Lepas teruk dikritik akhirnya wakil dari tv alhijrah tampil bersuara pasal kaklong, terkejut sekali ini yang dia dedahkan

Viral

SELEPAS kontroversi menjemput wanita yang dikenali sebagai Kak Long 7E menjadi tetamu rancangan Trending, ada warganet mengkritik tindakan stesen TV AlHijrah yang dilihat hanya mengundang individu kontroversi dalam program mereka. Tampil menjawab persoalan itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah iaitu Namanzee Harris berkata stesen berkenaan terbuka mengundang sesiapa sahaja personaliti yang bersesuaian untuk menjadi tetamu program berkenaan. “Kita melihat isu Kak Long sebelum ini sebagai proses kematangan dalam penerbitan program kami dan kita akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Kita memang tak pernah memilih bulu menjemput sesiapa, ramai personaliti media sosial dan influencer yang dah diundang sebelum ini, cuma ada antara mereka yang belum sampai masanya dan belum ada program yang sesuai. “Kita sentiasa beri ruang kepada semua, kalau mereka ada cerita perjalanan penghijrahan dan mahu berkongsi kisah dakwah mereka kita terbuka untuk menjemput,” katanya kepada mStar. Namanzee ditemui semasa majlis pelancaran kempen Ramadan Syawal 1443H dan aplikasi terbaharu TV AlHijrah yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini, stesen TV AlHijrah dikritik warganet kerana menjemput Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, sebagai tetamu program berkenaan. Bagaimanapun tidak lama kemudian, pihak stesen TV berkenaan tampil dengan kenyataan rasmi menjelaskan isi kandungan program tersebut dan menafikan dakwaan mengangkat Kak Long sebagai seorang ikon. Kontroversi berkenaan turut menarik perhatian seorang jutawan internet yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Irfan Khairi.

Teguran jutawan berusia 45 tahun itu terhadap TV AlHijrah disampaikan dalam nada humor namun mempunyai maksud yang mendalam. Rata-rata warganet bersetuju dengan ‘teguran’ yang disampaikan Irfan malah mereka berpandangan adalah lebih bermanfaat sekiranya menjemput individu yang berjaya sebagai tetamu program. Meskipun dikritik teruk, Namanzee berkata AlHijrah sentiasa berlapang dada dan terbuka menerima pandangan orang ramai mengenai program terbitan mereka.

“Kita sentiasa terbuka dengan maklum balas orang ramai. Program Trending tidak diharamkan atau ditangguhkan. Episod membabitkan individu itu sahaja kita put on hold. InsyaAllah kalau waktu dah sesuai kita nilaikan semula keperluan menyiarkan episod berkenaan. “Program Trending akan diteruskan dengan pengisian berbeza. Rancangan ini berbeza dengan program televisyen lain kerana kita mengangkat isu tular dan bagaimana seorang Muslim sepatutnya berinteraksi terhadap isu tular. “Sebelum ini pun kita sudah mengangkat unsung heroes cuma tidak tular seperti petugas barisan hadapan, pegawai bomba dan ramai lagi. Kami berlapang dada. Apa yang disebarkan di media sosial secara tak baik itu kita ambil pengajaran,” ujarnya. Trending turut menampilkan penceramah iaitu Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki serta Pencetus Ummah (PU) Amin yang bertindak sebagai pengacara. Sumber, MSTAR ONLINE

Ambil Kak Long Untuk Promosi Kan Makanan Tapi Ramai Pulak Yang Tak Senang Duduk. Pemilik Restoran Tampil Bersuara Dedahkan Sesuatu. Minggu lalu tular video di media sosial amkan seorang wanita dikenali di sebuah kedai serbaneka 7Eleven masih lagi menjadi bualan hangat warganet di media sosial. Terbaru tular video wanita tersebut bersama anaknya membuat review makanan di sebuah kafe di Terengganu. Video tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter.

Diruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa pelik mengapa kafe berkenaan memanggil wanita tersebut untuk membuat review sedangkan baru sahaja tular video memaparkan sikap biadabnya. Perkara itu turut mendapat perhatian Ceddy yang merupakan antara food r.eview dimana dia bergurau selepas ini pasti sukar untuk dia cari makan. Dalam pada itu, ada yang tidak faham mengapa ada pihak menormalisasikan orang biadab untuk menjadi influencer. Sementara itu, ada segelintir warganet tinggalkan bad review di Google pada kafe berkenaan susulan tindakan mereka memanggil wanita itu untuk membuat review makanan.

Bukan itu sahaja, di ruangan komen Instagram kafe berkenaan rata-rata warganet meluahkan rasa berang dan mengkritik serta mahu memboikot restoran berkenaan. Tidak kurang juga ada yang mendakwa video tersebut adalah video lama dan ianya dikongsikan semula. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada sebarang kenyataan daripada kafe berkenaan berhubung isu tular itu. Menyedari video review Kak Long menerima banyak reaksi negatif, pemiliknya, Ridzuan, tampil memberi penjelasan bahawa dia sudah lama mengenali Kak Long dan berharap warganet move on serta tidak memberi persepsi negatif kepadanya. “Kak Long dah buat permohonan maaf. Saya faham anda semua marah dan tidak setuju dengan cara dia. Tetapi yang buruk kita buang jauh-jauh, ambil tauladan.

“Dia, memang dari saya buka kedai, dia hari-hari datang. Boleh check Facebook kami. Saya kenal dia dah lama,” katanya. Menurut Ridzuan lagi, video itu sebenarnya video lama, video sebelum keja.dian Kak Long mencetuskan kekecohan di kedai serbaneka. “Dia selalu datang sebelum ni, tapi dia okay saja. Ini video lama. Dulu dia datang ke kedai cara baik. Tapi di 7 Eleven dia buat hal, kita sama-sama doa. Jangan cari kes.alahan orang lain. Kita terpalit d.osa percuma,” ujarnya.

Mengulas mengenai tindakan segelintir warganet yang mahu memboikot perniagaannya, Ridzuan berkata boikot itu adalah hak manusia dan rezeki itu adalah milik Allah. Tidak wajar disebabkan kesalahan seseorang, warganet menghukumnya sehingga ke akhir hayat. “Kita tidak ada hak untuk menghukum. Saya bukan nak mempertahankan dia. Betul apa yang dilakukan kes di 7 Eleven itu adalah salah. Cuma kita tak berhak menghkum sesiapa. Kita pun ada buat salah, tetapi Allah tentukan hkumannya,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kak Long Dan Anak Dedah Kesihatan Terkini Beliau Dan Anak. Tak Sangka Sampaikan Ustaz Pun Hubungi Dan Cakap Sesuatu. Nama Wan Nor Baizura atau Kak Long yang terlibat dalam kejadian a.mvkan di sebuah kedai serbaneka pada minggu lalu masih hangat diperkatakan warganet. Di sebalik kritikan yang diterima, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, banyak hikmah yang diterima sejak namanya menjadi perbualan masyarakat. Ketika dihubungi pada Ahad, Kak Long akui terharu apabila ada individu yang sanggup melakukan solat hajat serta mendoakan dia sekeluarga dari kota suci Makkah.

“Saya yakin, selepas Allah turunkan ujian besar, ada rezeki lain yang Allah akan bagi untuk keluarga saya. Saya terkejut, ada dua individu yang sedang buat umrah di Makkah hubungi saya. Mereka kata nak tolong doakan saya sekeluarga di hadapan Kaabah ketika umrah pada Jumaat lepas. Selain itu, ada juga ustaz yang hubungi dan beritahu dia buat solat hajat untuk anak saya,” dedah Kak Long. Menurut peniaga k.osmetik dan keropok itu, dia bersyukur apabila kritikan yang hadir bertalu-talu sejak minggu lalu muda reda perlahan-lahan. “Saya tak berhenti dikritik. Ada orang sebar Wha.tsApp saya, e.dit muka saya buat video dan sebagainya. Tapi sejak semalam, mesej-mesej itu dah mula tiada, dah berhenti. Kalau nak tegur saya, tegurlah dengan kebaikan. Jangan tegur sampai mengh1.na. Allah dah jentik saya untuk berubah. Begitu juga anak saya, kalau Allah nak angkat darjatnya, sekelip mata dia boleh berubah,” ujar Kak Long lagi.

Menurut Kak Long, dia kini kurang sihat dan mengalami d.emam serta s.akit kepala a.kibat memikirkan ko.ntroversi yang mel.anda. Selain Kak Long, anak sulungnya iaitu Adam, 8, turut mengalami demam dan terkesan akan k.es tular tersebut sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. “Saya kena teruskan hidup untuk cari rezeki. Tapi sekarang bibir saya b.ngkak, tangan banyak naik merah-merah sampai jadi g.atal. Saya alami al.rgi sebab makan ubat kerana s.akit kepala. Adam pun demam. Dia sampai mengigau kata tak nak buat dah macam hari tu.

Dalam live semalam pun anak saya dah minta maaf. Saya sendiri pun dah berulang kali minta maaf. Saya berdua dengan anak, yang komen beribu-ribu orang. Apa yang berlaku biarlah jadi pengajaran untuk saya dan juga semua orang di luar sana. InsyaAllah ada rahmat atas apa yang terjadi,” ujarnya yang menyesali t.indakannya meny.rang staf 7Eleven pada minggu lalu. Selain isu 7Eleven, Kak Long juga berharap i.su dia dengan staf restoran makanan segera KFC akan reda dan tidak diperkatakan lagi. Kredit : Mstar

Teruk Dikritik Oleh Warganet Akhirnya Terjawab Segala Persoalan. Pihak 7E Tampil Dedah Siapa Yang Salah Lepas Tengok Cctv. Kuala Lumpur – Terdahulu, kecoh di media sosial susulan tersebarnya video memaparkan seorang wanita mrah di kedai serbaneka, 7-Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak lelakinya dikatakan mencri. Video tersebut tular selepas wanita berkenaan membuat siaran langsung di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu 2 Mac.

Bagaimanapun, wanita tersebut dikritik hebat kerana bertindak biadap dengan meninggikan suara serta dilihat enggan mendengar penjelasan daripada staf kedai serbaguna berkenaan. Namun kurang daripada 24 jam selepas amkan berkenaan, wanita itu tampil membuat permohonan maaf kepada staf yang terlibat dan sekali lagi menyiarkan pertemuannya menerusi siaran langsung di Facebook.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa lega kerana kejadian berkenaan diselesaikan dengan baik. “Alhamdulillah, bermaaf-maafan amat indah. “Apa pun, puji tindakan 7Eleven. Siap cakap jangan kritik ibu tu. Terbaik team 7Eleven. “Penjelasan murni. Terima kasih 7Eleven,” demikian antara komen warganet. Video penjelasan tersebut meraih melebihi 1 juta jumlah tontonan dalam tempoh empat jam ia dimuat naik.

Selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long menerima kec.aman bertubi-tubi daripada warganet gara-gara mengkritik di sebuah outlet 7 Eleven, terbaharu, seorang wakil daripada kedai serbaguna itu tampil meminta orang ramai berhenti bertindak sedemikian. Menerusi satu perkongsian video, wakil tersebut berkata, kejadian yang berlaku pada malam Rabu lalu hanyalah salah faham antara stafnya dengan pelanggan.

“Di sini saya merayu kepada semua agar tidak mengkritik ibu kepada adik ini,” ujarnya. Menerusi video berdurasi 1 minit 11 saat yang dimuat naik di akaun TikTok 7elevenmalaysiaofficial, wakil itu juga berkata, kedua-duanya sudah bertemu empat mata dan saling bermaaf-maafan. “Ibu kepada adik ini dan pekerja kami telah bertemu dan saling bermaafan, juga telah mengakui kesilapan serta salah faham ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, wakil tersebut turut menjelaskan perkara sebenar yang terjadi sekaligus meleraikan persoalan yang timbul ekoran tularnya video berkenaan. “Adik ini datang ke 7 Eleven bersama tiga rakannya dan rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini mencri. Jadi pekerja saya telah bertanya kepada adik ini. “Adik ini telah berasa takut dan menangis lantas dia berlari keluar mendapatkan ibunya. “Dalam pada itu, kami telah membuat semakan melalui kamera litar tertutup CCTV dan mendapati adik ini tidak mencri dan tidak ada barang yang hilang,” jelasnya lagi. Kredit, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.