Minta warganet berhenti berlakon baik, Pengarah itu kecewa dengan kritikan yang dilemparkan warganet seolah karyanya sebelum ini tiada makna

artis

Penerbit dan pengarah Erma terkilan dengan segala kecaman terhadap karyanya. Terkilan dan sedih dengan kecaman warganet, penerbit dan pengarah Erma Fatima merasakan maruahnya kini seperti dipijak-pijak. Luah Erma, 54, buat masa ini apa jua penjelasannya tentang video ber4hi daripada klip drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan pendatang baru, Siti Hariesa tidak akan diterima banyak pihak. Malah Erma yang juga penerbit dan penulis skrip drama Perempuan Itu berkata dia menunggu masa yang sesuai untuk tampil menceritakan perkara sebenar. “Kalau saya cakap apa pun sekarang ini maruah saya bagaikan di tapak kaki orang. Seolah-olah selama ini saya hanya menghasilkan karya sampah. “Itu hukuman yang diberikan oleh warganet dan beberapa pihak lain terhadap saya.

Erma tidak mahu keruhkan keadaan beri sebarang kenyataan dalam masa terdekat .”Biarlah mereka nak katakan apa sahaja sekarang ini. Lebih baik saya berdiam dahulu. Mereka ada senjata untuk serang di media sosial, tetapi sebenarnya saya ada senjata yang lebih besar,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Erma juga mengesahkan dia hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa bagi memberi keterangan. Berhubungan penayangan drama tersebut, Erma berkata masih belum ada kata putus kerana masih dalam proses penggambaran. “Saya hadir ke pejabat SKMM untuk beri keterangan. Saya bawakan skrip asal drama ini.

Daripada segi hukum memang salah kerana mewujudkan adegan tersebut. Namun skrip dan intrepstasi adalah dua perkara berbeza. “Saya tidak boleh komen lanjut tentang siasatan tersebut. “Tayangan drama ini juga belum pasti kerana pihak produksi dah melangggar dateline. Tunggu sahaja tarikh tayangan sebenar drama ini,” ujarnya. Sementara itu Erma juga meluahkan rasa sedih dengan sikap masyarakat yang dianggap hipokrit apabila suka melihat sesuatu yang buruk berbanding perkongsian yang mendatangkan kebaikan.

Dalam amsa yang sama Zul Ariffin telah memohon maaf susulan video yang dimuat naik. “Bila kongsi sesuatu yang tidak elok, laju ia menjadi viral. “Tetapi apabila cerita tentang kebaikan, susah nak dapat perhatian. Susah orang nak kongsi semula. “Jadi janganlah terlalu hipokrit hendak hentam saya apabila terjadi kes sebegini,” jelasnya. Isu babak panas Zul tercetus pada Jumaat lalu apabila aktor itu berkongsi klip memperlihatkan aksi gh4irahnya bersama pelakon baharu Siti Hariesa. Perkara ini juga mendapat perhatian Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (K-Kom) dan Zul juga telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SKMM. Sumber, mstar

Lepas Teruk Dikritik Oleh Warganet Pasal Video Babak Panas, Terkejut Macam Ni Je Respon Erma Fatima. Susulan tular video babak panas lakonan Zul Ariffin dan pelakon baru, Siti Hariesa pada minggu lalu, nama Erma Fatima turut dikaitkan kerana dia merupakan penerbit drama bersiri, Perempuan Itu. Memetik laporan Harian Metro, Erma, 54, enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi itu. Kata pemilik nama Fatimah Kalsum Rahmad Ali, dia tidak dibenarkan untuk memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. “Maaf sangat, tetapi saya tidak dibenarkan untuk memberikan apa-apa kenyataan buat masa ini.”

Kakak kepada pelakon Datin Seri Umie Aida aktif memuat naik video sedutan drama tersebut di Instagram (IG) miliknya. Terbaru, sutradara yang terkenal dengan drama Mak Cun itu menulis kapsyen; salah tetap salah kan! Bagaimanapun, ruangan komen di platform itu telah ditutup. Pada Jumaat lalu, media sosial digemparkan dengan sebuah video yang memaparkan beberapa babak panas lakonan Zul bersama Siti Hariesa. Selepas teruk dikritik warganet, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 menerusi filem Sangkar tampil membuat permohonan maaf di Instagram Stories pada Isnin. Sumber, Harian Metro & Instagram @ermafatima

Awie Ditanya Pasal Isu Zul Ariffin, Tapi Ini Reaksi Beliau Sampai Buat Ramai Setuju. Kini selebriti terkenal Zul Ariffin terlibat dengan perkongsian rakaman yang memaparkan adegan panas yang bakal ditayangkan, akan mula disiasat. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia. Tan Sri Annuar Musa melalui laman media sosialnya Twitter pada pagi tadi “Proses u.ndang-u.ndang berjalan. Pelakon Zul Ariffin akan dis.iasat di bawah S.eksyen 233 Akta KMM Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana muat naik yang menyalahi undang-undang,” demikian ciapan beliau jam 9.28 pagi tadi. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM tampil berkeras menolak penyiaran drama tersebut yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadhan ni.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata berdasarkan penelitian pihaknya, penyiaran program seumpama itu jelas mempamerkan perbuatan dilarang Islam dengan a.ksi dan adegan tidak bermoral melampaui batas serta bertentangan norma masyarakat dan hukum syarak. JAKIM menyatakan pendirian dan pandangan mengenai i.su terbabit kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia K-KOMM, Kementerian Dalam Negeri KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia MCMC supaya ti.ndakan tegas dapat diambil segera. Dalam pada itu, Annuar melalui ciapan sama seiring dengan pendirian dizahirkan JAKIM itu.

“Yang pasti adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,” katanya. Semalam, Zul Ariffin atau nama sebenar, Zulkifli Ariffin, 35, memohon maaf dan menyesal di atas tindakannya memuat naik video sebuah drama bersiri di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini. Respon Awie Tentang Video Tersebut. “Benda boleh menolak, tetapi dia Zul Ariffin memilih sedap. Pada saya dia mencotengkan arang ke muka industri yang berkonsepkan islamik,”. Demikian respons pelakon dan penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Awie apabila ditanya mengenai isu sensasi perkongsian adegan berani oleh Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia, Zul Ariffin dalam Instagram baru-baru ini.

Menurut bintang Sembilu itu, Zul sebenarnya bolehn memilih sama menolak atau menerima sahaja tuntutan skrip berhubung adegan aksi ranjang yang sama sekali tidak sesuai dari sudut islamik. Itu dia gatal sebenarnya, benda boleh ditolak tetapi dia memilih sedap, dia terimalah benda tu kan kritikan dan tindakan undang-undang,” kata Awie usai sidang akhbar Showcase Raikan Cinta Ramadan Wings di Lacrista Hotel, di sini, hari ini. Antara Reaksi Orang Ramai. Kredit, BH/Kosmo

Lama Berdiam Diri, Kini Zul Ariffin Tampil Dedahkan Sesuatu Dan Ini Penjelasan Yang Dia Buat. Pelakon terkenal Zul Ariffin tampil mohon maaf atas rakaman adegan panas yang tular di media sosial baru-baru ni. Kata Zul, dia juga akan lebih berjaga-jaga untuk tampil muat naik kandungan di media sosial untuk mengelakkan sebarang kontroversi berulang. “Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respons dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini. Saya dengan rendah hati, memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan. Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” katanya menerusi kemaskini hantaran Instagram Stories pada Isnin. Terdahulu, aksi babak lakonannya mendukung pelakon baharu, Siti Hariesa untuk sebuah drama di televisyen mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Bagaimanapun, video itu telah dipadamkan dari akaun media sosial Zul. Sumber, Gempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.