu, Marsha gigih mengasah semula vokalnya. “Selepas dijangkiti COVID-19, doktor tidak menyarankan saya menyanyi untuk beberapa tempoh. Jika ingkar, kemungkinan peti suara saya rosak. “Ketika beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM36), saya gementar hingga rasa suara jadi berbeza antara rakaman dan ‘live’. Sangat mencabar,” katanya yang menggunakan khidmat guru vokal, iaitu Cikgu Shafi, Azrin Mohd Noor dan Matthew Mitty Gabu. Selain itu, Marsha menjaga stamina dengan melakukan yoga, joging dan latian kardio. “Saya juga perlu jaga kadar denyutan jantung agar boleh menyanyi dengan baik. Selain itu, saya perlu peka dengan proses penerbitan acara, pentas dan sebagainya,” katanya. Sumber, berita harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.