Duit 100k lebih hilang begitu sahaja, Penyanyi ini kesal dengan tindakan kawan rapat sendiri

artis

Baru baru ini Zyn menunjukkan wang simpanan hanya tinggal RM 19 dek kerana ditipu. Harapkan pagar, pagar makan padi… Itu yang terjadi kepada penyanyi Zynakal yang kerugian lebih RM120,000 gara-gara disonglap oleh individu yang rapat dengannya. Bagaimanapun, Zyn, 23, yang masih terkejut dengan perkara itu menafikan ia ada kaitan dengan mana-mana syarikat rakaman atau pihak pengurusannya. “Cukuplah saya katakan ia tidak ada kena-mengena dengan mana-mana syarikat pengurusan atau rakaman. “Kes ini melibatkan saya dengan seorang individu yang saya kenal secara peribadi. “Apa tindakan yang akan saya ambil juga tak perlulah cerita kerana takut nanti individu tersebut akan tahu pergerakan saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Zyn mendedahkan dia ditipu kenalan rapat sendiri baru baru ini. Berkongsi dengan lebih lanjut hal itu, penyanyi lagu Sakit ini berkata, dia mula menghidu wujudnya penyelewengan berkenaan sejak hujung tahun lalu. Katanya, duit yang diambil itu juga adalah hasil titik peluhnya dalam bidang seni. “Saya dah mula sedar duit saya hilang sejak hujung tahun lalu. “Kebanyakan wang tersebut adalah hasil daripada pendapatan saya dalam bidang seni,” ujarnya. Perkara ataupun kes ini melibatkan saya dengan seorang individu yang saya kenal secara peribadi. Zyn pada malam rabu meluahkan rasa marah di media sosial berkaitan kehilangan duit royalti lebih RM120,000. Dia juga berkongsi paparan skrin aplikasi perbankan yang menunjukkan baki akaun berjumlah RM19.15. Katanya, tindakan kenalannya itu melampau dan perlu diambil tindakan. “Lama sangat aku diam tapi bagi muka kena pijak. Kalau kau rembat RM10 aku boleh halalkan, tetapi kes ini segala duit aku hilang. “Ni kau nak aku makan apa?” tulis Zyn.

Rupanya zynakal sudah berpunya, peminat tertanya tanya siapa orangnya. Penyanyi ini mengatakan dirinya ‘Single but not available.’ Begitulah pengakuan penyanyi dan komposer berbakat besar, Zynakal, 23, apabila diusik persoalan jodoh. Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli mengakui, dia kini sedang mengenali hati budi seorang gadis, bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya. Akuinya, dia belum mempunyai perancangan menamatkan zaman bujang, biarpun teman seusianya, Yonnyboii dan Haqiem Rusli memilih bergelar suami pada usia yang muda. “Saya akui, sedang mengenali hati budi seorang gadis, namun, perhubungan masih baharu. Si dia hanya gadis biasa, bukan di kalangan artis mahupun selebriti media sosial. “Jujurnya, saya mahu fokus mengejar cita-cita terlebih dahulu.

Saya belum sampai tahap Haqiem atau Yonnyboii, mereka sudah stabil dalam kerjaya dan memahat nama dalam industri muzik. “Untuk berkahwin jauh lagi, perancangan saya belum ke arah berumah tangga, apatah lagi, masih banyak perkara yang dirancang,” katanya kepada BH Online. Penyanyi yang popular menerusi lagu Terbang dan Sakit itu berkata, dia tidak pernah meletakkan sasaran usia untuk berkahwin, mungkin sebelum usia 30 tahun.”Bagi saya, kalau mahu berkahwin tentulah ada sasaran, namun, saya tidak cerewet memilih pasangan. “Kalau ditanya ciri-ciri yang disukai, saya tiada pilihan khusus. Jika saya selesa dengan seseorang, itu sudah memadai. “Jika belum bertudung, tidak mengapa. Saya percaya setiap manusia akan berubah suatu hari nanti. Apa yang lebih penting, keserasian dalam perhubungan,” katanya yang baru sahaja diangkat sebagai Komposer Muda Berpotensi pada Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2021, baru-baru ini. Sumber, berita harian.

Zynakal upload foto wanita tanpa izin, sekali ini tindakan wanita itu. Kalini Zynakal tampil mohon maaf kerana lambat bertindak memadam perkongsiannya itu. Tindakan penyanyi Zynakal berkongsi foto beberapa wanita di Instastory miliknya ditegur seorang pemilik gambar tersebut di laman Twitter. Tampil menjelaskan mengenai perkongsiannya itu, Zyn, 22, berkata foto resume yang dimuat naik itu merupakan sebahagian prop yang digunakan semasa penggambaran sebuah drama. “Benda ini agak clise, benda salah… kita buat salah. Saya nak minta maaf. “Tapi saya nak terangkan benda tu bukan dari saya, itu prop dibuat untuk penggambaran,” katanya menerusi satu rakaman pendek permohonan maaf dibuat menerusi akaun Instagram miliknya pada pagi Selasa. Sebelum itu, seorang pengguna Twitter menegur penyanyi lagu Sakit ini kerana memuat naik fotonya tanpa kebenaran.

Zynakal mohon maaf memuat naik foto tanpa kebenaran. Wanita itu turut meminta Zyn memadam foto berkenaan secepat mungkin kerana tindakan tersebut salah dan tidak beretika. “Rasanya tak perlu ambil gambar orang tanpa izin untuk buat content. Tak kisahlah awak artis atau siapa-siapa. Sampai rumah baru buka telefon dan baru tengok notification, keluar benda macam ni… saya dah take down dan saya minta maaf. “Please ada common sense sikit, saya harap dia boleh take down story Instagram ni,” tulis seorang pemilik akaun di Twitter. Sementara itu, Zyn memohon maaf kerana mengabaikan teguran tersebut kerana semasa kejadian dia berada di kawasan tiada liputan internet.

Zynakal akui kesilapan diri. “Bukan saya sengaja biarkan (foto) itu di Instagram, macam saya cakap tak ada line… kalau ada line saya mesti take down dan minta maaf. “Saya baru saja balik (penggambaran) dan ada line (telefon). Tipulah masa memandu tu tak ada line tapi saya memang tengah memandu. “Sampai rumah baru buka telefon dan baru tengok notification, keluar benda macam ni… saya dah take down dan saya minta maaf,” ujarnya. Sumber, mstar

Zynakal menang Komposer Muda Berpotens. Komposer dan penyanyi Zynakal tidak menyangka namaya diumumkan sebagai Komposer Muda Berpotensi di Anugerah MACP 2021 di sini. Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 23, berkata, ia sesuatu yang mengejutkan keranai ramai lagi calon yang bagus. “Ini rezeki saya. Alhamdulillah atas anugerah ini. Ini adalah penutup yang agak baik untuk tahun 2021. Saya tak banyak sangat keluarkan lagu tahun ini. Rasanya tiada apa sangat produk Zynakal. “Namun, apabila dikira semula semua punca saya dapat anugerah ini berdasarkan ahli MACP yang aktif. Mungkin ini faktornya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, kejayaan ini mungkin kerana pengaruh lagu Sakit yang amat melekat di hati peminat dan sering dimainkan di stesen radio. “Lagu Sakit membawa makna tersendiri kerana ia bukan lagu biasa daripada saya. Ia sebuah cerita yang saya nak berkongsi dengan peminat bagaimana cara nak beritahu orang berkenaan kesihatan mental. “Dengan cara saya, ia dibuat lagu. Ia bukan sekadar lagu bagi saya. Ia hidup di telinga orang lain. Saya juga dapat banyak mesej beritahu lagu ini mengubah kehidupan mereka. Syukur lagu ini juga banyak mengubah kehidupan saya di manbanyak berita baik yang saya dapat contohnya pengiktirafan ini,” katanya.

Anugerah MACP 2021 yang kembali diadakan dalam skala kecil selepas ditangguhkan tahun lalu akibat pandemik Covid-19 turut menyaksikan komposer Omar K dan penyanyi Naim Daniel diumumkan sebagai pemenang Lagu Melayu Dendangan Terbanyak menerusi Sumpah. Lagu itu menewaskan dua saingan terdekat iaitu Nyawa dan Raga ciptaan Room None dan Iman Imran yang dinyanyikan Sarah Suhairi dan Hari Ini (Hael Husaini). Kategori Lagu Tamil Dendangan Terbanyak dimenangi lagu Pogiren ciptaan Prashan Sean dan Mugen Rao. Kategori Lagu Luar Negara Dendangan Terbanyak menjadi milik lagu Wei Da De Miao Xiao ciptaan Lin Jun Jie dan lirik ditulis oleh Xiao Han.

Lagu ciptaan Edry Abd Halim berjudul I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida memenangi kategori Lagu Inggeris Dendangan Terbanyak. Kategori Lagu Cina Dendangan Terbanyak dimenangi oleh lagu Drama Queen ciptaan Quasimodo dan Ka Xi. Untuk kategori utama, kejutan berlaku apabila penyanyi rap, komposer dan pengarah filem kontroversi, Namewee memenangi kategori Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi menewaskan Datuk M Nasir. Namewee atau nama sebenarnya Huang Ming Zhi turut memenangi kategori Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi menerusi lagu berjudul Piao Xiang Bi Fang. Syarikat Luncai Emas Sdn Bhd pula terus mempertahankan kemenangan sebagai Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak. Bagi kategori Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi dimenangi Universal Music Publishing Sdn Bhd. Anugerah MACP adalah majlis penghargaan kepada penggiat seni yang menyumbang hasil karya untuk perkembangan industri muzik tempatan. Sumber, harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.