Muzik video yang ada kelas dan liriknya juga bagus, Michael Ang memberi komen positif pada lagu Vida turut disokong oleh warganet

artis

Memang tak asing lagi dengan celoteh pengarah terkenal ini , kalini Michael Ang tampil memberi komen terhadap muzik video jutawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida (DSV),  berjudul Ku Ikhlaskan yang telah dilancarkan di laman Youtube baru-baru ini. Michael Ang juga akui MV Dato Vida ada kelas. Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Michael mengakui MV tersebut mempunyai  DSV merupakan kelas dan konsepnya yang tersendiri. Malah. Michael turut memuji lirik lagu Ku Ikhlaskan yang disifatkannya terbaik. “Salam semua. Saya harus lakukannya dengan filter ini. Ok i kena mengakui muzik video @datoserivida memang kelas n looks good n berkonsep! Lirik lagu best!”- tulis Michael. Tambahnya lagi,sestengah pihak akan tetap mengecam setiap tindakan Vida walaupun hakikatnya muzik video itu sangat bagus. Selain itu, dia turut meminta Vida untuk sentiasa bersabar dengan setiap kecaman yang diterima. “Apa-apapun akan orang kutuk walaupun hakikat ok! Sabar la ya makcik ya. Luv u and all the best!”-katanya

Penyataan Michael Ang ini mendapat pelbagai reaksi warganet. Tinjauan Murai di ruangan komen hantaran pengarah terkenal ini mendapati rata-rata warganet turut bersetuju dengan pendapat Michael. Namun, ada yang berpendapat kualiti nyanyian Vida masih banyak perlu diperbaiki. “MV dia memang letopss..Cuma suara tu auto tune terlalu nampak sangat.” “Suara DSV macam suara artis 80-an gitu kan.” “Ok. Setuju. Cantik dan best cuma yang telekung tu tak sesuai la. Tak tau la mungkin kat Malaysia tak biasa kot. Kalau kat Arab memang onzz.” “Konsep MV memang bagus namun nyanyian dia masih banyak benda perlu diperbaiki. Tak dengar ke auto tune atau pura-pura tak dengar.” – komen mereka. Sekadar info, MV lagu Ku Ikhlaskan ciptaan Amy Ukays dan Vida itu telah menelan belanja sebanyak RM400,000 dan menjalani penggambaran selama lima hari sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands. Sumber, murai.my

Tak berniat sindir sesiapa kata pengarah itu. Pengarah dan penerbit, Michael Ang tidak berniat menyindir mana-mana pihak apabila tampil dengan single berjudul Cinta Atau Propa. Michael berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa jika ada pihak mungkin tersinggung dengan lagu berkenaan. Baginya, setiap individu berhak untuk membuat interpretasi sendiri dengan single sulungnya itu. “Saya tidak tujukan lagu ini kepada sesiapa dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun. Mesej lagu ini khas buat pekerja-pekerja saya dan berkisar mengenai kehidupan peribadi sendiri. “Jadi, kalau ada yang tersinggung, siapa makan cili, dialah terasa pedasnya. Malah, Datuk Seri Vida juga turut bertanya ketika ‘live’ sama ada lagu ini buatnya? Untuk apa saya mencipta lagu sekadar memperli? “Saya pernah cakap pada diri sendiri sebelum ini bahawa menyanyi adalah satu-satunya perkara yang saya tidak akan buat kerana langsung tidak yakin dengan suara sendiri. Namun, nampaknya sekarang hanya tinggal dua lagi perkara yang saya ingin buat (tulis lagu dan lirik) selepas ini,” katanya. Michael mengakui, suaranya mungkin tidak sesedap seperti suara penyanyi profesional, tetapi dia mengambil keputusan untuk merakamkan lagu itu kerana mahu mencabar diri selain menguji tahap kemampuannya. Sumber, harian metro.

Kalini Michael Ang mahu jadi penyanyi. Kenyataan Michaen Ang baru baru ini dengan “Tak timbul istilah tamak atau memperbodohkan diri. Ini kerana selepas dengar sehingga habis, sedap juga suara saya.” Itu kata penerbit, pengarah dan pelakon, Michael Ang, 45, yang bersedia menerima kritikan peminat muzik tanah air apabila melancarkan single sulungnya berjudul Cinta Atau Propa, hari ini. Bagaimanapun, penerbit drama The Hotel yang dikenali sebagai individu yang cukup lantang bersuara dan memberi kritikan itu juga tidak menafikan kekurangannya dalam nyanyian. Michael berkata, itu menjadi prinsipnya untuk tidak memberi kritikan keterlaluan kepada mereka yang bekerja dalam bidang yang sama dengannya. “Ada tiga perkara berada dalam senarai impian saya dan salah satunya adalah menyanyi.

Saya mencabar diri untuk tampil dengan lagu ini kerana ingin keluar dari zon selesa dan cuba sesuatu yang baru. “Saya terus bersetuju sebaik menerima tawaran ini kerana ketika itu saya sedang berada dalam keadaan tertekan. Empat bulan lalu pelbagai perkara berlaku bertubi-tubi sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental saya,” katanya dalam sidang media pelancaran lagu itu yang diadakan secara maya, hari ini. Michael berkata, lagu Cinta Atau Propa dihasilkan khas buat mereka yang menikamnya bertubi-tubi selepas kepercayaan yang diberikannya. “Ia juga buat seseorang dalam kehidupan peribadi saya. Siapa yang makan cili, pasti akan terasa pedasnya. “Jadi kepada anda di luar sana yang berhadapan situasi yang sama, lakukan perkara yang membuatkan anda gembira,” katanya. Lagu dan lirik Cinta Atau Propa adalah hasil ciptaan Killa Driz dan diterbitkan Hafiz Hamidun. Sumber, harian metro

Michael Ang tidak mahu ulas banyak tentang lana nordin. Kalini penerbit dan pelakon, Michael Ang enggan mengulas lanjut mengenai perbalahan antaranya dengan pelakon, Lana Nodin. Michael ketika dihubungi berkata, dia kini hanya menunggu surat saman daripada peguam pelakon itu seperti mana yang dilaporkan Harian Metro, semalam. “Tak ada apa-apa komen. Tunggu saja surat saman dia,” katanya kepada Harian Metro. Terdahulu, suami kepada Lana iaitu David Mackienzie sudah mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan kepada Michael yang didakwa sudah mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya. 

David berkata, surat tuntutan yang bakal dihantar kepada pengarah itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan ‘perbalahan’ yang tercetus membabitkan Lana dan Michael. Menurut David, dia berasa kesal dengan tindakan pengarah itu yang melabel isterinya sebagai seorang yang ‘bimbo’ dan tidak menyokong petugas barisan hadapan. Sebelum itu, Lana menerusi perkongsian di Instagram menempelak Michael yang dikatakan telah masuk campur di atas kenyataannya berkaitan mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Sumber, harian metro

Michael Ang setuju ujian air kencing dibuat sebelum masuk set. Penerbit dan pengarah, Michael Ang bersetuju sekiranya dapat dilakukan ujian air kencing kepada pelakon dan kru produksi sebelum dibenarkan masuk ke set penggambaran bagi memastikan mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah. Michael berkata tindakan itu dilihatnya sebagai inisiatif bagi membendung berlaku situasi kurang sihat membabitkan penggiat seni dan pekerja industri yang terjebak penyalahgunaan dadah seperti berlaku sebelum ini. “Sebenarnya soal berkaitan dadah ini memang saya pantang. Saya sendiri dah beritahu semua orang di set ‘shooting’ yang saya tak mahu ambil tahu apa mereka buat di luar dan kehidupan peribadi.

Nak ambil dadah ke, ambil ‘ais’ ke, air laut ke, itu mereka punya hal. “Janji apabila datang ke set ‘shooting’ saya bekerja, jangan buat benda itu semua (ambil dadah). Saya tak boleh nak ‘control’ kehidupan mereka sebab bukan hak saya. Tapi, bila datang ke set penggambaran perlu hormat orang lain. “Sebab kena faham, kalau kau seorang yang kena tangkap tetap terkait dengan periuk nasi orang lain. Ditambah, masyarakat luar akan kaitkan dengan satu produksi termasuk orang tak bersalah pun dilabel ‘ambil dadah’ juga. Jadi, saya memang setuju kalau ujian air kencing dibuat,” katanya.

Michael berkata tidak hanya membabitkan penyalahgunan dadah yang perlu diambil kira, namun dia juga tegas dengan perihal pengambilan vaksin Covid-19 pada semua pelakon dan pekerja di dalam produksinya. “Bagi mereka yang bekerja dengan produksi saya akan turut diperiksa maklumat daripada My Sejahtera masing-masing sebelum masuk ke set penggambaran bagi memastikan sudah lengkap dua dos vaksin kerana saya tak mahu berlaku penipuan sijil. Sebagai penerbit, saya harus telus dan bertanggungjawab. “Keselamatan semua pasukan produksi memang dijaga kerana saya menempatkan mereka di satu tempat yang dipanggil ‘gelombang shooting’.

Mereka  tidak bercampur gaul dengan orang luar dan pergerakan membabitkan pasukan saja,” katanya. Kini, produksi Michael sibuk menyiapkan penggambaran drama Sihir yang mempunyai 20 episod dan akan mula disiarkan di Astro Ria pada 1 November ini, jam 11 malam. Terdahulu, Michael ditemui media pada majlis sidang media virtual sempena drama Sihir itu yang dibintangi pelakon Kamal Adli dan Hun Haqeem sebagai watak utama. Sumber, harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.