Sedihnya bila hari pertama sekolah ada murid yang kongsikan tentang kehilangan ibu bapa, rupanya ini punca kehilangan ibu bapa murid tersebut

ISU SEMASA

Umum kita ketahui sesi persekolahan bagi murid-murid sekolah rendah baru sahaja bermula bagi tahun ini. Pelbagai ragam dapat kita lihat menerusi gelagat mereka yang dirakam oleh lensa kamera telefon bimbit ibu bapa. Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan seorang murid. Menerusi video yang viral di media sosial baru-baru ini, seorang guru bertanya kepada seorang pelajar, apakah pekerjaan bapanya. Cikgu: Ok Tasya, ayah kerja dekat mana? Tasya: Ayah dah pergi menghadap ilahi, kejadian tidak diingini. Cikgu: Ibu? Tasya: Ibu pun… (geleng kepala) Berkecai hati warganet apabila melihat perkongsian yang dimuat naik oleh guru tersebut. Rata-rata tidak dapat menahan sebak apabila mendapat tahu ada pelajar yang terpaksa mengharungi hidup tanpa kehadiran ibu dan bapa. “Sayu rasa hati… teringat masa kecil dulu senasib dgn adik ni… tapi alhamdulillah, adik-beradik ramai yang dah bekerjaya masa tu. Tinggal pun dekat asrama. “Kalau takda yang jaga kebajikan adik, ni tolonglah siapa-siapa yang kenal tu hantarlah ke asrama anak yatim di bawah naungan PEYATIM. Insha-Allah terjaga kebajikan dia,” tulis seorang pengguna Facebook.“Semoga anak ini kuat, hiduplah jadi orang berguna membanggakan ibu dan ayahmu, doakan mereka ke Syurga,” ulas seorang warganet. “Melalui minggu transisi maknanya adik baru darjah 1 lah ye? Acik dah 35 tahun, maknanya ujian adik lagi berat. Betapa kuatnya bahu mu. Acik dah menjerit tengok caption cikgu awak. Belum melalui lagi. “Moga Allah jaga awak dan kesayangan acik dunia akhirat. Love u,” luah seorang lagi pengguna Facebook. Sumber, gempak

Balik Dari Hari Pertama Ke Sekolah Anak Buah Minta Nak Singgah Psara Ibu, Sedih Rupanya Ini Yang Dia Nak Bagi Tahu Dekat Ibu. Semalam bermulanya sesi persekolah baru untuk penggal ini. Pelbagai drama dapat dilihat terutamanya mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di sekolah. Selain daripada anak-anak yang berasa teruja, ibu bapa turut sama berdebar melihat zuriat mereka melangkah masuk ke sekolah buat kali pertama. Hal ini lain pula ceritanya dengan perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @sweetiepi418 apabila berkongsi momen hiba berkaitan anak buahnya yang kali pertama hadir ke sekolah tadika. Menurut @sweetiepi418,  ibu kepada kanak-kanak tersebut sudah pergi menghadap illahi dan hanya bapa serta ibu saudaranya sahaja yang mengalas tanggungjawab menghantarnya ke sekolah.

Apa yang menyedihkan adalah permintaannya anak buah kepada pengguna Tiktok itu yang mahu ke psra ibunya selepas habis sesi persekolahan kerana mahu memberitahu yang dia sudah masuk ke sekolah. Disebabkan dia tidak menangis sewaktu di sekolah, mereka telah menunaikan janji untuk sama-sama ke tanah perkbrn. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan mengakui sebak melihat situasi berkenaan kerana memang sukar bagi seorang anak kecil perlu berdikari tanpa kehadiran seorang ibu. Namun begitu, mereka juga sempat menitipkan doa agar kanak-kanak perempuan itu membesar menjadi anak yang solehah serta mampu membanggakan orang tua. Sumber, TikTok @sweetiepi418. Klik sini untuk lihat video.

Jimat cermat beli persiapan sekolah anak. Ibu bapa mengambil langkah berjimat cermat dalam membuat persiapan untuk persekolahan anak mereka bagi Penggal Satu Sesi 2022/2023 yang akan bermula esk. Tinjauan di pusat beli-belah di Bandar Dato Onn, di sini hari ini mendapati terdapat ibu bapa yang berbelanja saat akhir untuk melengkapkan barang persekolahan anak mereka terutama pakaian, kasut, beg dan peralatan menulis. Seorang daripadanya adalah Dr Maryam Sumayyah Ahmad, 42, yang mengakui membeli barangan yang perlu sahaja untuk empat anaknya, manakala barangan lain yang masih elok akan digunakan.

“Saya dan suami memutuskan untuk berjimat cermat dalam menyediakan persiapan sekolah anak kali ini. “Hanya kasut sekolah yang kami beli kerana barangan lain masih boleh diguna lagi, sekali gus mengajar anak untuk menjaga barang sekolah mereka dengan lebih teliti,” katanya. Bagi pekerja swasta, Hasriah Rahmat, 37, berkata, hampir RM300 dibelanjakan untuk membeli kelengkapan sekolah anak sulungnya, Muhammad Khalish Mohd Faiq, 7, yang memasuki Tahun Satu. “Saya bernasib naik kerana baru seorang anak yang sekolah tetapi, walaupun seorang, belanja untuknya tinggi. “Belum masuk buku sekolah dan bayaran lain. Sekarang saya faham bebanan ditanggung ibu bapa yang mempunyai ramai anak dalam menyediakan keperluan mereka,” katanya.

Cuti hujung minggu dimanfaatkan sebaik-baiknya segelintir ibu bapa yang membuat persiapan membeli barangan keperluan sekolah anak mereka pada saat-saat akhir sebelum Sesi Persekolahan 2022 bermula esok. Tinjauan Harian Metro di sekitar premis di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di sini, mendapati orang ramai bersilih ganti mengunjungi premis pilihan masing-masing untuk membeli pakaian sekolah dan juga peralatan alat tulis. Kakitangan swasta A Vikneswaran, 40, berkata, kunjungannya saat-saat akhir di premis barangan sekolah adalah sekadar untuk melengkapkan keperluan sekolah anak.

Katanya, dia sengaja memilih saat akhir supaya tidak perlu berebut dengan orang ramai dalam keadaan pandemik dan kes masih lagi tinggi. “Dua anak saya berusia sembilan dan 12 tahun hanya menggunakan saja pakaian sekolah tahun lalu kerana masih kelihatan baru. “Saya hanya menambah beberapa keperluan seperti alat tulis saja, tidak perlu membazir,” katanya kepada Harian Metro. Bagi peniaga, Fadhlan Ahmad, 36, tahun ini menjadi satu cabaran buat dirinya sebagai bapa kepada anak lelaki pertamanya yang bakal memasuki tahun satu.

“Banyak juga persiapan yang perlu disediakan dan saya lebih teruja untuk menghantar anak ke sekolah esok. “Walaupun risau dalam keadaan kes baharu makin tinggi, saya hanya mampu tawakal saja memandangkan pembelajaran secara bersemuka lebih berkesan berbanding dalam talian,” katanya. Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dilaporkan berkata, pengoperasian sekolah penggal satu bagi sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula esok adalah lebih terbuka dengan hampir keseluruhan murid akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memantau keadaan semasa untuk memastikan dan menetapkan bila tarikh bagi murid yang hadir ke sekolah secara penggiliran dapat hadir ke sekolah secara tanpa penggiliran.Pelajar sekolah menengah pula akan menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu mulai esok bagi Penggal 1 Sesi Persekolahan 2022/2023. Pelajar terbabit kemudian akan menghadiri pembelajaran secara bersemuka tanpa penggiliran di sekolah mulai 4 April depan. Ia meliputi pelajar berkeperluan khas (MBK), peralihan, Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam, prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan peperiksaan antarabangsa setara. Seterusnya bagi sekolah rendah yang mempunyai enrolmen melebihi 600 murid, murid Tahun Tiga hingga Tahun Lima perlu hadir ke sekolah secara penggiliran.

Pelajar sekolah menengah perlu PdPR sehingga 4 April. Pelajar sekolah menengah akan menjalani Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk tempoh dua minggu sehingga 4 April ini. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sesi akademik bagi penggal 1 bagi tahun 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac ini di seluruh negara, namun pelajar di sekolah menengah hanya akan memasuki sekolah pada 4 April depan. “Ini bermakna bermula 21 Mac sehingga 4 April, murid di sekolah menengah akan laksanakan PdPR, selepas tarikh itu, mereka kemudiannya akan menjalani pembelajaran secara bersemuka tanpa penggiliran.

“Pelajar yang dinyatakan ini termasuklah murid berkeperluan khas (MBK), Tingkatan 1 hingga 6, Pra Universiti, International Baccalaureate Diploma Programme (BDP) dan peperiksaan setara,” katanya dalam video yang dimuatnaik di Facebooknya, hari ini. Radzi berkata, bagi murid di sekolah rendah yang mempunyai kapasiti murid melebihi 600 orang, hanya Tahun 3 sehingga Tahun 5 sahaja perlu hadir ke sekolah secara penggiliran. “Bagi murid berkeperluan khas, penerima rancangan makanan tambahan (RMT), prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 6 pula, mereka perlu hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

“Ketetapan ini turut diguna pakai di sekolah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah rendah bawah KPM. “Bagaimanapun, sekolah swasta yang mempunyai enrolmen melebihi 600 murid boleh mengemukakan permohonan kepada KPM untuk beroperasi sepenuhnya. “Untuk sekolah rendah yang mempunyai kurang daripada 600 murid, semua pelajar sama ada di sekolah harian atau swasta akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran,” katanya.

334,139 murid sekolah rendah, menengah memulakan persekolahan di Kedah. Seramai 334,139 murid sekolah rendah dan menengah memulakan persekolahan di Kedah, hari ini. Daripada jumlah itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah, Rozaini Ahmad, berkata 199,358 ialah murid sekolah. Katanya, 134,781 pelajar sekolah menengah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada 4 April depan. “Bilangan murid yang masuk ke Tahun Satu bagi sesi akademik 2022/2023 seramai 27,436 orang. “Sekolah dengan murid 600 dan ke atas ialah 100 buah, manakala sekolah murid 600 dan ke bawah sebanyak 448 sekolah,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata sekolah rendah yang mempunyai enrolmen melebihi 600 pelajar, dikehendaki mengadakan pembelajaran bersemuka secara penggiliran bagi murid Tahun Tiga hingga Tahun Lima pada Penggal 1 Sesi Persekolahan 2022/2023. Katanya, murid berkeperluan khas, penerima Rancangan Makanan Tambahan, prasekolah, Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Enam pula perlu hadir ke sekolah tanpa penggiliran. Bagi pelajar sekolah menengah, katanya, akan menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu mulai hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.