Sanggup jadikan content, terkedu bila tiba tiba anak Faziani Rohban tampil bersuara bongkarkan perangai sebenar kawan baik ibu

Viral

HAMPIR tiga tahun pemergian usahawan komestik, Faziani Rohban Ahmad. Tanggal 13 Ramadan pastinya diingati buat ahli keluarga kerana tarikh itulah Faziani dijemput Ilahi selepas terbabit dalam kejadian yang tak diingini di Pattani, Thailand. Menjelang Ramadan yang bakal tiba kurang dua minggu lagi, anak perempuannya, Irdina Hakim Jasman, 19, meluahkan rasa kesalnya apabila psra ibunya dijadikan sebagai ‘content’ oleh salah seorang rakan di media sosial. “Jangan gunakan kbr mami saya sebagai content TikTok. Tiga tahun pemergian mami, baru beberapa kali ambil berat tentang keluarga dan anak dia, jadi tak perlu hipokrit sangat.

“Kawan betul takkan makan kawan walaupun kawan dah tak ada. Kawan betul akan sentiasa ada untuk famili kawan sebagai menghargai,” katanya menerusi luahan di laman sosial. Tanpa mendedahkan identiti individu yang membuat content tersebut, anak perempuan sulung Allahyarham Faziani berharap pihak berkenaan menghormati keluarganya. “Kalau nak ulas bab rindu, kerinduan kami ni lagi sakit. Sebab tu kami punya rindu sampai tak boleh terima sesiapa sahaja yang mengkhnti mami. “Bukan depan keluarga salam takziah, belakang keluarga minum kopi dengan pengkhnt mami,” katanya tanpa mendedahkan identiti ‘pengkhianat’ tersebut.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh salah seorang rakan baik Faziani, yang memaparkan psranya di Tanah prkbran Islam Kampung Kedemit Luar di Tumpat, Kelantan. Walaupun terlalu rindu pada ibu, Irdina yang merupakan pengarah pemasaran bagi produk Dnars menegaskan bahawa dia tidak tergamak untuk membuat content media sosial sebagaimana yang dilakukan oleh individu berkenaan.“I missed my mom until I had a depress, tapi tak pernah sekali pun I pergi kbr dan letak lagu ‘kemarin engkau masih ada di sini’. “You boleh buat content TikTok youdengan founder-founder yang berduit, tapi bukan dengan founder yang sudah tiada,” katanya yang merujuk kepada lagu kumpulan terkenal dari Indonesia, Seventeen berjudul Kemarin. Video tersebut bagaimanapun dipadamkan selepas luahan rasa kesal Irdina di laman sosial.

Dalam pada itu, Irdina turut memberi ucapan selamat kepada individu tersebut yang bakal menunaikan umrah. “Apapun, selamat menunaikan umrah. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan mendapat hidayah. Amin. “Buat keluarga dan rakan-rakan dia, tolong screenshot (tangkap layar) ni (hantar) kepada dia dan nasihat sikit. Terima kasih. “Saya respek semua orang, tapi tak boleh bila mami I dijadikan bahan content,” katanya. Pengasas produk Dnars, Faziani pergi menghadap illahi pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kejadian tak diingini di Pattani. Usahawan itu pergi menghadap illahi di lokasi kejadian akibat lukayang teruk, manakala suami luka biasa. Kejadian tragis yang berlaku dalam bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, mstar

Faziani majikan contoh. PENGASAS produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad dianggap majikan contoh kerana mengutamakan kebajikan pekerja dengan membuat caruman secara teratur tanpa pengecualian.Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Nora Yaacob berkata, melalui Rohban Trade Sdn Bhd, syarikat itu amat patuh kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969. Katanya, Faziani juga mencarum di bawah Akta 4 AKSP 1969 yang mana akta itu melindungi pekerja dan majikan yang mengalami kejadian yang tak diingini, Pencen Penakat. “Mereka membayar caruman kepada pihak kami dengan begitu baik dan teratur bahkan arwah Faziani selaku pemilik syarikat juga turut membuat caruman PERKESO tanpa pengecualian.

“Keprihatinan Faziani dalam membuat caruman kepada semua pekerjanya dan mencarum untuk dirinya sendiri adalah sesuatu yang terpuji, malah patut dijadikan contoh oleh majikan lain serta diangkat sebagai ikon dalam kalangan majikan PERKESO Kelantan.“PERKESO mendapati Faziani sememangnya pencarum setia dan semakan caruman mendapati ia memenuhi kelayakan untuk tuntutan Pencen Penakat,” katanya ketika ditemui di kediaman Faziani, 40, di Kampung Paloh, di Tumpat, hari ini.

Nora berkata, hari ini pihaknya menyampaikan tuntutan suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42 yang akan menerima secara bulanan sebanyak RM2,212 seumur hidup. “Untuk syer pencen bahagian anak pula akan diterima sehingga mereka berusia 21 tahun manakala bayaran Faedah Pengurusan Myt (FPM) sebanyak RM2,000 sudah dikreditkan ke dalam akaun suami,” katanya. Sementara itu Ahmad Shah Rizal berkata, isterinya memang seorang majikan yang sangat mementingkan kebajikan dan menitikberatkan keselamatan pekerja. “Caruman untuk pekerja sentiasa dibuat secara berterusan tanpa pengecualian kerana mengambil kira kebajikan mereka sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak PERKESO atas penyerahan tuntutan Pencen Penakat ini dan menganggap Faziani sebagai ikon majikan PERKESO malah gelaran itu memang layak untuknya,” katanya. Harian Metro sebelum ini melaporkan, Faziani Rohban Ahmad maut manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kejadian yang tak diingini di Pattani, Thailand pada 18 Mei lalu. Faziani pergi menghadap illahi di lokasi kejadian akibat teruk dan tersepit di bahagian penumpang hadapan, manakala suaminya, Ahmad Shah cdra. Kejadian yang membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki Faziani dengan lori.

Faziani sudah pesan tiga jenis menu. PENGASAS kosmetik Dnars, Faziani Rohban Ahmad, sudah menempah tiga jenis menu utama untuk dijamu tetamu, pada Aidilfitri ini. Ibunya, Khatijah Mirdin, 67, berkata, tiga menu utama itu akan dihidangkan bagi satu hingga tiga Syawal. “Beliau sudah menempah nasi dagang untuk raya pertama diikuti nasi air dingin dan nasi kerabu untuk hari berikutnya. “Bagi raya keempat pula semua kaum keluarga akan memasak beramai-ramai untuk menjamu semua tetamu. “Dia memang seorang yang suka menjamu tetamu dan untuk Aidilfitri ini, beliau berpesan kepada semua saudara supaya berhimpun di rumahnya untuk menyambut hari raya bersama,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paloh di Tumpat, hari ini.

Khatijah yang mesra disapa sebagai umi, berkata Faziani baharu saja menyiapkan rumah agamnya itu setahun lalu sebagai tempat berkumpul semua ahli keluarga. “Dia anak selalu memberitahu adik-beradiknya bahawa beliau ingin mempercepatkan pembinaan kediaman yang mencecah RM10 juta itu kerana bimbang Khatijah tidak sempat tinggal bersamanya. “Tapi, rupa-rupanya dia yang tinggalkan kami terlebih dahulu… umi reda kerana dia anak yang baik bukan sahaja kepada keluarga tapi juga kepada orang lain. “Persiapan hari raya kali ini tetap meriah seperti sebelumnya namun sambutannya sudah berlainan, tiada kemeriahan dan agak janggal,” katanya.

Suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, berkata, berita mengenai pemergian isterinya turut diterima oleh beberapa kenalan mereka di Makkah yang sentiasa ditemui setiap kali menjejakkan kaki ke sana. “Antaranya, penterjemah di Masjidil Haram yang mana setiap kali kami menunaikan umrah atau mengerjakan haji, mesti kami akan bertemu,” katanya. Ditanya mengenai keadaan semua anak selepas lima hari pemergian, beliau berkata, semua masih bersedih namun agak semakin baik dan sudah mampu menerimanya sebagai takdir yang sudah tertulis. “Saya akan meneruskan segala perancangan yang sudah disusun isteri sepanjang Ramadan ini termasuk beberapa program berbuka puasa dan agihan sumbangan kepada anak yatim. “Dalam masa terdekat ini saya akan ke sebuah madrasah di Bentong, Pahang bagi melaksanakan perancangan menyampaikan sumbangan di sana,” katanya.

Kalau nak sedekah, buat senyap-senyap. “Dia selalu berpesan kepada saya, jika kita hendak beri sedekah atau zakat, jangan beritahu orang. Kita buat senyap-senyap, biar Allah SWT yang nilai. “Saya akan ingat pesanan ini dan sejak awal Ramadan lagi dia mula memberi sumbangan dan mahu menyelesaikan urusan zakat kepada golongan yang memerlukan sebelum 15 Ramadan,” kata Natasha Maria Akhamat, 37, rakan baik pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40. Natasha Maria yang memiliki perniagaan pengiklanan mengenali Faziani sejak 11 tahun lalu berkata, rakannya itu tergesa-gesa mahu memberi zakat perniagaannya kepada golongan memerlukan termasuk pondok, tahfiz dan anak yatim.

Katanya, berbanding sebelum ini, dia akan menyelesaikan urusan zakat sepanjang Ramadan. “Saya dimaklumkan dia sudah membeli keperluan raya anak dan anak saudaranya sejak daripada awal lagi. “Mungkin dia tahu dia akan pergi, jadi dia membuat persiapan awal bagi menyenangkan orang disayanginya,” katanya ketika ditemui Kampung Paloh, Tumpat, hari ini. Menurutnya, mereka bukan sahaja bersahabat baik atas urusan kerja, malah menganggap dia seperti adik beradik apabila sering melakukan aktiviti bersama termasuk bercuti di luar negara. “Saya sering mengajak Faziani supaya bercuti kerana kehidupannya terlalu sibuk memikirkan urusan perniagaan.

“Jadi sebagai rakan, saya akan membeli tiket kapal terbang dan memintanya supaya bercuti. “Kami sudah pergi ke beberapa negara dan selepas Aidilfitri ini kami merancang mahu bercuti ke Maldives atau Dubai, namun ia tidak kesampaian,” katanya. Sementara itu, rakan perniagaan, Datin Nur Shahida Mohd Rashid berkata, dia mengenali Faziani sejak 10 tahun lalu. “Saya boleh kata dia kakak sangat baik. Apabila saya datang ke sini, dia akan mengirimkan pelbagai jenis makanan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

“Kami kehilangan rakan perniagaan yang terlalu baik dan tidak pernah menyakitkan hati orang lain. Walaupun berniaga kosmetik dan perlu bersaing, tetapi kami sering memberi sokongan di antara satu sama lain,” katanya.Metro Ahad hari ini melaporkan, Faziani Rohban pergi menghadap illahi dalam kejadian tak diingini di Pattani, Thailand, semalam. Dalam kejadian 10.30 pagi (waktu tempatan), kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dipandu suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42,

Leave a Reply

Your email address will not be published.